Ahad, 31 Julai 2011

SHUHARDI, KU MINTA MA'AF

Ku mohon ma'af kepada Sdr Shuhardi Md Isa kerana berkata yg dia berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad yg diserang sakit jantung semasa perhimpunan haram 9 Julai. Posting ku mengenai ini bertarikh 22 Julai 2011.

Sila klik ke posting ku yg berkaitan 








Walau bagaimanpun Shuhardi (atas) Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (URUTSKOP)  - ma'af silap taip, URUSKOP, tidak menafikan yg dia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu.Dan tiada pun menyentuh sama ada dia benar2 pengsan atau tidak.


Sila klik laporan Sinar Harian Edisi hari ini

Petikan dari akhbar Sinar Harian:


"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger yang mengeluarkan gambar saya den:gan mengatakan saya Allahyarham Baha�rudin, telah minta maaf kepada saya, " kata Shuhardi.


Jadi ku telah menjenguk seketika semula ke blog budak PAS Wangsa Maju yg ku rujuk telah berbohong mengenai cerita itu.


Sila klik ke blog budak PAS Wangsa Maju


GULA DARI KU


Ternyata budak PAS Wangsa Maju bukan salah seorang yg meminta ma'af kepada Shuhardi. Dia juga tiada meminta ma'af kepada pembaca2 blognya secara terbuka dalam blognya kerana telah berbohong atau tersilap maklumat dan membuat andaian sendiri,  di dalam keghairahannya memburuk-burukkan pihak Polis Di Raja Malaysia. 

Malahan, Shuhardi pun sama dengannya, kerana lebih ghairah menyalahkan Polis daripada marah orang2 bodoh yg mengeluarkan berita 'kematian' beliau yg bermuka beliau tetapi bernama Baharuddin.

Jumaat, 29 Julai 2011

AMANAH PENJAGA PARTI BUKAN PENGGANTI

Macam2 cerita ku baca, ekoran dari pelancaran AMANAH oleh Ku Li & kawan2. Ada yg kata Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR, ada yg kata Ku Li tak habis bercita2 nak jadi PM, ada yg kata orang2 PKR dah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim  jadi perlukan pemimpin baru dan Ku Li lah yg paling layak, macam2.

Walaupun pelancaran AMANAH tidak banyak mendapat liputan media, namun ku anggap ia satu tindakan yg  bijak & baik, yang positif, untuk UMNO.  Dan ku berpendapat ia ditubuhkan  untuk menjadi 'penjaga', peneliti, pengawas UMNO dan BN, bukan untuk membunuh UMNO dan BN.

Yang lucunya ramai blogger2 yg pro PAS/PKR/DAP tumpang se kaki dalam penubuhan AMANAH ni sbb masing2 tak mahu AMANAH menarik sokongan org2 yg selama ini terlalu fanatik kepada mereka. 

Sebab mereka (PR) hanya bergantung kepada para fanatik, org yg marah dan org yg 'frust' untuk menyokong mereka - Dan juga org yg suka buat gosip. They thrive on gossipers and the lovers of gossips among Malaysians. And there are many ... among the Malays, especially. 

Orang2 Melayu memang suka cerita humpat mengumpat ni.... hobby mereka.Tak kira berapa tinggi serban mereka 'memperjuangkan Islam.'

Mereka juga banyak disokong oleh 'prophets of doom', iaitu mereka yg tak suka pandang positif. Mereka cintakan negatif. 

Satu lagi kumpulan sasaran mereka ialah anak2 muda, yg darah tengah geram, yg penuh dgn idealisma, tetapi tidak berpijak di bumi yg nyata DAN tidak tahu sejarah.


Ya, undi untuk Malaysia!


Ku anggap NGO seperti AMANAH  sebagai satu kumpulan yg boleh meneguhkan lagi UMNO dan BN. UMNO perlukan 'suara dari dalam'  macam ini.

Dan walaupun  mereka yg menerajui AMANAH ini satu golongan yg tidak lagi DI DALAM TERAS UMNO dan BN Sentral masakini, NAMUN mereka  tetap cintakan perjuangan UMNO dan BN, maka ku anggap mereka boleh kukuhkan lagi UMNO dan BN, dengan saranan atau 'serangan' mereka, terutamanya dalam perkara2 yg berbau rasuah dan kronisme.

Pada masa yg sama,  ketaatan & kesetiaan mereka kepada GOP (Grand Old Party) Malaysia, UMNO dan BN tetap tidak goyah. Tetap terpahat di bumi dgn kukuh. Ini yg kita mahu. Kita tak mahu lagi serpihan2 mcm PKR atau Semangat 46 atau PAS sekali pun (sbb PAS itu serpihan dari UMNO asalnya).

We just want a clean UMNO/BN to lead a clean govt. >> For a clean MALAYSIA That's all. Track record UMNO/BN selaku kumpulan yg telah membawa keamanan dan kesejahteraan dalam bumi bertuah ini memang sudah terbukti.


Buktikan kpd generasi muda yg UMNO/BN bersih & kukuh!



Yang kita tak mahu sekarang ialah  pemimpin2 dan ahli2 UMNO hanyutkan diri  dan dihanyutkan oleh fenomena 'aku nak kuasa sbb aku nak kaya, aku nak duit' dari dalam dan dari luar UMNO/BN.  

Kita mahu mereka pimpin & perjuangkan tunjang asasi mereka seperti pada awal -  benar2 berjuang untuk negara & membela nasib rakyat. Itulah kekuatan UMNO/BN selama ini. Kembali kepada diri mu yg asal  demi agama & bangsa!

Incidentally, tentang berita Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR tu, ku anggap agak lucu jugak. Sedangkan Zaid sendiri pun dah keluar dari PKR, siapa lah dia yg nak pelawa?


GULA DARI KU
Ketaatan, kesetiaan, kecintaan kepada Raja & Negara - semua ciri2 ini adalah perjuangan UMNO sejak sebelum Merdeka lagi. Walaupun ku tak pernah bergiat dalam UMNO, walaupun ada cara orang2 ahli UMNO yg tidak ku sukai, namun, perjuangan dan teras parti itu sendiri, semangat permuafakatan BN itu sendiri adalah Malaysia. Itu lah Malaysia. 

 Ya, UMNO lah GOP Malaysia. Grand Old Party.  Is PR the alternative? Yang mempunyai ciri2 KENEGARAAN seperti UMNO?  Ku tak fikir begitu. Sedangkan prinsip dan perjuangan setiap komponen PR itu berlainan. Terdapatkah satu parti KENEGARAAN yg menjadi dominant force dalam PR seperti UMNO dalam BN?  Tidak ada.  Tapi mengapa pada pilihanraya yg lalu ramai yg pilih PR?  Sbb mereka merajuk, marah dgn orang UMNO, bukan parti UMNO. Jadi mereka tidak ada pilihan lain. 

Mahukah & sanggup kah  orang dalam UMNO terus membiarkan mereka yg cintakan perjuangan UMNO dan BN ini diheret oleh kumpulan2 manusia yg hanya cintakan pergaduhan?

Dan rela kah UMNO/BN membiarkan perjuangan mereka untuk negara & rakyat terlingkup oleh kerana kerakusan untuk wang ringgit kekayaan di kalangan mereka sendiri?

Buktikan kpd kami.

Sabtu, 23 Julai 2011

JOM SOKONG AMANAH!

AMANAH - SUARA BANTERAS RASUAH, KRONISME DAN KRISIS PERKAUMAN


"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman." 

Hari ini akhbar2 menyiarkan laporan pelancaran  sebuah NGO bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)  oleh presidennya Tengku Razaleigh Hamzah. Satu pasukan telah diumumkan, yg dianggotai antara lainnya oleh ramai bekas pemimpin BN termasuk bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan pengerusi MIC Datuk S Subramaniam dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kesemuanya menjadi timbalan kpd Ku Li.
 
Lain2 timbalan presiden ialah bekas pemimpin2 dari Sabah & Sarawak iaitu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas pemimpin PBB Datuk Seri Bujang Ulis dan bekas timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Seri Daniel Tajem.

Turut hadir di majlis tersebut ialah bekas ketua menteri Sabah Datuk Osu Sukam dan presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim.


Di dalam ucapannya dalam upacara berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman semalam, Ku Li menyatakan harapan Amanah akan membantu suara majoriti senyap didengar untuk membebaskan mereka dari cengkaman para manipulator politik yang menjadikan negara ini satu tebusan.


Katanya masanya sudah tiba yg mereka keluar menyuarakan untuk menghentikan kekecohan yg diwujudkan oleh individu2 & kumpulan2 yg mempunyai kepentingan politik dan ekonomi.

"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman," katanya, dan menambah bahawa tindakan harus diambil sebelum terlambat.


GULA DARI KU

Ku alu-alukan pelancaran AMANAH. Memang sudah tiba masanya. Majoriti yg senyap (ku salah seorang daripada mereka) tidak mahu diheret oleh pembangkang kerana  kami tidak yakin mereka cukup berwibawa mentadbir negara, tapi  pada masa yg sama tidak mahu dicucuk hidung mengikut saja mereka yg berkepentingan,  membuatkan kami serba salah seperti ditelan mati emak diluah mati bapa dan terus senyap dan melihat negara terus merudum.

 Jom, kita pakat tunjukkan sokongan kpd AMANAH ! 

Jumaat, 22 Julai 2011

JGN MENGADA2 LAH BERSIH 2.0, JGN NAK OVER!!!

Meluat betul la tgk org mengada2! 


Akhbar NST pagi ini melaporkan Bersih 2.0 merancang mengadakan satu lagi perarakan - a "Memoir Walk for July 9" di bandaraya KL esok.


(Memoir  kepala hotak korang!!!   Menyusahkan org. Pasal segelintir manusia yg bodoh sombong mcm korang,  seluruh rakyat Malaysia nak diheret bodoh sama!)

Menurut NST, dlm helaian Facebook di bawah tajuk "Ops Kuningkan Malaysia: Yellow Saturday 23/7", Bersih mendesak penyokong2nya menyertai empat program yang dirancang bagi KL, Selangor dan Perak (Ipoh).


Muka surat itu, yg dipautkan kepada laman web rasmi Bersih 2.0, menyatakan yang satu konvoi akan bergerak ke Masjid Putrajaya dari Dataran Shah Alam pada 10 pagi...  bla bla bla...bla bla bla..

Sementara itu seorang jurucakap dari urusetia Bersih menafikan yg program itu dianjur oleh Bersih.


Ambiga kata dia tidak berada di dalam negara dan tidak akan menyertai aktiviti2 tersebut.


Dia mendakwa ia dirancang oleh organisasi2 lain dan peranan Bersih hanya memberi publisiti dan menyokong mereka.

"I am not sure who are behind the events", kononnya...cett!...yer la tu!

 Sila klik untuk ke laporan NST

 
Sementara itu pihak Polis Di Raja Malaysia berkata mereka akan berada dalam keadaan berjaga2.

Bagus!!! Jgn bagi muka sgt. They do not represent the majority of Malaysians. They are just a frustrated, disgruntled, spoilt minority!

Lagipun bukan ker SPR akan menyertai forum yg dianjur oleh Karangkraf (sila lihat posting saya semalam)? 


Tunggu saja  la forum tu, ikut serta dan muntahkan lah segala ketidak-puasan hati atau tohmahan atau bukti.


Ku nak mencarut jer rasanya. Ma'af di pagi2 Jumaat seperti ini ku melenting.

Memang I'm really fed up with this kind of people. They are just doing this to create an air of suspicion,  desperately trying to gain attention of the foreign media, trying to coax Malaysians into believing them.  They should know that they are overdoing things!

This is just an 'act' of desperation to gain political mileage, to garner support for the coming elections. It is just an election campaign in disguise! Nothing more, nothing less!

Halau jer dia org ni dari Malaysia. Lucutkan kerakyatan. Tak layak jadi rakyat negara yg aman mcm Malaysia nih!

Kpd pihak Polis, ku hanya nak pesan ini kepada mereka bila berhadapan dgn org seperti  mereka nih:





Ya, jgn memandang rendah dan kurang menganggarkan kebodohan bahlol-bahlol.  Mereka boleh buat apa saja yg bodoh, asalkan dapat menarik perhatian org supaya yakin  mereka sah bodoh:

Hanya bahlol yg berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad, penyokong PKR yg meninggal akibat serangan jantung semasa demonstrasi haram Bersih 9 Julai, padahal sebenarnya dia bukan Baharuddin .

Cer baca blog ini, dan tgk betapa kurangnya mereka menggunakan akal pemberian Allah.

Inilah rupa 'laporan' palsu (berwarna hijau) yg senang2 dibuat oleh seorang budak PAS Wangsa Maju dalam blognya:

"Allahyarham Baharudin sempat membacakan doa dalam perhimpunan semalam sebelum beliau menjadi mangsa kekejaman Polis Di Raja Malaysia.... walaupun akhbar BN menafikan yang beliau adalah peserta perhimpunan dan kematiannya adalah disebabkan angkara peserta Bersih yang berlari ke arah orang awam...."


Selepas itu Baharuddin palsu ni pengsan, konon akibat keganasan Polis. Heheh. Ngok betul la!





Padahal Allahyarham Baharuddin yg sebenar adalah ini:

 
Allahyarham Baharuddin Ahmad yg sebenar
 Dan yg ini pulak konon nya cerita kat penyokong2 yg dia cedera teruk akibat 'tindakan ganas Polis', padahal, dia naik motor dan melanggar truck Polis dari belakang: Teruk melanggar Terak rupanya. hahaha.... Bukan dilanggar (Pendedahan Rakaman Video Polis dlm Berita TV mlm tadi).




Dan yg ni pulak, heheh...   tak payah nak habaq la..hangpa pun semua tau tahap lakonan dia lagu mana:




So, let me just remind the Police yet again, Pls do not underestimate how low they can go, mentally and intellectually.


GULA DARI KU


Khamis, 21 Julai 2011

SPR AKAN DEDAH SEMUA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bersemuka dgn pihak Bersih 2.0 dan  org ramai untuk membersihkan segala syak wasangka.

Bagus SPR!!!   Ku alu-alukan, sambil  memberi senyuman sinis kepada Ambiga..


"Sudah tiba masanya SPR berdepan dengan rakyat," kata timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam apabila diminta mengesahkan pernyertaan SPR dalam forum bertajuk 'Apa Selepas 9 Julai... '  bersama dengan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada hari Selasa.

Itulah bunyi laporan yang disiarkan oleh akhbar The Sun, edisi hari ini Khamis 21 Julai 2011.


Tambah Datuk Wan lagi, "pihak penganjur forum telah menjemput kami menjadi sebahagian daripada anggota panel, dan kami telah menerima jemputan itu kerana kami percaya bahawa SPR kena bertemu dgn rakyat untuk menerangkan apa sebenarnya yg kami lakukan selama ini dan apa yang akan kami lakukan."

Forum itu dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian dan berbagai2 majalah. Ia akan diadakan di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam dan akan dibuka kepada orang ramai. 

"Tidak apa yg kami nak sembunyikan. Kami akan beritahu segala-galanya," kata beliau, dan berjanji akan "menerangkan isu2 dan membersihkan tohmahan2 yang dilemparkan kepada kami (SPR) di luar sana."

"Biar rakyat yang mengadili, dan lihat dan fikir sendiri sebab hasrat kami (dalam forum ini) ialah supaya bersikap terbuka. Rakyat akan membuat keputusan akhirnya kelak," katanya.

Sementara itu Ambiga telah mengesahkan kepada The Sun yang beliau akan ikut serta tetapi menekankan yang ia bukan satu perdebatan tetapi "suatu forum untuk bertujar-tukar pandangan". Katanya ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat akan turut hadir.
                                                                                  

Ambiga & Wan Ahmad
 



Datuk Wan Ahmad: "Berbagai-bagai diperkatakan tentang SPR di belakangnya dan banyak isu-isu diputar-belit oleh pihak-pihak tertentu. Ramai yg tidak faham tentang isu yg dihadapi, jadi adalah menjadi tanggungjawab kami menerangkan. Sudah terlalu banyak persepsi2 palsu dan salah tanggapan terhadap SPR. 


Orang ramai tidak seharusnya hanya membaca apa yg ditulis oleh media alternatif yg mungkin sengaja dipesongkan dan menceritakan tanggapan sebelah pihak.


Oleh itu sekarang kami akan memberitahu rakyat cerita di sebelah pihak kami. Kami telah menjalankan berbagai reformasi, perubahan, dan banyak prosedur baru. 


Apa yg didesak oleh Bersih itu bukanlah sesuatu yg baru. Apa yg mereka desak tu bukan apa sangat tapi mereka begitu tergesa-gesa ... mungkin mereka perlukan publisiti darinya."


GULA DARI KU


Well, its about time SPR! 

Dah berapa keranda tohmahan dan tuduhan yg dibuat oleh Pembangkang khususnya, walaupun selalunya mereka diam saja apabila mereka menang.

Baru2 ni diaorng kalah dalam beberapa pilihanraya kecil, itu yg buat depa panik dan saper lagi yg nak dituduh & dituding jari kalau tidak kepada SPR. Mereka tak percaya yang rakyat berdaya upaya mengundi menggunakan pertimbangan sendiri.

Dan pada mereka SPR tidak lain dari hanya budak suruhan Enemy No. 1 mereka.. BN.

Begitulah mentaliti Opposition parties di negara ku.

And Datuk Wan Ahmad, ku harap Datuk tak fikir yg pihak pembangkang dan Ambiga & geng akan terima begitu saja segala2 yg SPR akan jelaskan kelak. Sebab dalam diri mereka sudah tertanam syak wasangka yg dijolok dan dilayan begitu lama kerana kebencian mereka terhadap apa saja yg berbau kerajaan BN.

They won't be accepting  what you will be explaining to them hands down during the forum. To them SPR will always be up to some  hanky panky & they will only keep quiet when they have succeeded in forming  the next federal govt. - depending on when that will be la. 

Pada masa dan ketika itu kelak, SPR akan dijunjung, dipuji dan disanjung.

Walau apa pun ku fikir rakyat sambut baik  langkah SPR ini kerana kami pun ingin mendengar sendiri dari SPR dan bukan hanya cerita sebelah pihak.




Rabu, 20 Julai 2011

BAHASA NEGARA KU ADALAH BAHASA ..... ???


Hari ini ku terbaca satu 'posting'  dalam blog Perak Today, The Portal yg agak melenting dgn sikap pemimpin2 politik yg berketurunan Cina apabila pemimpin2 itu melenting kerana dan apabila ditegur  tentang kelemahan penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia yg berketurunan Cina.


"Polemik Bahasa Kebangsaan terutama di kalangan bukan Melayu di negara ini, seringkali berakhir dengan tuduhan kelemahan sistem pendidikan negara ini. Tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP setiap kali punca masalah lemahnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar serta generasi muda bukan Melayu diakibatkan oleh sekolah-sekolah vernakular, amat menyakitkan hati. Dan apabila perkara tersebut dipanjangkan, maka hampir kesemua pemimpin politik berbangsa Cina sama ada mereka dari MCA, GERAKAN apatah lagi DAP akan mengingatkan tentang undang-undang yang boleh memenjarakan seseorang yang cuba mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular dihapuskan dan digantikan dengan satu sistem pendidikan kebangsaan sahaja.

Prof. Dr.Teo Kok Seong yang mengetuai Fellow Kajian di Institut Dunia dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Bahasa Melayu seharusnya berada pada kedudukan lebih atas berbanding mana-mana bahasa lain yang digunakan di negara ini pada sepanjang masa."

Begitulah sedikit sebanyak bunyinya. Yang lebihnya boleh dibaca di sini:

Sila klik untuk ke 'Perak Today' 



Ku setuju, bukan ku tak bersetuju dgn apa yang diperkatakan di dalam portal tersebut. Cuma ku rasa pelik sedikit kenapa nama 'portal' atau blog orang yg menonjolkan perkara ini sendiri pun bukannya bernama Laman Perak Hari Ini, tetapi Perak Today, The Portal?

Kenapa guna Bahasa Inggeris, kalau benar2 orang Melayu (orang UMNO khususnya, sbb yg membuat teguran adalah blog milik org UMNO) sangat cinta kepada bahasa ibunda, Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu? (oh ya, ku lupa, sedangkan UMNO itu sendiri adalah singkatan dari Bahasa Inggeris).

Malu takut orang ingat kita tak tahu bercakap omputih ker?  Atau memang bahasa omputih tu lebih glamour,  lebih menunjukkan yg kita ni moden,  yg kita ni sophisticated,  yg kita lebih  international gitu? Atau yg kita ni ada English education,  bak kata Usop Wicha?

Kadang2 bila kita bercakap tentang orang lain, kita tak tengok diri kita dalam cermin. Sebenarnya ku mula2 baca rencana itu dalam  blog yg terkenal, yg bernama The Flying Kick -  yg juga patut menggunakan ungkapan Sepak Terbang sebagai nama blognya.

Heheh.  Jgn marah ek.. ku hanya menyatakan suatu,... err sesuatu  kenyataan.

Ok, now, back to the point in question...ahem..izinkan ku bertutur dlm bahasa Inggeris.

See?...even we 'orang Melayu' ourselves are doing that, so how do you expect others to love 'Bahasa Melayu'?

Tapi ku setuju dengan saranan bahawa kita rakyat Malaysia, tak kira dari kaum apa MESTI memartabatkan Bahasa Malaysia dan menggunakannya sebanyak mungkin, dan umum tahu,  Bahasa Malaysia ialah Bahasa Melayu, bukan Bahasa Mandarin, bukan Tamil, bukan Inggeris.

Cara memartabatkan Bahasa Malaysia pulak macam mana?

Ya, seperti yg ditunjukkan oleh ramai di kalangan rakyat Malaysia sekarang, terutamanya ahli-ahli politik.Jadi jika dikatakan yg mereka tidak memartabatkan Bahasa Malaysia, ku rasa itu kurang tepat, malah tidak tepat.

Ku cukup kagum dengan tahap & mutu penguasaan Bahasa Malaysia mereka ini:






 

Dan juga mereka ini:


Sedangkan dia ni pun bertutur dalam Bahasa Malaysia di Parlimen dll, 
walaupun tulang lidah sudah keras:








 ooops.... silap gambar.....

yg ku maksudkan dia nih.

>>>>>













Dia di bawah ni pulak ku tak tahu, sbb ku tak
pernah dengar dia bercakap ..















Tapi, yg MB ini memang perlu menjalani kursus untuk bertutur
Bahasa Malaysia dgn betul, kalau belum terlambat..













GULA-GULA DARI KU


Sudah tiba masanya kita wujudkan sekolah-sekolah  SATU aliran bahasa,  Bahasa Negara Malaysia. 

Sudah tiba juga masanya kita perkayakan anak2 kita dengan bahasa2 Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil dan bahasa2 tempatan seperti Iban, Dusun dll - Bahasa Inggeris untuk sentiasa berada seiringan dgn kemajuan & perkembangan antarabangsa (diwajibkan lulus dgn kredit di sekolah2 & universiti), Bahasa Arab untuk tujuan mendalami agama Islam. Mandarin untuk perdagangan, Tamil dll untuk mengenali satu sama lain dgn lebih intim... 

Sudah tiba juga masanya pemimpin-pemimpin negara, apabila melawat negara2 lain secara rasmi atau menerima pelawat2 negara lain secara rasmi, menggunakan BAHASA NEGARA MALAYSIA sebagai bahasa utama di dalam ucapan mereka. Lepas dah cakap lama sikit, kalau nak tambah bahasa Inggeris atau lain2 tambahlah.  Tetapi, Bahasa Malaysia perlu diletak di tempat yg sepatutnya, sebagai Bahasa Negara kita.

Isnin, 18 Julai 2011

AL-FATIHAH


YB Hjh Dr Lo'Lo' Datuk Hj Mohd Ghazali,  
Ahli Parlimen Titiwangsa, telah kembali ke Rahmatullah 
pada pukul 10.13 mlm Ahad 17 Julai 2011, setelah mengidap kanser.


Ucapan takziah kpd keluarga 
dan rakan2 Allahyarham dalam PAS. 
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat 
ke atas roh Allahyarham.

Ahad, 17 Julai 2011

WELL SAID, TAN SRI RAHIM NOOR!

Ku sangat terharu & teruja membaca 'Wawancara' (Mingguan Malaysia hari ini 17 Julai 2011) bertajuk 'Awas ada tangan tersembunyi' bersama mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.  Ya, yang diketahui ramai telah melebamkan mata Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Tan Sri Rahim telah mengaku mmg dia melakukannya dan telahpun menerima tindakan undang2 & tata tertib. Itu sejarah.

Ramai daripada penyokong muda Anwar masakini,  yg memekik-mekikkan 'lawan tetap lawan!' & 'bersih' di belakang Anwar & Ambiga, yg rata2 berumur dlm lingkungan 20 -27 tahun, ketika itu baru berumur 7 -14 tahun - Too young to know much about the world.

Dan ceritera yg mereka 'pungut' tentang peristiwa itu adalah cerita sebelah pihak - cerita 'hero aku mangsa kezaliman'.  Ramai yg dewasa ketika itu, kini sudah matang & 'sedarkan dunia' & sudahpun meninggalkan Anwar, termasuklah pemimpin2 kanan PKR, kecuali yg tegar, yg memilih untuk terus kekal buta atau ahli-ahli  parti politik yg bersekongkol dgn PKR, dan alat2 Ambiga & geng,  yg bersekongkol di sebalik slogan  'hak asasi manusia'.. 'agama & idiologi'  baru mereka.





Bagi mereka yang percaya dengan fitnah2 dan tohmahan2 penyokong2 Anwar, Tan Sri Rahim  (kiri)  ini sudah  lumpuh, sudah cacat, sudah menerima padah akibat melebamkan mata  'Anugerah Tuhan' mereka. Beliau dicerca, dimaki dihamun (di belakang beliau) di dalam ceramah2 politik dan 'agama'.

Ku sendiri menyangkakan (kerana pernah percaya dgn tohmahan mereka), Tan Sri Rahim dah 'kecut', tak berani bersuara lagi, menyembunyikan diri di balik tirai, berkerusi roda, a living vegetable. A person who shuns society. 

Sekarang lihat dan dengar lah sendiri betapa masih segar & mekarnya Tan Sri Rahim,  menyuarakan pandangannya. Alhamdulillah


Ku muatkan di sini beberapa petikan dari wawancara tersebut, untuk tatapan pembaca budiman:

>>   "Ahli-ahli politik silap langkah dan mudah terperangkap. Kita ingat kita pergunakan orang tengok-tengok kita dipergunakan orang malah lebih daripada kita mempergunakan orang itu."

>>  " Mereka tidak membaca sepenuhnya Perlembagaan. Sesudah Perlembagaan berkata mengenai hak bersuara dan hak berhimpun, tidak jauh daripada peruntukan itu Perlembagaan menyebut pula bagaimanapun Perlembagaan membenarkan undang-undang digubal demi menjamin keselamatan ketenteraman awam. 
      Mereka bising polis tidak bagi permit untuk berhimpun tetapi mereka senyapkan peruntukan Perlembagaan yang secara terang-terangan mahu menjaga ketenteraman awam. Polis melaksanakan keputusan berdasarkan undang-undang dan jika mereka tidak bersetuju maka pergi ke Parlimen buang undang-undang ini."

>> "Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang 'faceless' dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak sedar untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit

  Saya bimbang orang tempatan yang digunakan akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi  yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma akhirnya mereka yang kena. Jadi saya bimbang kelompok ini akibat terlalu ghairah mereka tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihanraya dengan tangan-tangan tersembunyi itu. Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media antarabangsa. sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand  itu jika kita betul-betul mahu lihat. Isu ini tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini."

>> "Berbalik kepada isu Jakarta, saya ingin bertanya kumpulan-kumpulan yang bercakap soal hak asasi seperti Ambiga, separuh Ambiga atau tiga suku Ambiga, di mana anda ketika bendera kita dipijak dan dibakar. Di mana mereka ketika kedutaan kita (yang merupakan simbol negara) dilempar dengan najis dan pagarnya dirempuh, jika mereka benar-benar sayangkan negara tidak kira baik atau buruk"

>> "Wahai orang Melayu dan orang Islam, tidakkah anda lihat ulama seperti ini yang mengkafirkan orang lain. Bagi saya mereka seolah-olah ibu dan bapa kafir. Nabi Muhammad SAW mempunyai bapa saudara yang sehingga akhir hayat tidak memeluk Islam tetapi Baginda tidak pernah bercakap soal kafir jauh sekali menghina mereka. 
        Saya nak tegaskan kepada orang Melayu dan orang Islam di negara ini, dalam politik terutama kepimpinan yang buat dasar, jangan lupa ada kalanya keretapi tergelincir, maknanya dia terlalu kuat nafsunya untuk mencapai kuasa sehingga menghalalkan cara sehingga tergamak memecah-belahkan perpaduan dan penyatuan. Apa punya ketua dan kepimpinan seperti ini?"

>> "NGO-NGO itu mempunyai kepentingan masing-masing dan mengizinkan diri mereka digunakan oleh kuasa tertentu. Saya ambil contoh bekas Presiden Iraq yang digunakan oleh AS secara terang-terangan untuk mewujudkan permusuhan dengan Iran.  Ini kerana AS yang satu ketika begitu rapat dengan Shah Iran tidak dapat menerima republik Islam di bawah Ayatollah Khomeini dan mengetahui Iraq sendiri ada pertentangan dengan Iran maka AS menggunakan kesempatan tersebut. AS menyalurkan kewangan yang bukan sedikit kepada Saddam untuk menggugat penubuhan republik Islam Iran yang baru. Kita tengok apa terjadi? Akhirnya tercetus perang Iraq-Iran berlarutan sehingga 10 tahun yang akhirnya membawa kepada kemusnahan Iraq dan Saddam itu sendiri. Ini adalah contoh terbaik. Anwar digunakan oleh AS yang menggunakan NGO (sila lihat catitan/posting blog ini bertajuk 'Siapa dalang di belakang BERSIH')     tertentu untuk mendalangi aktiviti mereka sebab itu apabila berlaku sesuatu mereka akan bertindak pantas memberi sokongan kepada Anwar. Anwar sendiri begitu bijak meletak dan mempromosi dirinya di mata dunia sehingga dianggap penyelamat. Kita lihat bagaimana tulisan memuji Anwar terpampang di majalah barat seperti TIME magazine sedangkan kita tidak pula mengkaji latar belakang si penulis."



GULA-GULA INI BUKAN DARI KU
JGN HAMPIRI, JGN MAKAN, KITA BAKOR JER!





Khamis, 14 Julai 2011

KRONOLOGI EPISOD 'BERSIH' YG KOTOR

Ku malas nak ckp banyak tentang insan sorang nih. Membosankan. Menjelikkan. Dulu pernah ku respect seketika, tetapi setelah mengetahui siapa dia sebenarnya, ku sudah hilang respect.

Sandiwara demi sandiwara, drama demi drama, kalau dengar cerita dia, dia sentiasa jadi mangsa. Mentaliti 'aku mangsa' ini adalah satu penyakit yg timbul dari "aku tak pernah salah, kalau aku salah pun aku tetap betul - lawan tetap lawan!''

Ini lah mentaliti yg menjadi idaman sesetengah anak muda Melayu pengikut setia 'semangat' nya. Pada mereka kalau dia salah pun dia betul.

Betapa ruginya tenaga fikiran dan emosi muda ditumpukan kepada 'prinsip'  begini rupa.


GULA-GULA DARI KU


 
Ku berdo'a kepada Allah Subhanahuwata'ala semoga  pengikut-pengikutnya akhirnya akan tahu & sedar jua kelak belang sebenar Anwar Ibrahim. Amin.


 Sila klik untuk sumber & laporan penuh