Ahad, 28 Ogos 2011

DR McDONALD ANGGAP DR SEAH TAK PANDAI

Ku terbaca dalam The Malaysian Insider :

KUALA LUMPUR, Aug 26 — An Australian DNA expert did not rule out the possibility that Mohd Saiful Bukhari Azlan’s sperm was found in the latter’s own anus, Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Sodomy II trial heard today. Dr Brian McDonald said this was because government chemist Dr Seah Lay Hong did not properly separate sperm cells from non-sperm cells on the complainant’s rectal swabs.
“She was guessing there were epithelial cells in the (sperm) fraction. She did not do her test properly,” said Dr McDonald at the High Court here today.
Dr Seah testified earlier this year that Saiful’s DNA profile came from non-sperm extracts found in his high rectal area.
But Dr McDonald today dismissed her assumption, saying: “She has no evidence to support that.”..........

Sila Klik ke laporan sepenuhnya 

 Ku tertarik dgn komen seorang yg menamakan dirinya 'Zakir' dlm blog The Flying Kick. Ku tampalkan di sini untuk kita baca bersama: 


"Aku ikuti perkembangan saksi ‘pakar’ dari Australia beberapa hari ini dan aku menyimpulkan sehingga kini, mereka terlalu bermain2 dengan isu teknikal dan istilah2 yang bukan semua orang mampu memahaminya termasuklah peguam bela yang bertanya soalan! 

Persoalan asas iaitu kesepadanan DNA lelaki Y dengan DNA yang diperolehi dari botol air dan tuala dalam lokap anuwar bermalam tidak pula dibahaskan. Perlu diingat, DNA adalah molekul kimia yang sukar untuk musnah dan mengalami perubahan. Atas sebab keutuhan DNA jugalah mengapa para arkeologi menggunakan prinsip DNA untuk mengkaji sejarah, tarikh hidup dan mati sesuatu sampel arkeologi yang telah musnah selama ribuan tahun lampau.

Dr Brian McDonald
Dr Seah Lay Hong


Prinsip mengecam DNA juga digunakan secara meluas dalam siasatan forensik kriminal seperti mengenalpasti latar belakang mayat, orang kena bunuh, sisa2 biologi dsb atau mengenalpasti patriark atau keturunan. Perlu difahami, DNA adalah molekul kecil yang tersimpan dalam nukleus sel dan terdiri dari rantaian asid amino yang panjang, dari berpuluh2 hingga beratus2 molekul asid amino (atau disebut ‘base pair) yang disusun secara tertib dan spefisik. 

Oleh kerana keunikan jujukan base pair ini yang tidak menyamai atau bersilang dari satu individu dengan individu yang lain (bayangkan bilangan populasi manusia di dunia ini yang tidak satupun dari mana2 individu ini mempunyai struktur DNA yang sama, Allahu akbar!), selain keutuhan jujukannya daripada bertukar, putus atau bermutasi (kecuali diubahsuai secara jurutera) maka pengenalpastian jujukan DNA ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam mengenalpasti latar belakang seseorang/sesuatu.

Perlu diingat, strand DNA yang dijumpai dari ekstrak air mani dalam dubur Saiful telah dianalisa dan bersepadanan dengan DNA dari botol dan kain tuala good morning yang diambil dari lokap anuwar al jubr bermalam! Pusinglah kemana sekalipun Dr Brian dan Dr Wells, kedua2 DNA itu adalah sepadan! Hampir tiada jalan langsung DNA ini boleh diubahsuai/manipulasi/rekaletak bagi menolak findings dari Jabatan Kimia.

Ini cuma gambar hiasan, bukan gambar tuala dalam mahkamah
Hatta kalau tercemar dengan bahan asing (sebutlah apa sahaja; bakteria, virus, fungi, cap cari Saiful, cap jari hakim, cap jari Wan Azizah atau Nurul Izzah sekalipun), kesepadanan kedua2 sampel DNA yang dibuktikan oleh Jabatan Kimia ini terlalu sukar untuk ditukar! Bila sampel itu telah tercemar dengan bakteria contohnya, akan wujud strand bacteria itu yang tidak akan sepadan dengan strand DNA dari botol dan tuala good morning lokap anuwar bermalam!

Janganlah putar2 berbelit memberi keterangan. Saksi yang baik adalah saksi yang boleh menjelaskan keterangan yang kompleks dengan cara yang mudah agar ramai orang faham tanpa meninggalkan fakta2 penting. Kalau setakat bercakap dengan istilah2 jargon kononnya nak tunjuk pandai dan menafikan pula hasil kerja2 Jabatan Kimia secara berpanjangan (seolah2 teruk betul SOP Jabatan Kimia Malaysia) bukan sahaja menyebabkan kenyataan anda diragui, malah prinsip kesarjanaan anda menegakkan kebenaran ilmu juga mula dipersoal dan dipandang serong.


Andai sampel DNA dari air mani anuwar dikatakan Dr wells sebagai tidak sempurna (dek kerana telah disimpan ‘melebihi tempoh masa yang ‘biasanya disimpan’), justeru tertakluk kepada pencemaran, kenyataan beliau menimbul beberapa soalan:

1. Apakah maksud bukti tidak baik itu membawa makna tidak boleh pakai langsung?

2. Jika prosedur pengendalian/penyimpanan putik kapas mengandungi sampel bukti DNA itu didakwa sebagai tidak sempurna, dengan menggunakan kefahaman sains DNA, selama manakah atau sejauh manakah struktur DNA air mani anuwar itu boleh rosak, atau mengalami mutasi atau berubah menjadi jujukan yang berbeza hingga memungkinkan DNA ‘lelaki Y’ dari sampel air mani anuwar yang didapati sepadan dengan DNA anuwar dari botol dan kain good morning dianggap sebagai penemuan yang salah?

3. Dan sekarang nak persoalkan validiti dan SOP Jabatan Kimia pula? ?

4. Kesepadanan DNA dari jubur Saiful dengan DNA botol air mineral dan tuala good morning lokap anuwar bermalam macamana?
Cuba jawab?"


GULA DARI KU 
Cuma gula & gambar, tiada kata2..


Khamis, 25 Ogos 2011

HEY DR WELLS, U GOTTA BE KIDDIN' MATE!

Ku juga tertarik dgn apa yg ku baca dlm blog The Flying Kick ini..

 Terima kasih kpd The Flying Kick

PAKAR UPAHAN ANWAR CUBA BUNUH ANWAR!!!

Pakar upahan Anwar Ibrahim, Dr.David Wells (kiri)  semakin melawakkan dan semakin tidak masuk akal, sekaligus membuatkan gelaran 'pakar' kepadanya boleh dipertikaikan. Penjelasan yang diberikannya tidak masuk akal, walaupun sekali imbas seperti tidak mustahil

Katanya, air mani yang berada di dalam punggung Saiful tidak semestinya dimasukkan kerana penetrasi zakar sebaliknya dengan cara lain, termasuklah menggunakan alat asing termasuklah prosedur pembedahan atau memasukkan alat yang dikenali sebagai proctoscope ke dalam rektum

Proctoscope


Memang sangat menarik penjelasan yang diberikan oleh pakar upahan tersebut. Nampak bijak sungguhlah orang putih belaan Anwar Ibrahim.


Cuma dia tidak bijak ialah, barangkali air mani Anwar itu sangat mudah diperolehi umpama air liur. Barangkali Anwar hanya perlu disentuh dan air maninya pun boleh keluar seperti hingus pada ketika selsema melanda. 




Atau pakar berkenaan ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menyimpan air mani Anwar Ibrahim dalam bank sperma? Bilakah agaknya kerajaan Malaysia dan UMNO menghantar penyuluh untuk mengeluarkan air mani Anwar Ibrahim?



Atau barangkali pakar tersebut sedang cuba menghidupkan cerita dongeng tentang pemerasan air mani?


Atau dia ingin menggambarkan, AIR MANI ANWAR DISAPU PADA ALAT ASING dan kemudian alat tersebut dimasukkan secara sengaja ke dalam dubur Saiful, sekaligus meninggalkan air mani Anwar di dalam punggungnya?

Alat2 penyapu?



Kahkahkahkhahka... Anwar memang serba melawakkan! Pakar upahannya nyata jauh lebih lawak!!!





GULA DARI KU
 Ku rasa nak ketawa. Tapi, kalau lebih2 ketawa batal poser plak..so..ku cuma mampu tersenyum...

                                                                          

PKR/HARAKAH TIPU - YB PAS




 Terima kasih kpd Blog sumber

 

PKR/HARAKAH putar belit fakta 

- MP PAS


 Harap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen (MP) PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.
YB Dr Che Rosli (kiri) & Profesor Dr Ahmad Termizi
Gambar belakang, Fuziah Salleh

Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 malam tadi pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang, Kuantan (yang digembar gembur oleh PKR sebagai sangat merbahaya)... adalah selamat.


Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat?


Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? 

Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.


Pengakuan seorang terpelajar seperti Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri kata ‘ besi’ dan tidak boleh jadi bahan bukti.


Dari pengakuannya dalam wawancara dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia (gambar kanan)  jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya 'untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.


Fuziah yg bertudung, sedang ghairah menipu


Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.


Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."


Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam  Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.


"Yang membawa isu ni adalah PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."


"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."


Sungguh mudah mereka ni ditipu & menipu
Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata, "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya."


Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.


"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.


"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."


Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.


"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."


GULA DARI KU


Ku tertarik dgn satu komen dalam satu blog yg juga melaporkan berita ini:   

"YB Kuantan cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan dongengan bahaya sinaran radiasi LYNAS.
 
Pada hakikatnya, yang paling bahaya dan wajib dihindari rakyat Malaysia adalah sinaran radiasi FITNAH yang dipancarkan oleh YB Kuantan dan sekutu-sekutunya.
 
Tahniah kepada YB dari PAS yang berkata benar berdasarkan kepakarannya.
 
Tentu sahaja parti PAS akan memberi tekanan kepada beliau atas sikap tersebut kerana parti PAS cuma akan menghargai ahli terutamanya pemimpin yang bijak menipu untuk memanipulasi pemikiran rakyat."

Rabu, 24 Ogos 2011

ANAK2 MELAYU KAWASAN SEPUTEH DI 'BRAINWASH'

Ini adalah kandungan e-mel yg ku terima dua hari lepas:


"PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.
 

Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”
 

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.


Ini adalah kanak-kanak pelarian Myanmar
di Malaysia yg sedang didakwah oleh mubaligh Kristian

Sila Klik di sini untuk dapatkan laman sumber gambar di atas 


Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

"Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”

“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”

Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.
 

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. 

Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”
 

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.
 

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.

“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”


Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

 
GULA DARI KU

 Ku cuma ingin menyatakan hakikat bahawa kawasan setinggan ini adalah di  kawasan  Parlimen Seputeh, dan Ahli Parlimennya ialah pompuan DAP beragama Kristian, Teresa Kok, yg sangat disayangi oleh rakan2 'seperjuangannya' dalam PR, iaitu itu PAS & PKR.

Ku memang tak suka dan menaruh perasaan benci kpd si Kok ini, sejak dia mempersoalkan tulisan Jawi yg terdapat pada papan-papan tanda jalan.  Ku anggap dia anti-Islam & tidak ada pelajaran sebab tidak tahu membezakan antara tulisan jawi berbahasa Melayu dan ayat Al Qur'an.



Mari kita tunggu dan lihat apa reaksi & tindakannya terhadap penyebaran kristianiti kpd anak2 Melayu di kawasan dia nih. 

Selasa, 23 Ogos 2011

SANGGUP KAH ANDA LIHAT ANAK ANDA.....


BERTUHANKAN NABI ISA ATAU MENGANGGAP BELIAU ANAK KANDUNG ALLAH????

.....kerana itulah intipati ajaran Kristian. Biarlah ..cukuplah, memadailah penganut-penganutnya sendiri hanyut di dalam kekeliruan aqidah mereka yg bertentangan dengan ajaran Nabi Isa Alaihissalam sendiri, tak payah lah generasi muda Muslim diheret atau membenarkan diri atau dibiar oleh ibubapa mereka atau masyarakat mereka diheret meninggalkan agama Islam yg memang aqidah (Fundamentals of Faith) dan pegangannya adalah berlandaskan MENTAUHIDKAN Pencipta dan MEMBERSIHKAN aqidah  dari segala syirik (menyengutukan Allah dgn selain Allah; associating Allah [name of The Creator] with the beings that He created) dan 1001 mcm karut marut.



Hanya agama Islam melalui kalamullah (Kata2 Allah), kitab Al Qur'an  yg diwahyukan kepada baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. sahaja lah  yang selaras dengan apa yg diajar dan menjadi pegangan  rasul2 dan nabi2 sebelum baginda, termasuk Isa a.s. yg juga dikenali di barat sebagai Jesus--- seorang rasul (messenger),  juga. Tauhid yg dipegang oleh Nabi Ibrahim a.s (yg dikenali di barat sebagai Abraham) adalah juga ketauhidan yg menjadi pegangan baginda Muhammad s.a.w.   




Bersyukurlah kita dgn apa yg telah dikurniakan kepada kita dan marilah kita pupuk dan semai iman itu dengan aman dan damai, dalam diri kita dan mereka yg kita kasihi dan jika mampu seluruh manusia, dengan penuh kasih sayang, yg mengatasi semua 'kasih sayang' palsu, yg tidak berpaksikan kepada tauhid dan kebenaran.



Jika ibu bapa Muslim sendiri lemah dgn pendirian mereka, tidak tahu apa yg menjadi asas agama yg mereka sendiri katakan mereka  pegang, maka yang rugi dan berada di dalam  bahaya adalah anak2 mereka sendiri, di samping diri mereka sendiri.



Ini semua harus dilakukan dgn sebaik dan semolek cara... bukan dgn mencerca mereka yg beragama lain, khususnya Kristian ...tetapi dgn menjadi teladan buat  mereka.


Kuburkan segala kepercayaan tahyul yg diamalkan oleh mereka yg mengaku diri mereka Muslim..seperti bomoh dll.

                                                                         Sila klik





Ini semua kita tak mahu, kerana bertentangan dgn pegangan Islam dan mencemar, mengotorkan dan merosakkan tauhid:


                      

Ku sgt setuju dgn apa yg diperkatakan oleh Editor akhbar ini hari ini: 

 





     




GERAKAN MURTAD SEMAKIN BERANI...

KUALA LUMPUR - Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini.

Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi.

Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik.

Bagi kita yg Muslim ini semua mencemarkan kesucian Pencipta langit dan bumi dan segala-galanya. Namun demikian, oleh kerana Islam itu sendiri adalah toleran, maka mereka bebas mengamalkan apa yg mereka percaya:

"Darah Jesus menebus segala dosa ku"
                                                                        

"Bagaimana menyembah Jesus"
"Jesus itu Tuhan"
"Jesus anak Tuhan, Jesus anak manusia"
"Jesus anak lelaki Tuhan"
Apa yang lebih membimbangkan apabila timbul isu anak-anak orang Islam diajar menyanyi lagu Kristian siap dengan simbolnya sedangkan mereka mempelajari semua itu di bawah program tuisyen atau tadika amal yang diberi percuma untuk keluarga miskin.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera?

Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan.

Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini.

Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu.


Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik.

Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam.

APAKAH INI  DIAJAR OLEH ISLAM?????????

Asyik dgn politik dan mahukan kuasa, atas nama Islam
Mendoakan kehancuran sesama Muslim
Islam?


Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati.

Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah.

Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang.




Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada.

Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.

Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan ‘SUSAHNYA DAPAT ZAKAT’ bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan.


Begitu juga jika cinta menjadi ‘senjata’ gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja.

Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan.

Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir.

Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh.  



GULA DARI KU


Umat Islam di negara ini wajib bersatu. Apabila kita  bersatu,barulah kita dapat lihat sesuatu yg lebih besar dari yg remeh-temeh permainan nafsu politik,  yg tak memberi manfaat kepada sesiapa kerana  Muslim sesama Muslim sendiri pun bercakaran. 
Pemimpin2 seperti Anwar Ibrahim pula perlu korbankan ego diri... hanya mementingkan diri sendiri...membazirkan masa rakyat... belajar2 la bercakap benar kalau belum terlambat.. jgn asyik  berkonspirasi dan menuduh org mengkonspirasi.. People have got better things to do than waste time on you alone.