Selasa, 31 Mei 2011

BAHASA MEDIA - 'OUTSTATIONED'?



BARU saja balik rumah... yup...dari ofis..entah mcm mana jari tertekan TV3 lagi kat remote control... ada satu siri drama, yg pertama kali ku tonton, sedang ditayangkan. Jodolnya 'NORA ELENA'.





Jodol drama2 Melayu ni memang tak pernah kalah.


Tapi bukan jodolnya yg nak ku perkatakan. Yang nak ku perkatakan ialah sari kata atau subtitle Bahasa Inggeris, yg tak dapat ku elak dari membaca, walaupun ku orang Melayu dan faham Bahasa Melayu.

 


Ada satu scene tu si pompuan glamour ni (tak tau nama pelakonnya, sorry) tgh bercakap dgn satu mamat nih (pun tak tahu namanya - bukan pelakon Singapura Aaron Aziz tu, yg jadi hero dlm drama ni).


So mamat tu tanya kat pompuan tu "Aku nak jumpa boss kau". Pompuan tu kata "Dia outstation". Lelaki tu jawab "Dia outstation lagi?"..begitu lah kira-kira dialognya.


Yang nak gelak tu walaupun perkataan 'outstation' tu sudah dalam Bahasa Inggeris, ia perlu jugak disarikatakan oleh juru sari kata...dan sari katanya ialah.."He is outstationed?"   Yang paling ketara ialah perkataan 'outstationed'!! haha ...SEJAK BILA PULAK PERKATAAN INI ADA PAST TENSE?  Perkataan itu ialah kata nama (noun) , bukan  perbuatan (verb)... Sepatutnya, subtitlenya ialah "He has gone outstation again?"

Begitulah gara-gara kualiti produksi drama Melayu. Siapa yang salah?...Entah..TV3 atau syarikat yg menerbit siri drama tu?


Pada ku...dua2 salah. Masing2 tak jaga kualiti.


GULA-GULA DARI KU

 Terimalah helwa Arab dari ku


Sari kata tu ada gunanya.. bagi mereka yg hendak menajamkan penguasaan BI. Ia bukan untuk pelancong dan warga asing yg bermastautin di sini saja. 

Sebenarnya, kalau tidak sbb itu (bagi meningkatkan penguasaan BI oleh warga muda kita), tiada sbb kita perlukan sari kata, sbb Bahasa Kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu. Jadi bagi sesiapa yg hendak mengetahui  erti  dialognya kenalah tahu dan belajar Bahasa Melayu. Ada beratus-ratus lagi contoh sari kata yg melucukan. Nanti akan ku paparkan dari semasa ke semasa. Kalau buat kisah tak kisah saja sari kata ni, jika hanya untuk memenuhi syarat, baik tak usah ada langsung.  Kalau ia menjadikan BI kita lebih teruk, baik tak usah ada.

LAIN KALI PERIKSA DULU SEBELUM MELOMPAT

Dua tiga hari lepas e-mel melayang2 ke sana sini..termasuk kepada ku jugak, yg memperkatakan bahawa terdapat  DNA babi dalam kek2 buatan kedai kek terkenal Secret Recipe.

Ini lah rupa kandungan kata2 dlm e-mel yg melayang di sana sini, bermula dari satu blog... BUNYINYA BEGINI:



22 May 2011 


sufri82 
"Saya lebih suka straight to the point, tiada selindung-selindung biar jelas lagi nyata. Kalau ikut artikel yang lain menyatakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA Babi. Tetapi siapa pula yang menggunakan produk dari syarikat Puratos?

Jawapannya ialah Secret Recipe. Siapa yang tidak kenal dengan Secret Recipe, kedai yang menjual makanan dan kek yang sedap-sedap belaka. Sebut saja Secret Recipe dalam kepala mesti tengah fikir Indulgence, Tiramisu, Yogurt Cheese, Americano dan lain-lain produk kek. Akan tetapi bahan yang digunakan tidak halal kerana menggunakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Sdn Bhd yang mengandungi DNA Babi.

Agak tidak adil sekiranya saya mengatakan Secret Recipe sahaja yang tidak halal, pasti ada syarikat lain yang menggunakan ramuan dari Syarikat Puratos ini. Akan tetapi sumber yang boleh saya capai agak terhad. Sekiranya ada info yang berguna di kalangan pembaca. Kita kongsi bersama agar dapat elakkan memakan benda yang haram."








Maka melompat lah mereka yg membacanya, terutama sekali yg selalu mkn kek Secret Recipe, yg order untuk sambut 'birthday' bagai ..ada yg kata, 

"Oh, itu la selama ni recipe yg terlalu 'secret' tu ek !! Nanti ko..aku akan boycott..aku akan sebar emel ini ke seluruh Malaysia!!! Sumpah ku takkan jejak kaki ku lagi..bukan kek saja yg aku takkan makan..semua sekali yg dijual di situ..mee kari, lasagne...apa2 saja!!! Dan aku akan call anak buah aku yg keje kat Secret Recipe cawangan Bandar Baru Bangi..aku akan suruh dia bagi notis 24 jam.  Berhenti!!!"

Aku berfikir sejenak selepas dpt e-mel " betul ker ni?"..dlm hati ku..Maka ku buat keputusan masuk laman web Secret Recipe. Mana tau kot ada maklumat apa2....Maka apabila ku masuk saja, terpampang ini yang ku jumpa:


 TEKAN SINI untuk pautan ke 'Secret Recipe'




GULA-GULA DARI KU

Gula-gula ku kali ini dlm bentuk kek di sebelah..Banana Chocolate Cake yg paling ku suka dari Secret Recipe.. yumm..:

Maka ku kata pada blogger yg mula bikin bising tentang perkara yg belum sahih betul tidaknya:... Lain kali periksa betul2 sebarang berita yg diterima dari mana sekali pun. Jgn tuduh sebarang tuduh, dan jgn dok syok sendiri nak jadi blogger yg popular tanpa sedar diri membuat fitnah dan tohmahan...  nanti kalau tak betul, diri sendiri jugak yang malu!!





















Isnin, 9 Mei 2011

BAHASA MEDIA

INI ada satu lagi hal yang menarik - Penggunaan bahasa yang betul. Ku dah bosan dengan penggunaan bahasa yang tidak betul, sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris di dalam media, terutamanya Media Elektronik.


Ku nak sentuh sikit dulu. Kalau ada lagi, dan ku pasti tentu ada, ku akan tambah di bawah column khas ku ini yang ku namakan BAHASA MEDIA.

Mangsa ku yang pertama ialah: 



Dua tiga hari yang lalu dan memang dah berulang-ulang kali ku perhatikan,  penyampai  berita (Buletin Utama) menggunakan ungkapan ini: Satu setengah jam  untuk Satu jam setengah

Satu setengah jam adalah terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris - One and a half hours.

Ku nak tanya kepada para penerbit dan editor Berita TV3, jika mereka nak sebut Satu Bulan Setengah,   Satu Tahun Setengah atau  Satu Minggu Setengah, adakah mereka akan gunakan Satu Setengah Bulan (One and a half months), Satu Setengah Tahun (One and a half years) atau Satu Setengah Minggu (One and a half weeks)??? I want to ask them this question: Which Bahasa Melayu term would they use for those three phrases?




GULA-GULA DARI KU

Mungkin pihak TV3 menganggap penggunaan bahasa yang betul itu adalah perkara remeh, tak penting. Mungkin juga mereka tak kisah sebab pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pun tak kisah (tak seperti masa dulu, DBP sekarang bisu, tidak lagi bertaring dan bersuara) - tapi pada ku bahasa yang digunakan oleh pihak media lah yang menjadi ikutan masyarakat, anak-anak muda dan rakyat Malaysia berbilang kaum. Kalau bahasa yang digunakan oleh pihak media itu tak betul, maka tak betul lah penguasaan bahasa mereka yang jadi pengikut.


(Memang bahasa yang ku gunakan di blog ini adalah bahasa 'casual'... tapi aku mengharapkan lebih dari program yang serius dan rasmi seperti BERITA, yang seharusnya memaparkan bahasa yang rasmi, betul dan mengikut piawaian). 

Ahad, 8 Mei 2011

MALAYSIA NEGARA KRISTIAN?

Kali ni ku nak sentuh tentang satu  perkara yg hangat dan dihangatkan dengan tiba-tiba secara mendadak. 

Walaupun ku ni boleh dikatakan banyak menyokong UMNO dan BN - tapi bab tentang hal ini yg dihebohkan oleh Utusan Malaysia di muka depan dan memetik dua blog  (yg bukannya blog DAP pun tapi blog penyokong UMNO/BN), aku rasa satu hal yg bodoh.

Siasat la dulu habis2 sebelum mengeluarkan hal-hal yg sensitif begini. Utusan Malaysia sebagai akhbar yang dah lama berada di persada pemberitaan tanah air, janganlah oleh kerana engkau tu akhbar milik UMNO, kamu pikio kamu ada passport untuk  membuat kenyataan yang cuma nak cari gempaq tak tentu pasal. Gempak semberono namanya tu...bodoh,..kekampungan, kekolotan!!!





Jagalah maruah ahli-ahli  UMNO sikit. Pasal report yg kau buat, PERKASA melompat tak tentu pasal. Nanti kalau jadi kacau bilau siapa yang susah???


Takda bila mananya mazhab katholik boleh menjadi agama rasmi di negara Islam ini. Jangan jadi bodoh. Dan mereka pun tak pernah mendesak. Dari mana datangnya tanggapan seperti ini???


GULA-GULA DARI KU 



Ku heran betul lah. Very stupid report made by irresponsible people. Lain kali jangan lah gunakan mentaliti tahun 1810. Kita dah berada di tahun 2011. Orang Melayu bukan bodoh lagi. Jangan jadikan orang UMNO bahan ketawa rakyat Malaysia yang lain. Sedangkan orang PAS pun ada peningkatannya (dari segi ini). Orang PKR pulak?...no comment. Ku memang tak ada respect langsung kat orang Melayu PKR...bak kata Amir Raja lawak --- "I'm sorry... "  :p