Selasa, 12 April 2011

HARAP2 AF TERAKHIR NI TAK BORING

 Ku suka jugak menonton pertandingan-pertandingan realiti seperti Mentor,  Raja Lawak,  Akademi Fantasia,  Maharaja Lawak. Bahkan Imam Muda pun.

Mesti ramai yang menonton Konsert pertama AF musim ke 9  baru-baru ni. Tambah-tambah lagi dengan kemunculan semula Aznil Hj Nawawi sebagai hos, memang berbeza dari AC Mizal.  Walaupun Aznil kelihatan macam semakin tua semakin nak jadi muda remaja dan beraksi seperti bebudak jambu, namun dia lebih berdaya menarik minat penonton.  

 

 

Amy Search, pengetua musim ini juga diharap boleh 'deliver' 
yg setaraf &  setara dengan 'matan' pengetua2.

 Kemunculan semula Ogy Ahmad Daud selaku pengkritik tetap pasti membuat pelajar2 menggeletar & terkencing dlm seluar. Memang dia garang. Malah kali ini nampak lebih garang dari biasa. Belum apa-apa lagi, baru konsert pertama dan tunjuk imej  singa betina yg nak jadi singa jantan.  Ogy ni memang sejak zaman

dulu kala lagi suka memaparkan watak yg OVER.

Mungkin pada dia 'keOVERannya' itu dapat membantu pelajar2 belajar sesuatu. Mungkin dalam hatinya dia adalah primadonna segala primadonna dan diva segala diva yg telah sampai ke tahap mercu paling kemuncak berbanding dengan  penghibur tanah air yg lain. Well, she certainly acts that way, doesn't she? 

Berbanding dengan penyanyi yg ku sgt minati Adibah Noor, yg juga seorang pengkritik. Adibah sangat realistik dalam teguran dan komen2nya. Good on you Adibah.... keep it up. Adibah adalah faktor pengimbang di dalam kritikan2 yg diutarakan oleh para pengkritik.


 

Apapun ku menarik nafas lega  yang Adlin Aman Ramli tidak menjadi pengkritik kali ini.  Dalam AF-AF yg sudah2,  ku rasa dia terlalu mencuba menjadi pengkritik ala-ala Simon Cowell dari American Idol gitu, tapi tak berjaya, sebab kelihatan mengada2 dan terlalu berlagak pandai dan bermulut celupah mengeluarkan kata2 yg mengguris hati, kadang2 nak speaking London sgt, tapi selalu kantoi sbb grammar salah (dia pun x sedar) ... terlalu mengandaikan yg dia

sudah mencapai satu taraf yg 'top' dipersada seni negara ini, just because of his role in Puteri Gunung Ledang dan yg dia 'berdarah seni' agaknya. Kini dia jadi guru latihan drama & persembahan. Let us see if he can teach & deliver as well & as 'tall' as he talks.


Seorang lagi penyanyi terkenal dan yg ku minati, yg kini sudah berubah dari sedikit 'over' kpd banyak 'rasional' yg menjadi anggota pengajar AF9 ialah Ning Baizura. Dia selaku guru stail vokal.

Cik gu Shafi tetap sebagai guru teknik vokal ... namun ku  tetap merindui kehadiran Puan Siti Hajar, sebab pada ku, beliau sangat bagus sebagai guru vokal.



GULA-GULA DARI KU 

   Khas untuk Ogy, kritikan itu biar lah membina, bukan mematikan semangat pelajar. Fokus kepada pelajar, jgn terlalu fokus untuk menunjuk2 diri sendiri pandai. Ini satu gejala yg kurang sihat  di kalangan mereka yg ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali pernah mewarnai dunia seni tempatan - mereka rasa mereka terer sesangat..

Jumaat, 8 April 2011

KEKEBALAN BUAT ANWAR IBRAHIM?

"Jangan kerana dia kelihatan dan sentiasa tampil seperti hero dari kayangan dengan cakap-cakap yang memperlihatkan dia seorang sahaja yang baik dan hebat dalam serba-serbi, maka perbuatan jahatnya perlu ditutup daripada pengetahuan orang ramai."


KLIK PAUTAN KE RENCANA ASAL 



GULA-GULA DARI KU

 Jika benar yg dlm video itu dia, maka benarlah itu dia. Dia seorang pemimpin, selalu berucap berapi-api dan berkobar-kobar, dan sejak dulu kala lagi, ucapan dan kobar2nya itu sentiasa berbau keagamaan. Tapi kalau benar itu dia, maka.... heheh... tiada kata-kata dpt & perlu  ku ungkapkan. Just counting the days... menghitung hari..

Khamis, 7 April 2011

APA HAL NI SPRM??!

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu – mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.


- Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa – Ahmad Sarbani Mohamed, 56, iaitu penolong pengarah Kastam Selangor ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. 

KLIK UNTUK PAUTAN BERITA 
                                                        
Datuk Mustafar Ali
                                                              
Ketua SPRM Datuk Seri Abu Kassim



Jenazah Allahyarham


                         GULA-GULA DARI KU    

        
Apa hal SPRM?... Dulu Teoh Beng Hock, sekarang Ahmad Sarbani? Takkan kebetulan kot? Too much of a coincidence. Dengar kata PM Najib dah arah polis siasat rapi. Datuk Seri Abu Kassim Mohamed Ketua SPRM, Datuk Mustafar Ali dan dua pegawai berkenaan (yg telah digantung kerja) kena bertanggungjawab penuh. Bersedialah hilang pekerjaan ... tertakluk kpd hasil siasatan rapi. Jgn nak cover-cover. Rakyat semua mahu jawapan dan tindakan
                 

Wahai WAWI

WAWI (Wan Azizah Wan Ismail)  nama manja baginya dengan kawan2 se sekolah di Kolej Tunku Kurshiah dulu, ketika menjawab pertanyaan wartawan semalam..


Petikan wawancara:

Wartawan: Mengenai kehilangan jam?    

Dr. Wan Azizah: Tidak ada (kehilangan jam)... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut

   
GULA-GULA DARI KU  

Kalau ada jam Omega tu, tunjuk ajer la..nothing so difficult to do. Kemungkinan paling besar memang jam itu tidak ada pada Wawi. Kalau ada sudah tentu dia tak sabar2 menunjuknya, kepada sesiapa sahaja.. walau tak ditanya sekalipun.