Jumaat, 30 September 2011

GUAN ENG VERY FORGETFUL OLD MAN


 DGN MEDIA ASING PRIVATELY LAIN, PUBLICLY LAIN
 


Ya, nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sangat pelupa orangnya.Menurutnya dia lupa apa yg dicakap kepada media asing di Singapura. Lagipun, katanya, dia bukan bercakap di khalayak ramai, ia lebih merupakan cakap-cakap 'private': "But what I want to say is this: that speech was made in private. It was not made in public and now there is suddenly a tape." 


Seperti yg kita tonton beberapa hari ini dalam berita TV, Guan Eng sewenang-wenangnya berkata kpd media asing dalam perjumpaannya dgn mereka di Singapura yg kalau melabur atau buat perniagaan di negeri Johor, keselamatan tidak terjamin, tak seperti di P. Pinang. Katanya, seorang ahli perniagaan mudah kena culik. Kalau tak percaya tanyalah org2 Singapura, katanya.

Private ker tak private ker, adakah semasa berckp  in private Lim Guan  Eng bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Malaysia? Dan adakah in private para wartawan itu bukan wartawan media asing? Apa, dia ingat wakil media asing tu bapak dia Lim Kit Siang ker, boleh bisik2 private talk kat telinga?

Kalo Lim Guan Eng cakap begitu, maknanya jgn percaya apa yg dia cakap dgn media asing bila di khalayak ramai  lain kali, sbb in private dia ckp lain dgn dia org. Dia dgn media asing have their own 'private talk'. Ada pakatan sulit. Ada bisik2 sulit.  Thats what it boils down to, right Mr Lim?  

Dalam private bersama media asing dia kutuk negara sendiri. Dalam private dia kutuk rakyat Malaysia sendiri, rakyat negeri Johor.  Inikah yg dinamakan  Pemimpin Pakatan Rakyat?


Dia juga menyinggung DYMM Sultan Johor, dan Polis Di Raja Malaysia, Johor.

Lagi satu dia kata,  ahli2 perniagaan lebih selamat berurusan dgn kerajaan2 yg jujur dan bersih seperti kerajaan negeri Pulau Pinang dan sudah tentu tidak berminat berurus dgn 'crooks'.  Entah siapa yg dimaksudnya dgn 'crooks' (samseng) tu entah la. Lu pk la sendiri.

Pemimpin sebuah negeri di Malaysia kutuk  sebuah lagi negeri di Malaysia sendiri serta rakyatnya kepada wakil media antarabangsa  dalam usaha menarik pelaburan ke Malaysia. Bagus la tu. Hebat.


Guan Eng, Guan Eng, who are you trying to bullshit by saying you've forgotten what you said. Ni sama line dgn apa Mat Sabu kata lah semasa dia kata Mat Indera hero - "saya dah lupa apa yg saya ckp".

Mungkin ini akan jadi slogan baru PR "Saya dah lupa".

"Saya dah lupa"


 GULA DARI KU
     
Sugar: Experts say there is no evidence it makes children hyperactive
Sikit lagi mungkin kita akan dengar ungkapan "Saya dah lupa masa bila   saya dalam bilik dgn dia,  lagipun itu in private," dan lain-lain lagi dari pemimpin2 PR.

Tak mustahil, sedangkan nak dirikan negara Islam dan tegakkan hukum hudud lagi mereka boleh ingat dan lupa, kejap jadi kejap kensel, kejap ada kejap takda mcm biskut.

Itulah yg dinamakan 'politik hudud' ataupun 'hudud politik'. Bukan hudud lillahita'ala.





Rabu, 21 September 2011

KESIAN.....

Hmmm..dah lama ku tak update blog ku ini... sibuk dgn kerja dan mcm2 lagi...

Anyway, I hope u all have had a very good Raya setelah sebulan berpuasa, dan balik kampung mengunjungi keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, bermaaf-maafan,  dan sudah pasti juga ramai yg masih ber 'open-house', terutamanya pada hujung minggu.

Tentu pembaca budiman telah perhatikan yg HalwaGula akhir2 ini selalu memetik dari blog2 lain mana-mana yg ku fikirkan menarik, terutamanya bahan2 yg berunsur politik. Memang ku mahu teruskan begitu, bukan kerana tak ada pendapat sendiri, bukan kerana tak berani lagi mengutarakan pendapat sendiri, tapi lebih suka 'kongsi' cerita untuk kita tatapi bersama. Yang ku petik pun dari blog2 yg ku fikir hebat.

Tadi ku terbaca sesuatu yg ku petik seperti di bawah ini untuk kita renung bersama. Tak tau lah sama ada ini benar2 berlaku atau tidak, tapi tentu orang tak berani sebut sewenang2nya kalo perkara ni tak betul kan?

Ku petik kerana ku kesian benar dgn seorang ibu tua.

Begini ceritanya:
"Kesian sungguh kisah yang disampaikan oleh anak anak Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali...!
Pada pagi Syawal yang mulia, begitu girang sekali perasaan cucu yang berpeluang mahu menjamah masakan nenek mereka. Ketupat dan rendang memang menjadi impian setiap insan yang menyambut Hari Raya di pagi Aidil Fitri yang muncul setahun hanya sekali...
Apatah lagi sekiranya masakan nenek yang kita kasihi, air tangan nenek yang punyai pengalaman memasak juadah selama bepuluh puluh tahun, pasti enak!
Begitulah juga perasaan girang yang lahir dalam naluri Afifah dan Shazliana, mereka adalah anak anak kepada Azmin Ali. 
Belum pun sempat menjamah.., baru sekadar menceduk lauk pauk ketupat kedalam pinggan, tak semena mena Azmin terus menengking dan mengherdik .... “Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..! “
Tersentuh hiba perasaan seorang ibu menyaksikan tindakan kasar, biadap anaknya itu...
Azmin menjadi berang kerana sewaktu beliau tiba dirumah Mak Tom ibunya itu, Ummi Hafilda serta kakak kakaknya yang lain sudah berada dalam rumah itu juga bertujuan untuk berhari raya bersama keluarga yang tercinta. 
Begitulah watak sebenar seorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Timbalan Presiden sebuah parti yang bercita cita mahu menjadi pemerintah negara kita ini... Lihatlah sendiri..!
Dipentas ceramah memulakan ucapan dengan selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta istighfar..., tetapi dalam hubungannya sesama ahli keluarga..?
Isi kandungan ceramah politiknya pula dihadapan rakyat, bukan main seronok Azmin mencaci hina kunuunnya kepincangan kerajaan UMNO-BN yang tidak pandai menguruskan pentadbiran kerajaan, tetapi hakikatnya pula bagaimana dengan kepincangan institusi famili sendiri..??
Tergamak Azmin menyamai darah dagingnya sendiri sebagai najis yang perlu disamak..? Malah Azmin sanggup menyelar menggelarkan darah dagingnya sendiri sebagai “jalang dan sundal”.
Pada Azmin, mahkluk ciptaan Allah yang tersangat mulia adalah Anwar Bin Ibrahim..!
Malah apabila bertelagah sesama adik beradiknya sendiri iaitu Kak Long Norlia, Azmin dengan angkuhnya menyebut “ aku buat baik dengan kau orang semua aku dapat apa..? Anwar boleh bagi aku jutaan ringgit.., kau orang boleh..?” - Sumber MIK"

Sila Klik untuk ke blog sumber petikan ku 




Huluran sumbangan Ramadan sambil beramah
mesra dgn warga emas - Ihsan http://www.keadilandaily.com



GULA DARI KU


Cuma lirik lagu "Ayah dan Ibu" oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad jadi gula ku kali ini. (Sila klik ke Video Pilihan di sebelah kanan blog ini untuk dengar lagu) &  ku percaya semua pun tahu lagu nih.

Ayah dan ibu 
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
 
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Sabtu, 3 September 2011

HERO SIAPA KOMUNIS?

Ku setuju 100% dgn kandungan blog yg dipautkan di bawah ekoran statement Mat Sabu.

  

Sila klik untuk ke pautan blog sumber

  

Isu Komunis Hero: Pas Sedang Pusing Cerita…

 
"Sebagaimana lumrah biasa peel perangai pemimpin Pas, bila isi ceramah mereka menjadi isu dan melukakan hati nurani rakyat, maka sepantas kilat mereka cuba pusing cerita sebagai salah satu usaha damage control.

Kata pepatah, “terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya”.

Pas sedang meniti hari-hari gelap lantaran asyik berceramah siang malam pagi petang, hingga lupa nasihat orang-orang tua supaya kurangkan bercakap kerana orang yg banyak cakap banyak pulak silapnya.

Mat Sabu yg masih berbulan madu meraikan ‘kejayaannya’ menjadi orang nombor 2 Pas setelah mengalahkan 2 tokoh agama Pas dalam pertandingan 3 penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden Pas Julai lalu nampaknya bukan saja mencipta rekod sebagai penentang ‘ulamak’ (Pas kan selalu kata haram lawan ‘ulamak’), malah turut mencipta rekod sebagai pemimpin yg akan menenggelamkan kapal Pas.

Mulut berus Mat Sabu semasa berceramah pada 21 Ogos 2011 lalu yg menghina pengorbanan polis Melayu semasa pertempuran tragik dgn pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dulu telah meletakkan Pas dalam kesempitan utk beberapa tahun mendatang.


“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)
Tanyalah siapa saja orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya, bila disebut komunis pasti ramai yg menyirap apatah lagi kalau ada lancau yg memuja muji komunis silap gaya penampar dan flying kick boleh singgah di kepala.

Sejarah keganasan komunis dgn ideologi anti Tuhan dan perjuangannya yg mahu mengkomuniskan Tanah Melayu serta Asia Tenggara sudah lebih daripada cukup utk kita menjadikan asas menentang mereka.

Namun hakikat tersebut belum cukup utk mengajar pemimpin Pas berkenaan fakta sejarah kerana mereka sedaya upaya mungkin masih berusaha melakukan damage control berikutan kelancangan mulut Mat Sabu.

Satu contoh pemimpin pas yg bebal dan masih buat-buat tidak faham ialah Tuan ibrahim Tuan Man merangkap saudara kepada YAB Nik Aziz.

Tuan Ibrahim

 Kata beliau;-
“Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?
“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
“Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang”. – (Tuan Ibrahim tuan man / Harakahdaily / 31 Ogos 2011.

Bila kita baca kenyataan Tuan Ibrahim tu, bukankah nampak di situ cubaan Pas utk memusingkan cerita sebenar. Bila masa pulak ada orang yg mempertikaikan sejarah keberanian dan heroisme Mat kilau, Tok janggut, Tok bahaman dan lain-lain?

Yang kita duk pertikaikan sekarang ni penghinaan Mat Sabu terhadap pengorbanan anggota polis yg terkorban di Bukit Kepong.

Yang kita duk marah sekarang ni bila Mat Sabu war-warkan kebebalan dia bila mengatakan orang yg menyerang polis semasa peristiwa Bukit kepong tu sebagai hero kemerdekaan.

Sapa yg menyerang balai Polis Bukit Kepong? Nazi? Bukan.. Jepun? Pun bukan wahai bahalol bin tolol wei.. Abis tu sapa yg serang Bukit Kepong?


Komunis aka PKM aka Bintang Tiga la wahai tongong dan bebalan Pas oooiii.

Kita tak pertikaikan jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang nan berlima seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong tu semua.

Sejarah memang telah mengakui mereka berlima adalah pejuang rakyat dan penentang penjajahan British. Penentangan mereka terhadap British berlaku sekian lama dulu sebelum wujudnya pengganas komunis.

Malah penentangan Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong adalah sejarah hakiki manifestasi kebangkitan rakyat menentang penindasan British yg mengambil kesempatan hasil penat lelah rakyat bawahan.


Mereka berlima adalah tokoh Melayu Islam yg yakin Allah s.w.t itu adalah Tuhan yang Maha Esa dan Tanah Melayu itu hakmilik kita orang Melayu Islam.

Berbeza dgn pengganas komunis yg mahu mengkomuniskan Tanah Melayu serta ideologi dakyah mereka yg bertentangan dengan Islam apabila cuba menyebarkan pengaruh dakyah bahawa Allah s.w.t itu tidak wujud.


Perjuangan komunis yg kamu semua nak agungkan sebagai pejuang kemerdekaan tu sebenarnya cubaan jahat kamu semua untuk menghapuskan dan memutar belitkan sejarah bangsa sendiri.

Manusia yg buta sejarah negara ni selalunya perjuangan mereka kosong, yileks dan lebih ditenggelami dgn banyak cakap kosong, sembang nak rak dan berangan sahaja, tu pasal buta sejarah hakiki negara.
Mari kita imbas serba sedikit perjuangan 5 pahlawan Melayu Islam kemudian bandingkan pulak dengan keganasan komunis supaya kita buka mata dan tidak terpesong dgn mainan silap mata yg cuba dilakukan oleh pimpinan Pas.


Ringkasan Sejarah Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah & Datuk Bahaman

Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menentang British berlaku sekitar tahun 1890-an selepas campurtangan British yg cuba mengurangkan kuasa pembesar-pembesar Melayu di Pahang selain cubaan British memaksa Sultan menerima penasihat British dalam mentadbir negeri.

Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah manakala datuk Bahaman merupakan salah seorang pembesar di negeri Pahang.

Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman ketika itu turut mendapat sokongan penuh Tok Janggut (Kelantan) dan Abdul Rahman Limbong (Terengganu) selain turut menyuntik semangat kebangkitan rakyat menentang penjajahan British di Kelantan dan Terengganu.


Mat Kilau

 Sila klik pautan tentang Mat Kilau dlm 'The Star'

Mat Kilau
 
Pada tahun 1895 Datuk Bahaman di tangkap manakala Tok Gajah dan Mat Kilau dikatakan meninggal dunia oleh British.

Pada  26 Disember 1969 akhirnya Mat Kilau menampilkan diri utk membuktikan identitinya kemudian pada 8 januari 1970 kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa bagi mengenalpasti kesahihan identiti Mat kilau.

6 Ogos 1970 kesahihan identiti Mat Kilau disahkan dan beliau meninggal dunia 4 hari kemudiannya.

Ringkasan Sejarah Perjuangan Tok Janggut & Abdul Rahman Limbong

Kebangkitan perjuangan Tok Janggut pula berkisar isu percukaian tanaman dan tentangan terhadap campurtangan British yg menindas kehidupan rakyat selepas berlakunya Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 yg menyaksikan pihak British menguasai pentadbiran di Kelantan selepas mengambil alihnya daripada Siam.

Pengenalan pelbagai cukai tanaman serta proses pungutan cukai yg memakan masa di pejabat Daerah Pasir Puteh merupakan perintis kepada perasaan tidak puas hati Tok janggut dan pengikutnya.

Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya membayar cukai telah menyebabkan British menghantar sekumpulan anggota polis di ketuai Sarjan Che Wan Sulaiman untuk membawa Tok Janggut berjumpa dgn Ketua Daerah, bagaimanapun timbul pertelingkahan yg akhirnya menyebabkan Sarjan Che Wan Sulaiman terbunuh selepas di tikam oleh Tok Janggut.


Berikutan itu pihak british telah menghasut Sultan Kelantan dgn mendakwa Tok Janggut sedang melakukan pemberontakan menyebabkan Tok Janggut akhirnya dikatakan telah menderhaka.
Pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di kampung Pupoh yg menyebabkan Tok janggut terkorban semasa melawan askar sikh yg di bawa masuk oleh British.

Mayat Tok Janggut di arak seluruh pasir Puteh sebelum di bawa ke Padang Merdeka Kota Bharu dan di gantung kepala di bawah kaki di atas. Selepas itu barulah dikebumikan di Pasir pekan Tumpat, Kelantan.


Ringkasan Sejarah Perjuangan Abdul Rahman Limbong

Sejarah kebangkitan Abdul Rahman Limbong bermula sekitar tahun 1920-an selepas pihak British memperkenalkan cukai tanah bagi setiap tanah yg diteroka.

Pengenalan cukai tanah tersebut menyebabkan ramai golongan petani berasa tertindas apatah lagi sebelum campurtangan British ianya tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Abdul Rahman Limbong telah tampil ke depan meminta sekalian rakyat jangan tunduk dgn arahan pihak British yg dilihat lebih banyak menindas dan menyusahkan kebanyakan rakyat yg rata-ratanya adalah kaum tani.


Pada 21 Mei 1928, telah berlaku kebangkitan rakyat terutama golongan petani menyebabkan berlakunya pertumpahan darah antara mereka dgn penjajah British.

Berikutan itu Abdul Rahman Limbong telah dipersalahkan. Selepas perbicaraan diputuskan beliau telah di buang negeri ke Mekah sebelum meninggal dunia di sana pada tahun 1929.

Sejarah Penubuhan & Keganasan PKM (Komunis)

PKM secara rasminya wujud pada tahun 1930 dan cuba melebarkan pengaruh mereka melalui pelbagai kesatuan misalnya kesatuan sekerja dan persatuan.

Tujuan PKM ditubuhkan bukannya untuk menubuhkan negara Islam atau membenarkan penguasaan orang Melayu Islam sebaliknya untuk membolehkan usaha menubuhkan sebuah negara republik komunis sesuai dgn ideologi komunis Karl Marx yg menafikan kewujudan Tuhan.

Sepanjang tahun 1930 hingga 1941 komunis tidak pernah melakukan penentangan bersenjata terhadap penjajahan British. Kecuali sesekali melakukan mogok lapar itu sahaja.

PKM ataupun Komunis semasa pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941 telah memohon bantuan persenjataan daripada British utk menentang pendudukan tentera Jepun.

PKM melalui MPAJA dan Bintang Tiga telah memperolehi senjata serta bantuan latihan ketenteraan daripada British selepas perjanjian dilakukan antara PKM dengan British pada Mac 1942.

Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, PKM melalui Bintang Tiga telah keluar daripada hutan dan menguasai Tanah Melayu selama lebih kurang 2 minggu. Mereka melakukan keganasan dan kekejaman dgn menangkap dan membunuh ramai orang Melayu Islam sebagai membalas dendam layanan buruk Jepun terhadap orang Cina.

Layanan buruk Jepun kepada orang Cina di Tanah Melayu pula berkisar pada kemarahan Jepun berikutan pelbagai bantuan kewangan kepada negara China semasa peperangan kedua antara Jepun & China pada tahun 1937-1945.

Anggota PKM

Anggota polis Melayu pertahan Tanah Melayu dari PKM


Memandangkan pengaruh komunis banyak berkisar sekitar kaum Cina menyebabkan PKM telah mengambil langkah mendekati ramai pemimpin Melayu seterusnya cuba melebarkan pengaruh dikalangan orang Melayu dalam usaha mereka menjadikan Tanah melayu sebagai republik Komunis.


Pada Oktober 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan oleh Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi dan Mokhtaruddin Lasso kemudian mengeluarkan 8 resolusi berdasarkan hasil idea rancangan 9 perkara yg diperjuangkan oleh parti Komunis (PKM).

Dr Burhanuddin Helmi
 Ahmad Boestaman &  Burhanuddin Helmi yg lebih kepada berfahaman kebangsaan menjadi AJK & naib YDM manakala Mokhtaruddin Lasso yg berfahaman komunis telah dilantik sebagai YDP pertama PKMM.

Bagaimanapun PKMM gagal menguasai pemikiran orang Melayu dan tidak mendapat sambutan sebagaimana diinginkan olh pihak komunis. Pada tahun 1948 selepas darurat diiytiharkan dalam usaha menentang pengaruh komunis, PKMM telah diharamkan.

Berikutan pertembungan merebut jawatan YDP UMNO antara Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Fuad kemudiannya menyaksikan Pas yg ketika itu adalah sayap ulama dalam UMNO telah keluar parti selepas kekalahan Ahmad Fuad dalam pertandingan tersebut.

Akhirnya Pas ditubuhkan sebagai entiti parti politik secara rasmi pada tahun 1951 dengan kelulusan British. Kemudiannya ramai pemimpin PKMM yg terjun masuk Pas antaranya Burhanuddin Helmi yg kemudian menjadi YDP Pas yg kedua secara rasmi pada tahun 1956. 

Bagaimanapun jika diambil kira Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) sebagai YDP kedua selepas memangku jawatan YDP Pas berikutan perletakan jawatan Ahmad Fuad, maka dr Burhanuddin boleh di anggap sebagai YDP yg ketiga.

Pemimpin PKM, Chin Peng
 Selain cubaan menarik sokongan orang Melayu menyokong komunis, usaha komunis PKM turut mendapat sokongan PKI (parti Komunis Indonesia).

Misalnya semasa Konfrontasi Malaysia Indonesia dari tahun 1962 – 1966 berikutan rancangan pengisytiharan gabungan Tanah Melayu dgn Sabah & Sarawak yg membentuk Malaysia, Indonesia yg pemerintahannya ketika itu hampir total dikuasai oleh PKI (Parti Komunis Indonesia) telah melancarkan kempen ganyang Malaysia.

Mengambil kesempatan Kempen Ganyang Malaysia yg dilancarkan pada akhir 1963, pengganas komunis PKM telah turut bergabung tenaga dengan tentera Indonesia dan anggota PKI yg menyusup masuk di Johor, Sabah dan sarawak utk melakukan kekacauan dan serangan hendap terhadap anggota keselamatan negara.

Berikut pula adalah antara beberapa catitan sejarah keganasan PKM dan anggota bersenjata mereka.

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di  Perak  pada 16 Jun 1948.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950. Selain itu turut terbunuh ialah isteri dan kanak-kanak. Kebanyakan mayat mereka rentung selepas komunis membakar balai polis tersebut.
3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.
4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.
5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.
6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.
7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.
8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.
9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.
10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.
11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.
13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.
14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.
16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.
17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

Kesimpulan:-

Banyak perbezaan nyata antara 5 pahlawan Melayu yakni Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong bila kita bandingkan dgn sejarah komunis PKM.

5 pahlawan Melayu Islam tersebut lebih fokus kepada perjuangan membela nasib rakyat yg tertindas dgn pelbagai isu percukaian serta bantahan campurtangan British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Manakala komunis pula fokus kepada usaha mengkomuniskan Tanah Melayu kemudian meneruskan keganasan mereka walaupun Tanah Melayu telah merdeka pada tahun 1957.

Komunis hanya meletakkan senjata selepas perjanjian damai pada tahun 1989 di Haadyai, Thailand.

Kalau komunis itu pejuang kemerdekaan patutnya selepas Jepun kalah mereka tidak akan mengambil peluang membunuh orang Melayu Islam selama tempoh 2 minggu mereka berkuasa.

Kalau komunis tu pejuang kemerdekaan seperti kata Mat Sabu patutnya komunis sudah tidak lagi menyerang anggota keselamatan selepas negara kita merdeka pada tahun 1957.

Berdasarkan fakta-fakta ini, layakkan untuk Mat Sabu menganggap komunis sebagai hero kemerdekaan?

Layakkah untuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyama tarafkan komunis yg celaka dan hina tu dgn 5 pahlawan Melayu Islam di atas?

Ini yg kita katakan kalau budus jangan tunjuk diri tu budus lebih baik berdiam diri sekurang-kurangnya orang tak tahu yg pemimpin Pas ni ramai yg budus sombong.

Ini tidak, pantang bila dia kantoi, masih jugak nak bela keceluparan mulut sendiri dengan cuba memusing cerita. Tak ke gila bin bebal namanya tu.

Komunis yg lahanat lagi menidakkan kewujudan Allah s.w.t itu juga yg nak di jadikan hero, bangang sungguh sapa yg menyokong Pas dan pemimpinnya."


 GULA DARI KU 



       Bagi mereka yg termakan gula2 Mat Sabu nih, boleh muntahkan balik, suap kat mulut dia!