Isnin, 31 Oktober 2011

GADAFFI SHOULDN'T HAVE BEEN KILLED

 Ku setuju sepenuhnya dgn kenyataan Tun Dr Mahathir


Gaddafi tidak wajar dibunuh



SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa dilakukannya.

“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.

“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.

Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.

“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.

Menurut Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan membina sungai.

Katanya, kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.

Namun, kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketakutan apabila Barat cuba membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di dalam khemah yang dikelilingi tembok.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.

Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”

Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.

“Saya berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih.

“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya. 


SILA KLIK LAPORAN ASAL DALAM SINAR HARIAN

LIBYA NEGARA BERKEBAJIKAN

Untuk renungan kita bersama:

1. Di Libya, tidak ada bil elektrik; tenaga elektrik adalah percuma bagi setiap rakyat. 

2. Tidak ada bunga/faedah/riba' bagi pinjaman. Bank-bank di Libya dimiliki kerajaan dan pinjaman diberi kepada semua rakyat Libya pada faedah 0%, dan termaktub di dalam undang-undang negara.

3. Rumah dianggap satu hak asasi manusia di Libya -- Gaddafi telah bersumpah yang ibubapanya sendiri tidak akan diberi rumah sehingga setiap rakyat Libya memiliki rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sementara dia dan isteri serta ibunya tinggal dalam khemah.

4. Semua pasangan yg baru bernikah di Libya menerima 60,000 Dinar (AS$ 50,000) dari kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka sebagai bantuan untuk mereka mula mendirikan rumah tangga dan berkeluarga. 

5. Rawatan pelajaran/pendidikan dan perubatan diberi percuma di Libya. Sebelum Gadaffi hanya 25% rakyat boleh membaca dan menulis. Kini jumlahnya ialah 83%.

6. Jika sekiranya seseorang warga Libya ingin menjadikan pertanian/perladangan  sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah untuk bertani, rumah pertanian, peralatan, benih dan haiwan untuk memulakan ladang mereka -- semuanya diberi percuma.

7. Jika warga Libya tidak boleh mendapatkan pelajaran atau kemudahan perubatan yang mereka perlukan di Libya, kerajaan memberikan dana untuk pergi ke luar negara untuk mendapatkannya - bukan hanya percuma tetapi mereka mendapat AS $2,300 elaun penginapan dan kereta sebulan.  


8. Di Libya, jika seseorang rakyat Libya membeli kereta, kerajaan menampung 50%  daripada harganya. 


9. Harga petrol di Libya ialah 14 sen (AS) bagi satu liter. 


10. Negara Libya tidak berhutang di luar negara dan simpanannya berjumlah AS$150 bilion - kini dibekukan di seluruh dunia.  


11. Jika seseorang warga Libya tidak dapat pekerjaan selepas memperolehi ijazah, kerajaan akan membayar gaji purata sesuai dengan gaji profesion  kelayakan mereka  sehingga mereka  berjaya mendapat pekerjaan. 


12. Sebahagian dari hasil jualan minyak/petroleum Libya dikreditkan ke dalam akaun bank setiap warga Libya. 


13. Seseorang ibu yg melahirkan anak menerima AS $5,000. 


14. 40 buku roti di Libya dijual dgn harga AS$ 0.1515.

15.  25% dari rakyat Libya mempunyai ijazah universiti. 

16. Gaddafi telah melaksanakan projek pengairan yg terbesar di dunia, yg dipanggil 
Great Man-Made River project, supaya air boleh  didapati dgn mudah  di seluruh negara bergurun (padang pasir) itu. 


DITERJEMAH DARI SRI LANKA GUARDIAN - SILA KLIK


Muammar Gadaffi pada 1969



Delegasi perdagangan AS bertemu Gadaffi 2008

Bersama Obama 2011
Anak Gadaffi Mutassim mesra dgn Setiausaha Negara AS

Wajarkah hayatnya ditamatkan begini rupa????


GULA-GULA DARI KU 

Gula2 Arab
Bukan semua mengenai Gadaffi itu baik dan bukan semuanya buruk. Tapi yg jelas Allahyarham memang cintakan negara Libya. Sudah takdirnya begitu dan Yang Maha Mengetahui cuma  الله

 Seperti kata  Dr M, sama2lah kita berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih - Amin






 

Ahad, 23 Oktober 2011

A GOOD BEGINNING FOR 'HIMPUN'

Ya, judul posting ku kali ini, 'SATU PERMULAAN YG BAIK BAGI HIMPUN'

Mereka dalam gambar2 di bawah ini bukan fanatik2 politik, agama atau perkauman.


http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/10/pas-hassan-ali.jpg http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/10/at-the-umat-gathering.jpg

http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/10/umat.jpg

Jika sesiapa membaca komen2 pembaca dalam surat khabar online yang mendakwa dirinya sgt 'kini' dlm hal2 yg melibatkan senario semasa Malaysia, terutamanya dari sudut politik, anda yg lemah semangat akan surrender mengikut telunjuk tohmahan2 mereka.

Malah tajuk laporan akhbar itu sendiri berbunyi "Himpun gathering an epic failure" ..dalam Bahasa Malaysianya "Perhimpunan Himpun satu kegagalan yg Epik (Agung)"

SILA KLIK UNTUK PAUTAN LAPORAN

Ku anggap itu satu ejekan kpd para penganjur HIMPUN dan jika diteliti komen2 di dalamnya pula, hampir semua meremehkan malah mencaci usaha murni itu. Semua bertepuk tangan atas kurang kehadiran ke acara pertama Himpun yg berlangsung di Stadium Shah Alam semalam, 22 Oktober 2011.

Ada juga pembaca Melayu/Muslim yg tidak faham atau sengaja tidak mahu faham akan hasrat sebenar perhimpunan itu.

Mari kita teliti beberapa komen (terjemahan ku dari Bahasa Inggeris): 

"Mohd Radzi Ibrahim:  Himpun disokong oleh 3,000 NGO Muslim. Jika satu NGO menghantar presidennya dan naib presiden, maka jumlah yg hadir akan mencecah 6,000.


Org Islam kita yang patut dipersalahkan. Kenapa tidak kukuhkan kepercayaan kita? Bukan org Kristian yg boleh mengkristiankan kita, tetapi kita sendiri. 

Mr T: Para penganjur merasakan yg mereka telah mendapat tema yg boleh menang untuk perhimpunan mereka, kerana itulah mereka bercakap besar yg sejuta org Islam akan hadir. . Tapi temanya tidak bergema seirama dengan selera majoriti rakyat Muslim di negara kita yg tercinta ini. Mari kita tunggu apa alasan2 yg akan diberi...  

Ksn:  Kehadiran yg segelintir memberi mesej yg kuat kpd Umno, fanatik2 agama, pendokong2 perkauman, bahawa org2 Muslim Melayu tidak mudah perkudakan oleh mereka untuk tujuan mereka yg mementingkan diri sendiri.  


Sungguhpun tidak mungkin  stadium itu dipenuhi  mengikut kapasitinya oleh 80,000 orang, namun jumlah itu masih kurang 10 peratus dari yg disasarkan oleh para penganjur.  


Saya harap semua yg dibelakang Himpunan ini akan mengakui yg mereka telah gagal. "


GULA DARI KU


http://images.sciencedaily.com/2008/12/081210090819-large.jpg 

Seperti yg ku nyatakan dalam posting ku yg lalu, ku yakin yg hasrat HIMPUN bukan anti Kristian atau menuduh org Kristian mengkristian atau memurtadkan org Islam. Hasratnya ialah untuk menyemai dan memupuk permuafakatan para Muslimin bersatu dan teguh di dalam aqidah. Pada ku walaupun hanya 1,000 org sekalipun yg hadir, ia adalah permulaan yg baik. Syabas penganjur HIMPUN! Teruskan usaha murni, aman dan kasih mu. 


Berdikit2, lama2 jadi bukit. 

Kita tak menentang sesiapa, kita tidak gentar sesiapa, kita cuma mahu bersatu hati. BERSATU TEGUH. Yg penting NIAT kita BERSIH DAN SUCI yg tidak bercanggah dgn hasrat 1Malaysia dan keharmonian negara yg majmuk dan berbilang agama.

Satu2 yg ku puji tentang HIMPUN ini ialah ia TIDAK cuba meramaikan kehadiran dgn umpan2 politik seperti yg dilakukan oleh  Ambiga punya 'BERSIH'.  

Rabu, 19 Oktober 2011

HIMPUN AMAN KASIH ISLAM

Ku tersinggung dengan komen2 pembaca satu akhbar online - akhbar yg mendakwa dirinya menyatakan suasana terkini tanah air.

Perkataan 'Kini' yg dijadikan sebahagian dari nama akhbar tersebut tetap ku anggap rata-rata 'kini' senario politik tanah air - dari sudut kaca mata POLITIK SEBELAH PIHAK para pengarang akhbar itu yg teruja mensensasikan apa saja yg menyumbang terhadap memburuk-burukkan dan mempersenda-sendakan segala usaha murni yang tidak memihak kepada selera negara 'Malaysia' ala mereka.


Banyak komen2 yg sinis dan berbau syak wasangka disiarkan yang memandang serong dan mempersendakan hasrat murni NGO2 Muslim tertentu yang menganjur Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan berlangsung dua tiga hari lagi. 'Selamatkan Akidah' menjadi tema perhimpunan.


"Satu perkara yg sangat jelas. Ada beberapa orang beragama Islam yg tidak mempercayai/yakin akan iman mereka sendiri sehingga sanggup mengadakan perhimpunan untuk mengisytiharkan  yang mereka beriman??? Jika anda mempunyai iman dalam agama anda sendiri mengapa perlu adakan perhimpunan? Adakah ada takut/khuatir yg saudara2 Muslim anda mempersoalkan kepercayaan/agama (aqidah Islam) anda? Jika begitu, bersemuka/berhadapan lah dgn mereka dan jawab kesangsian saudara2 Muslim anda tapi jangan heret orang Kristian dalam pertikaian ini dan hentikan cakap yg bukan2 tentang mempertahankan keimanan anda. Tiada sesiapa yang mengancam iman anda!"

Begitulah bunyi salah satu komen (komen asal dalam Bahasa Inggeris) pembaca yg disiarkan dalam akhbar tersebut. Ia ku anggap satu komen yg dibuat oleh seseorang yg takut. Takut tentang kesan daripada himpunan tersebut.  

Ya, insyaAllah, ku berdoa agar himpunan tersebut akan berjaya sebagai titik permulaan, menyemaikan rasa kasih sayang ummah terhadap aqidah yg kita pegang walau apa sekalipun pendirian politik kita. Ternyata ia bukan dianjur oleh PAS, UMNO atau mana-mana parti politik atau kerajaan. Ia tersendiri, dari pertubuhan2 bukan kerajaan (NGO) Islam yang percaya bahawa perpaduan ummah itu lebih penting dari segala-segalanya dan sudah tiba masanya umat2 Islam di negara ini memupuk kasih sayang sesama sendiri dan tidak dihanyutkan oleh arus politik semata2.   Teruskan berpolitik untuk kesejahteraan negara, tapi jangan bercakaran sesama ummah & abaikan kekukuhan padu ummah kita, dalam semangat BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!




GULA DARI KU


Ku yakin akan kemurnian hasrat HIMPUN ini. Ku yakin yang ia bukan satu dakyah politik. Ku yakin yg ia tidak bertujuan langsung mempersenda dan mengutuk agama lain yang diamalkan oleh rakyat negara ini. Ia dianjurkan oleh pertubuhan2 Islam demi perpaduan ummah itu sendiri kerana kita kasih kepada Islam dan kita kasih kepada kesucian aqidah Islam itu. Kita tak rela, kita sedih jika ada di kalangan kita yang hanyut dan terpesong kerana kita sendiri tidak mengambil berat dan membiarkan mereka hanyut. 

Jom!  Ayuh kita bersama-sama dalam aman damai serta penuh rasa kasih kepada Allah SWT  yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mencipta segala, kepada Rasulullah SAW  yg membawa perutusan Allah kepada kita. Perutusan tauhid, perutusan kebenaran.  

Demi kita, untuk masa depan anak cucu kita. Kita bersama-sama bertanggungjawab memelihara dan memupuk aqidah.  Jom! Bawa keluarga, anak2 kita sekali.

 

Jumaat, 14 Oktober 2011

BOB LOKMAN - PENTAS LAWAK BARU

alt

Laporan & gambar di atas ku petik dari blog Agenda Daily

SILA KLIK UNTUK PAUTAN KE LAPORAN ASAL



"Hebat sungguh bekas artis kita ni yang kini jadi penceramah PAS.Lagaknya macam dialah lebih Islam dari segala orang Islam di negara ini.

Itu berdasarkan cakapnya yang dipetik Malaysia Insider: Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja.

Ini gara-gara nak tunjuk keras kepala tidak mahu pergi bagi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah dicekup beri ceramah tanpa tauliah Isnin lalu.

JAIS akan memohon waran tangkap kerana dia tidak hadir untuk tujuan itu pagi Rabu.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman dipetik sebagai berkata dia tidak akan pergi ke pejabat JAIS atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepada dasar pemerintahan UMNO-BN.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Dia mendakwa penguasa JAIS dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai wakil UMNO, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.

“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,”katanya.

Rasanya elok bos-bos PAS bagi taklimat pada Bob Lokman bahawa JAIS cuma menguatkuasakan arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor sendiri.

Arahan baginda ini sudah lama berkuatkuasa antaranya untuk elak timbul masalah ajaran sesat dan sebagainya di negeri itu.

Kalau dia melawan bermakna bukan JAIS tetapi lawan Sultan Selangor.

Tinggi mana ilmu agama Bob Lokman sampai boleh berlagak nak mengata “saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja.”

Masa baru masuk PAS pada 9 Februari lalu dia mendakwa anak-anaknya tidak selamat berada dalam ‘ senario masa kini’.

Lupakah dia berapa lama dia dok ‘telan’ duit sebagai artis sebelum itu dan hidup dalam suasana semasa di negara ini.


Ramai orang lain yang berubah dari zaman dulu 'yang penuh warna warni' ke zaman baru yang lebih warak....tetapi tidak perlulah berlagak lebih hebat dari seorang 'Ayatullah'.-13/10/2011



 GULA DARI KU

Sebenarnya ku tak pernah pun tertarik dgn personaliti Bok Lokman nih. Apabila dia menjadi pengkritik Raja Lawak misalnya dia sering menonjolkan personaliti yg sinis, menyinggung. Lawak dia pun tak pernah ku anggap lawak. Lawak jenis terbawa2 syok sendiri dan membuat org terpaksa ketawa kerana kesian takut dia malu, untuk menjaga maruah dia.

Dia hanya bermodalkan lagu Isabella, itu jer.

Dan hal mendapat kesedaran pula, tanda2 seseorang itu insaf dan ingin mengenal Allah ialah dengan berjinak2 dengan orang2 yg bersih dan mengenal Allah dan tidak menyinggung sesiapa, tambah2 pula sesama Muslim.

Jika bersekongkol dgn  orang2 atau golongan2 yg mencemuh, mengkeji, sesama Muslim atas nama Islam maka bererti tidak ada perubahan, hanya perubahan pentas.

Biarkan lah dia. Ku cuma berdo'a kpd Allah SWT semoga Bob Lokman ditunjuk jalan yang benar satu hari kelak.

Memang bila kita masih muda kita mudah teruja, 'excited' bila dapat sesuatu yang baru. Kita tak sedar yg sebenarnya kita lebih hanyut jauh dari Allah, bukan lebih dekat. Cuma sangkaan sahaja yg kita menghampiri kerana tertarik dengan laungan2 dan slogan2.

Bob Lokman cuma dapat satu pentas baru - pentas populariti jugak - syok mendapat sorakan dan tepukan anak2 muda yg naif   yang penuh dengan semangat angin helium belon.

 


                                                          SILA KLIK KE PAUTAN

Selasa, 11 Oktober 2011

CONGRATULATIONS NST!

Yes NST (New Straits Times), congratulations for your wrong usage of the English language, yet again.

Ya, ku ucapkan 'tahniah' kepada akhbar NST sekali lagi atas  penggunaan salah Bahasa Inggeris. Sebagai akhbar berbahasa Inggeris, anda menunjukkan contoh yg begitu baik.

Tambah-tambah lagi hari ini NST mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli akademik yang baru menerima Anugerah Akademia Negara 2009 & 2010. What a brilliant  'academic' present for them. Ya, satu hadiah 'akademik' yg begitu cemerlang bagi mereka.

Ku rasa budak darjah dua pun tahu yg apabila kita gunakan perkataan atau ungkapan congratulations kpd sesiapa dia ada 's' di hujung. Tak pernah ku dengar orang menyebut congratulation! ---- kecuali jika mereka memang buta dan pekak Bahasa Inggeris.


Nah, lihat lah sendiri.













Kurang Jelas?   Nah ini dia, yg besar:



Mungkin ada di kalangan pembaca budiman yg membidas balik kritikan ku ini dgn berkata yg ia dieja congratulation kerana ia digunakan sebagai kata nama (noun) dan bukan perbuatan (verb). Maksudnya, ia hanya satu tajuk, bukan ucapan.

Ku tidak bersetuju dgn pandangan itu sbb jika dibuang perkataan itu sama sekali, maka seluruh kandungan muka surat  itu tidak akan memberi apa2 maksud, bukan ucapan, bukan pemberitahuan, bukan pengumuman, cuma satu splash atau simbahan yg tergantung di awang-awangan.  Perkataan congratulation  tidak boleh dianggap sebagai satu tajuk kerana ia tergantung dan tidak memberi maksud 'Ucapan Tahniah'.

Ya, perkataan congratulations juga boleh digunakan sebagai kata nama atau tajuk, misalnya 'A message of congratulations'.  Sebaliknya, 'A message of congratulation' (tanpa 's') sangat janggal bunyinya & salah. Sebagai satu tajuk, satu lagi ungkapan yg betul ialah 'A congratulatory message' atau 'Congratulatory Message' sahaja - dalam Bahasa Malaysia/Melayunya 'Ucapan Tahniah'.  Dgn cuma Congratulation sebagai kata nama yg tergantung-gantung, ia tidak membawa maksud apa-apa. Dan jika ditambah 's' di hujung ia akan menjadi satu perbuatan, iaitu perbuatan mengekspresikan ucapan tahniah.

Ku pasti yg seluruh muka surat itu dimaksudkan oleh NST sebagai satu ekspresi mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah akademik. Dan sebagai satu ekspresi mengucapkan tahniah, maka ejaan & bunyi ungkapan itu tetap congratulations dan bukannya congratulation.

GULA DARI KU


red sugarKu anggap situasi ini sesuatu yg sangat ironik. Satu akhbar berbahasa Inggeris yg telah ditubuhkan pada tahun 1845 tak tahu menyebut congratulations dan ia diucapkan kepada para intelek negara, ahli2 akademik cemerlang. Kalau ku bos NST ku akan pastikan ia disiarkan semula dgn bahasa yg betul. 

Kalau ini satu advertorial ku faham sbb artwork untuk advertorial selalunya disediakan oleh pihak pengiklan jadi NST tidak boleh dipersalahkan jika ada kesilapan. Tapi ini adalah ucapan dari NST sendiri. 

Jumaat, 7 Oktober 2011

ANTARA KARIPAP DAN BISTIK

SUDAH lama benar ku sibuk mengutarakan hal2 berat (heavy stuff) dalam blog ku ini. Its time to relax a bit, get away from them for a while, from politics especially.  Asyik politik, politik dan politik. Macam lah tidak ada benda lain dalam hidup kita ni melainkan politik, kan? 

Ok lah. Lets talk about language, the lighter side of it.  About the effects of language on our daily lives.  

Ku lepas makan sejenis kuih popular untuk sarapan.Mesti ada di kalangan pembaca budiman juga suka kan kuih ini.

 
Ya, kuih yg dalam gambar di sebelah ni. Rasanya pun kita dah tahu dah mcm mana kan?  Ada yg berinti kentang, ada yg berinti daging, ada yg berinti sardin, ada yg berinti ayam dll lagi.

Tentu ramai yg akan terus berkata "karipap!"

Perkataan karipap ni, sudah menjadi begitu sebati dgn org Melayu,  sehinggakan mereka yg petah berbahasa Inggeris sendiri pun tak tahu yg ia berasal dari perkataan Inggeris.

Masa zaman penjajah dulu, mem2 omputih atau matsaleh la yg mula perkenalkan kuih ini pada org kita.

Nama asalnya ialah CURRY PUFF. Curry bererti kari dan puff pula bererti 'pastri lapis' (menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka). Hehehe.

Jika kita tengok, perkataan 'pastri' itu sendiri pun berasal dari Bahasa Inggeris, iaitu pastry.  Jadi untuk belajar Bahasa Melayu di zaman ini, kita perlu tahu Bahasa Inggeris dulu. Begitu lah nampak nya.

Dan kata Kamus Dewan lagi, perkataan pastry itu bererti : Adunan tepung yang biasanya dimasukkan inti daripada daging cincang, kentang dan sedikit serbuk perasa yang dimasak dan dibungkus. Panjang lebar kan takrifnya? Sebab itu lah dipendekkan menjadi 'pastri' sahaja.

Tapi pada ku, perkataan puff ini lebih sesuai diterjemah sebagai 'pastri menggelembung' sbb bukan semua kuih yg dipanggil  puff it berlapis. Misalnya kuih Cream Puff, tak berlapis tapi mengelembung atau kembung. Bagi Karipap pula, ada yg pastrinya berlapis ada yg kembung. 

Jadi bagi mereka yg tidak tahu, sekarang dah tahu la kan? Kaum Cina di Malaysia pun sudah sebati dengan penggunan perkataan Karipap ini. Cuma sebutan mereka  ialah Kalipap.

 
SATU  lagi jenis makanan yg dijual di restoran2 Melayu, yg ku pasti org yg memasak dan menjualnya pun haven't got a clue what the word means or where it comes from (tak tahu menahu langsung asal-usul perkataan itu), ialah sejenis masakan  yg lazat, yg dikenali sebagai  Bistik.





Sebenarnya nama asal masakan itu ialah BEEF STEAK. Org Melayu kita mmg suka makan beef steak. Mengikut cerita org tua ku, masa zaman British dulu kalo pegawai2 kerajaan Melayu pergi makan ke restoran2 seperti F&M atau restoran2 yg terdapat di Rest House (Rumah Rehat) di bandar2 di Semenanjung nih, ataupun di hotel-hotel,  mereka suka pesan beef steak  nih. Ia juga kegemaran 'tuan-tuan'  dan 'mem-mem' Inggeris. Dan ia dimasak oleh tukang masak-tukang masak berbangsa Cina (Hailam).

Berbeza dari resipi biasa steak yg terdapat di England, Amerika, Australia dll, beef steak ala Malaya ini ada ramuannya tersendiri.

Dan sebutan Stick (Bistik) bagi steak itu memang cara sebutan org  Melayu kita. Kalau omputih dengar tentu dia ingat kita suka makan kayu (stick)  kan? Bunyi sebenar perkataan steak itu ialah stek (di mana ek yg di hujung itu sama seperti  bunyi kek atau cake), dan bukannya  stik atau stick.

Bistik juga popular di Indonesia, di mana ia juga dikenali dgn nama yang sama - Bistik.


'Bistik' Indonesia
'Bistik' ala Malaysia
                                                           

Satu contoh yg menunjukkan yg mereka yg  pakar masak bistik pun tak  tahu asal usul perkataan  itu boleh dilihat dalam laman web di bawah ini:

SILA KLIK UNTUK KE LAMAN WEB


Ya,  BISTIK DAGING (BEEF BISTIK) :  Begitulah bunyi nama masakan yg dipaparkan oleh pakar masak dalam laman web di atas  dan yg di dalam kurungan itu pula ialah terjemahan Inggerisnya. Sangat menggelikan hati.

Dan jgn pula anda selepas ni pergi ke restoran Melayu dan buat order mcm nih: "Saya nak beef  steak" dgn sebutan yg betul bagai,  nak berlagak 'aku pandai' la konon..hehehe.. Jawapan pelayan tu sudah pasti "Errr..itu takda Encik,  bistik ada".

Begitu lah Malaysia yg serba 'moden' ini, yg betul dikatakan salah, yg salah dikatakan betul.





GULA DARI KU



Elok juga jika kita ambil tahu asal-usul sesuatu nama atau sesuatu bahan itu, supaya kita lebih celik kepada realiti. Ada juga org yg tidak tahu bahawa asal-usul gula itu ialah dari batang tebu (kiri).

Isnin, 3 Oktober 2011

RAJA2 MELAYU ADALAH PAYUNG AGAMA ISLAM

     TITAH DIRAJA 
DYMM PEMANGKU RAJA PERAK, RAJA NAZRIN SHAH 
DI KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELURUH MALAYSIA PADA
26 SEPTEMBER 2011


PETIKAN2 TITAH DIRAJA
(pautan ke teks titah penuh terdapat di "GULA DARI KU")

~ "Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.  Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.  Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik.  Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan."

~    "Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh – platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.  MAJLIS di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini.  Roh Islam wajib dikembalikan.  Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.  Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan.  Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.  Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini."

~       "Setelah lima puluh empat tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah tiga belas Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgahsana Ketua Utama Negara, setelah dua belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.  Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati.  Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.  Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.  Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun."

~     "Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh.  Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah. "


~    "Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Rafles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.  Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci ALLAH yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam.  Keangkuhan semakin berlaku -  toleransi umat Islam semakin dicabar.  Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan.  Ia mungkin berpunca dari satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah.  Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut – yang semakin mereputkan ummah."

~   " Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas.  Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah.  Hari ini nama suci ALLAH, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan  potensi yang boleh mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.  Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God.  ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.  Kalimah suci ALLAH bukan sekadar “nama am” yang bermaksud “Tuhan” walau apa bentuknya.  Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam.  Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas.  ALLAH adalah nama khas, Tuhan Maha Suci – Tuhan Maha Agung.  ALLAH adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:


“Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH”; "

~      "Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan  untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.  Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.  Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian ILAHI terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.  Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, KEESAAN ILAHI, ALLAH yang “SATU” lagi berkuasa di atas segalanya, ALLAH yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan.  Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam ALLAH mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-
Petikan:

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinthan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.  Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.  Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu[34]” "



~    "Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan[29].  Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain – lawan – Fatimah Sihi dan yang lain,[30] telah memberikan tafsiran berikut:
Petikan:
“… Peruntukan ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai’ bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini.  Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdidiri sama tegak.  Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.  Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam….”"


"Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah.  MAJLIS AGAMA ISLAM (MAJLIS) adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.  MAJLIS AGAMA ISLAM diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah.  Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian."



GULA DARI KU

Para ahli politik Malaysia sekelian - telitilah dgn sehalus2nya intipati teks titah Diraja DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan  Raja Nazrin Shah 

SILA KLIK KE TEKS PENUH TITAH DIRAJA

Ahad, 2 Oktober 2011

ANTARA HUKUM HUDUD DAN TUNTUTAN AGAMA

Akhir2 ini, seperti apabila hampir saja pilihanraya dua tiga dekad ini, maka berkumandanglah laungan dan janji pelaksanaan hukum hudud  oleh sebuah parti politik yg kini menjadi anggota apa yg dipanggil Pakatan Rakyat (PR).

Berbeza dari zaman Dr Burhanuddin Helmi atau Datuk Asri Hj Muda menerajui PAS dulu, PAS kini menjadikan pelaksanaan hukum hudud matlamat yg didahulukan.



Mesti pemimpin2nya penuh keyakinan dgn haqqul yaqin yang mereka telah menjalankan tarbiyyah yg sudah cukup mantap kpd majoriti kaum Muslimin di negara ini, atau sekurang2nya di negeri Kelantan ataupun Kedah.

Tapi adakah tarbiyyah menjadi program utama parti tersebut ataupun sekadar politik dan polititk dan politik dan ceramah2 politik yg meng'utilise'kan agama Islam untuk tujuan berkuasa? Itu dikatakan tarbiyyah?

Sesiapa sahaja yg mempersoalkan 'keazaman' pelopor2 hukum hudud tersebut dilabel oleh parti tersebut dgn mcm2 label seperti "org yg tidak mahukan Islam", "org yang mempersoalkan hukum Allah", "org yg takut kpd hukum Allah mcm takutkan hantu"..  dan macam2 lagi.

ISLAM ITU SUCI 



Padahal intipati dan 'roh' agama Islam itu sendiri belum ada, yg ada masih 'Islam' dibibir, dihiasi dgn 'ritual2'  dan kulit2 yg dijadikan 'lambang' Islam.

Persoalan yg ku ingin utarakan ialah:

- adakah agama Islam itu hanya berlegar di sekitar perundangan tanpa menyediakan  tunjang  yg cukup kukuh yg sepatutnya menjadi anchor atau sauh di mana perundangan Islam itu berdiri? Dan adakah mereka pula (pemimpin2 parti politik berkenaan) memiliki ciri2 mithali lahir dan batin, berbudi pekerti? Bukankah kejayaan dakwah rasulullah s.a.w itu melalui budi pekerti baginda dan bukan cakap2 dan retorik?  Adakah karakterisitik pemimpin2 yg mempelopori pelaksanaan hukum hudud itu sendiri sudah cukup meyakinkan?

- akan selesaikah segala permasalahan masyarakat dgn terlaksananya hukum hudud, tanpa masyarakat itu ditarbiyyah dgn intipati Islam itu sendiri, seperti tauhid, usululuddin, tasauf dll yg bertujuan halus membentuk budi pekerti mereka menjadi insan rabbani? Atau adakah itu cuma domain dan hak para 'ulama' sahaja?

- Adilkah perundangan Islam itu didirikan atau dilaksanakan begitu sahaja tanpa para Muslimin berbekal iman yg kental yg mencorakkan budi pekerti yg luhur yg membuatkan penerimaan mereka terhadap perundangan tersebut TOTAL dgn tiada persoalan lagi?


Pada kefahaman ku yg cetek ini, Tarbiyyah adalah perkataan bahasa Arab yg membawa erti melatih, mendidik,  seseorang insan itu menjadi seorang insan rabbani. Tarbiyyah adalah komponen terpenting dalam membina atau menjadikan, melahirkan  seseorang atau segolongan  insan rabbani.

[Makna literal atau makna sebenarnya insan rabbani itu pula ialah "seseorang insan yg sentiasa berhubung dgn Allah atau jiwanya sentiasa ada pada Allah". Dari segi metafora ia menjadi sesuatu yg lebih abstrak, namun pragmatik (boleh dipraktik).  Bolehlah dikatakan yg seseorang atau sekumpulan insan yg insan rabbani itu adalah "seseorang atau mereka yang boleh menyeimbangi elemen2 jati dirinya, iaitu minda, batin (badan), jiwa dan emosinya". Dalam lain perkataan mereka adalah golongan manusia yg berbudi pekerti mithali, lemah lembut, tidak mengeluarkan kata2 kesat kerana itu mustahil dicetuskan oleh org2 yg benar2 beriman]

- Adakah mereka yg beria2 bercita2 melaksanakan hukum hudud ini telah dan sedang dan akan benar2 berusaha melakukan tarbiyyah yg lillahi ta'ala, tanpa ada tujuan2 lain seperti untuk merebut kuasa politik dalam konteks kancah politik sekular?

-  Dgn siapakah mereka (pelopor pelaksanaan hukum hudud) ini 'berpakat' dalam cita2 politik/menegakkan perundangan Islam mereka?  Adakah  mereka berpakat dgn org yg mahukan pelaksanaan hukum hudud, malahan adakah  mereka berpakat dgn org2 yg menjalankan tarbiyyah untuk membina dan mewujudkan insan2 rabbani? Atau adakah mereka berpakat dgn kumpulan yg terdiri daripada 'a mixed bunch of worldly politicians who are more out to gain political mileage and power for worldly and secular ambitions'?

- Di dalam negara yg majmuk seperti Malaysia, bagaimana agaknya jika dilaksanakan  dua set hukum/perundangan bagi jenayah  - satu untuk orang yg beragama Islam, satu lagi untuk yg bukan beragama Islam?

- Adakah dgn memancing undi, dan sibuk berkempen 'undilah kami, undilah PR'  insan2 rabbani itu boleh dibentuk dan lahir? Umum tahu yg kempen pilihanraya, pancing-memancing undi, menuding jari sesama insan Muslim, tuduh menuduh, caci-mencaci, memecah-belah sesama Muslim, cemuh-mencemuh  itu semua sedang berlaku dan umum tahu siapa yg terlibat. Dan adakah umum menyedari yg ia bukan  amalan yg dipupuk oleh Allah SWT?   Jadi,  apabila mereka yg menggelar diri mereka ulama & dianggap rakyat sebagai ulama sendiri, yg sepatutnya memiliki ciri2  'insan2 rabbani', mengamalkan dan menggalakkan dan mempelopori amalan seperti ini, apakah erinya???

- Betulkah hukum hudud akan dilaksanakan jika parti politik tersebut atau Pakatan Rakyat (PR) berkuasa?  Jika selama ini ia tidak dilaksanakan, bolehkah kerajaan yg ada sekarang ini dipersalahkan seperti yg perkatakan oleh pemimpin2 parti berkenaan?

Fikir2kan lah dgn bijaksana dan halus.


Berpakat untuk tidak sepakat?


GULA DARI KU

ALANGKAH MANISNYA  jika sesuatu perundangan Islam itu dilaksanakan setelah majoriti masyarakat bersedia bukan kerana dipaksa, bukan kerana  kulit tetapi kerana rohani masyarakat itu sudah sedia dan rela menerimanya. Angan2/impian dan cita2 yg benar2 realisitik adalah dua perkara yg berlainan. Padahal, yang disangka cita2 oleh mereka yg mempelopori Perundangan Islam sekarang adalah sebenarnya masih di tahap angan2/impian  semata2. Sebab mereka sendiri pun belum sedia. Nafsu (kehendak) para pemimpin yg hendak kepada perundangan Islam itu masih di tahap  5% nafsu lawwamah & yg bakinya nafsu amarah, jauh lagi  mutma'innah & sgt  jauh sekali nafsu kamil.



ALANGKAH MANISNYA LAGI jika pelaksanaan dan penerimaan hukum hudud itu bukan terhasil dari kebusukan  persaingan, perebutan politik sesama Muslim, tetapi dari dan melalui cara yg suci, putih bersih kerana Allah dan rasul semata2 di mana percaturan, kekotoran 'political rivalry' langsung tidak masuk campur atau dilibatkan sama sekali.

Sabtu, 1 Oktober 2011

TAHNIAH GUAN ENG

HAA...MCM TU LA LAIN KALI

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan didakwa memburukkan negeri Johor.

Guan Eng berkata, beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor dan mengakui tidak berniat memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.
“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, saya ingin memohon maaf di atas kenyataan dibuat sebelum ini berkaitan Johor.

“Saya berasakan bahawa kenyataan saya sudah disalah lapor oleh media yang dikawal Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sila Klik Pautan Laporan Akhbar 


 GULA DARI KU


Guan Eng telah pun memohon maaf. Seperti kata Perdana Menteri, permohonan maaf itu dengan sendirinya menunjukkan yang dia mengakui yg dia salah. Kalau tak salah mengapa minta maaf kan?  Lagipun rakamannya semua ada. 

Tentang 'salah lapor' yg dikatakannya itu, itu ku anggap cuma satu tindakan 'to save face' (untuk menyelamatkan kemaluan..oops..rasa malu di muka).

Tapi dalam hati dia mcm mana? Itu antara dia dgn tuhan dia.. Dia org kuat Kristian kan? Kalau dlm Islam, setiap kata2 itu adalah dari hati dan ia tercetus ekoran niat di lubuk hati.