Ahad, 18 Disember 2011

TAHNIAH AC MIZAL

Mlm tadi ku berkesempatan menonton episod terbaru Money Drop Malaysia... dan ku ingin mengucapkan kpd tahniah kpd Datuk AC Mizal, kerana ungkapan  "Where the money drop" sudah pun diperbetulkan grammarnya, sama ada ekoran dari teguran ku ataupun tidak, yg penting ia telah diperbetulkan ..

Tahniah!



"Where the money drops"

Ahad, 11 Disember 2011

"Where the money DROP" atau ....

..."Where the money DROPS" ?

Seronok jugak game show  baru di saluran 104, Astro. Lapan soalan perlu dijawab, di mana sepasang peserta diberi pilihan untuk meneka jawapan yang betul, dan 'menyandarkan' wang RM 1 juta  yang terkumpul, sama ada longgokan genap RM 1 juta  bagi jawapan yang mereka benar2 pasti betul..ataupun yang  mereka  agih-agihkan mengikut turutan jawapan yg mereka rasakan berkemungkinan betul.

Semakin hampir ke soalan ke 8, semakin susah soalannya.

Nama game show itu  ialah Money Drop Malaysia.  Hosnya pula, ialah tidak lain dan tidak bukan, sekali lagi seperti banyak rancangan Astro,  AC Mizal.

Penonton-penonton di rumah juga boleh bermain sama secara online, serentak dengan rancangan secara langsung game show tersebut. Khabarnya, mereka juga berpeluang memenangi hadiah2 istimewa.


Seronok jugak yer?... Kalau dapat menang RM 1 juta lagi best. 



SILA KLIK KE PAUTAN 'MONEY DROP MALAYSIA'


Ya, di samping berseronok menyaksikan peserta2 mencuba daya minda mereka, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Sambil berseronok, sambil belajar gitu.

"Where the money drop"
Begitu lah ungkapan yg diulang berkali2 oleh hos AC Mizal - "Where the money drop" ...."Where the money drop" ...


GULA DARI KU


Ku ingin mencadangkan sesuatu: Di episod yg akan datang ku ingin mencadangkan tiga jawapan untuk dipilih oleh peserta: 

Jawapan 1: Where the money dropped

Jawapan 2: Where the money drop

Jawapan 3: Where the money drops

Soalannya pula ialah: Dari segi undang2 grammar Bahasa Inggeris, jawapan yg mana satukah yg betul grammarnya? 1, 2 atau 3

Kalau ku menjadi peserta ku akan longgokkan keseluruhan RM1 juta ke  No. 3.

Sebabnya?  - kerana kata kerja drops adalah present continuous tense (yang berlaku dan terus berlaku sekarang di dalam game show ini). Ya,  wang jatuh/luruh berguguran. 

Jika sekiranya pula money (wang)  itu adalah satu countable noun atau kata nama yang boleh dikira atau yang mempunyai 's' dihujungnya (moneys) yg menandakan ia adalah satu plural (banyak, lebih dari satu ), maka ungkapannya akan berbunyi "Where the moneys drop"Huruf 's' di hujung kata kerja drop hendaklah digugurkan apabila subjeknya (kata nama) itu satu  plural. 
  
TETAPI,  ini tidak mungkin akan berlaku kerana money itu tetap satu uncountable noun. Ia juga tetap tidak mempunyai 's' di hujungnya.

Mungkin ada yg bertanya - "Kenapa pula money itu satu  uncountable noun, padahal kita memang boleh mengira duit?"  Jawapannya - yg kita kira ialah nilai matawang bukan wang. Kita akan mengira 1 ringgit, 2 ringgit, 1 dollar, 2 dollars...bukannya 1 wang, 2 wang, 1 money dan 2 moneys. 

Dropped pula menunjukkan past tense (sesuatu yg sudah berlaku).

Jadi, dalam konteks ini, ungkapan yang betul yang sepatutnya terpancul dari mulut AC ialah "Where the money drops" dan bukannya "Where the money drop"

NOTA: Ungkapan atau nama yg digunakan untuk game show ini, iaitu "Money Drop Malaysia" dan  "RM1,000,000 Money DROP" adalah betul grammarnya. Yes, they're grammatically correct.

Khamis, 8 Disember 2011

AKAN TURUT TUMBANGKAH ASSAD?

Kita sedang hari2 disumbatkan dengan berita dari barat yg Syria sedang mengalami krisis seperti yg dialami di Mesir, Libya dll ... Akan tumbangkah Assad seperti tumbangnya Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi?

Adakah gelombang 'kebangkitan rakyat' ini tulen dari hati sanubari rakyat atau mereka menjadi alat satu perancanaan asing yg lebih besar agendanya?

Umum tahu betapa liciknya mereka yg mempunyai agenda politik untuk mencorak & merobah senario politik dunia demi  'survival' masa depan mereka sebagai kuasa dunia.

Apa pun, mari kita tonton dan dengar apa kata Presiden Bashar al-Assad sendiri dalam satu wawancara eksklusif dengan Barbara Walters dari ABC News:



Siapa yg harus kita percaya?

Wawancara yg sama juga dipaparkan dalam laman web ABC News:

SILA KLIK PAUTAN

GULA DARI KU


Ku tertarik dgn beberapa komen yg dibuat oleh pembaca2...&  telah  ku terjemahkan untuk tatapan kita:

  Muzzie Nazi Terrorist  •  Kuala Lumpur, Malaysia  •  4 hours ago 

- he answered very well/ he was right. none of the claims were verified. as far as the UN security council goes, none of its reports can be taken seriously, like wmd's in iraq.

  

- dia menjawab dgn baik sekali/betul kata dia tu. tidak satupun dakwaan telah disahkan kesahihannya. tentang Majlis Keselamatan PBB pula, tidak ada satupun laporan yg dibuatnya boleh diambil serius, seperti kewujudan senjata pemusnah besar-besaran (weapons of mass destruction) di Iraq dulu.  

 

 Bernie's World/ Nowli ...  •  Irvine, United States  •  3 hours ago 

- This is funny. I mean this is really funny.. I see no one asking Obama about the removal of OWS protest and how does he feel when sitters were pepper sprayed, tazzer, etc... Why are they asking him to sit and explain this.... It's really funny how we look at other nations and act as if we are...


- Ini lucu lah. Maksud saya ia benar2 lucu. Saya tak lihatpun sesiapa bertanya kpd Obama tentang protes OWS (Office of Workforce Security) dan apa pendapat beliau bila mereka yg hanya duduk diam disembur dgn lada hitam, tazzer dll... Kenapa mereka suruh dia (Assad) duduk dan menerangkan ini semua... lucu dan aneh bagaimana kita memandang negara lain dan berlagak seperti kita sangat 'superior' (tinggi) padahal kita pun sama seperti mereka.. 

 

robbie1223 3 hours ago 

- How many interviews the jew walters done with the israeli goverment on war crimes committed by israel??? Or the plight of the innocent people of palestine suffering under an israel nazi police state.

 

-Berapa banyak wawancara kah yg telah dikendalikan oleh si bangsa Yahudi bernama Walters ini dgn pemerintah Israel tentang peperangan yang dilakukan oleh Israel??? Ataupun tentang penderitaan penduduk Palestin yang tidak bersalah di bawah polis negara nazi Israel?



Jumaat, 2 Disember 2011

TERIMA KASIH DR ASRI

Ku nak ucapkan tahniah & terima kasih kepada Dr Asri atas beberapa kenyataan yang beliau buat sebagai pemerhati  senario agama dan politik tanah air. 

Yang pertama ini ku terlepas pandang dulu dan siarkan semula di sini:


Asri: Hudud hanya atasi jenayah tertentu, bukan gambaran negara Islam

September 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Hukum hudud hanya mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan negara Islam, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Malah kata beliau, bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Asri (gambar) melahirkan pandangan ini ketika hukum hudud kembali sebagai isu kontroversi selepas PAS menggerakkan usaha ke arah itu 17 tahun lalu.
Minggu lalu beliau berkata belum ada masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.

“Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya,” kata beliau dalam satu tulisan hari ini.

Asri berkata seseorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Asri juga berkata ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan a-sunah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

“Gambaran negara yang Islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam.
Katanya, dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum iaitu dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak dan dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.

Asri menjelaskan, “dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan manakala dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan.

Sila Klik Pautan 


Dan yang lagi satu ini merupakan pandangan beliau tentang suasana politik terkini, yang ku anggap bernas dan realistik:


Perhimpunan Agung Umno 2011 dan harapan — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

December 01, 2011

Third Force Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketiga atau ‘third force’ dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang ‘mesra’ dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini. Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.

Saya melihat suasana Perhimpunan Umno kali ini ada ‘ketegangan perasaan’ memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika Umno gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat. Kebimbangan itu dilahirkan samada untuk menjadikan ahli-ahli Umno lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat ‘merah’ yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.

Harapan
Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti. Faktor itu ialah ‘harapan’. Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan ‘harapan’ sebagai kerajaan yang akan memerintah. Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas ‘harapan’ yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup. Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan. Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan. Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda: “Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).  Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan. Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.

Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

Harapan Politik
Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan ‘Arab Spring’ yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan. Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.

Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihanraya kuncinya ‘harapan’.  Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong. Maka itu sebabnya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah Umno, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihanraya berikutnya tsunami politik pun berlaku.

Apabila Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap Umno. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadang-kala di dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam Umno sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.

Kemudian, perkataan ‘harapan’ itu sendiri begitu luas dan sangat relative. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini. Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.

Persaingan Harapan
Perbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali. Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup. Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita. Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu. Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi. Inilah kesan globalisasi. Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik. Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.

Dalam negara kita, persaingannya ia persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah Umno masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah Umno masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh Umno pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan Umno, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci Umno pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan Umno telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa Umno yang lalu bukan semestinya akan mengundi Umno pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. Inilah yang sepatutnya perwakilan Umno kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika Umno terus berjaya, Umno akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!

Sila Klik Pautan 


GULA DARI KU 

Ku harap ahli2 politik tanah air yang beragama Islam dan berbangsa Melayu terutamanya, meneliti, memahami dan mengamati kata2 Dr Asri ini. Ku anggap ia mengandungi mutiara yang sungguh berguna untuk mereka jadikan iktibar dan panduan. 






Khamis, 1 Disember 2011

PASTIKAN ANDA LAH PAKATAN RAKYAT SEBENAR

Ya, laungan di atas ditujukan kepada ahli-ahli UMNO & BN - Pastikan anda lah Pakatan Rakyat sebenar. Dan memang anda dipilih oleh rakyat pun untuk mewakili kami.



GULA DARI KU


Cuma itu dari ku kepada mereka yang sedang bersidang. Selamat bersidang. Selamat membersihkan perjuangan, demi  rakyat dan negara. Hapuskan penyelewengan dan penyalahgunaan. Yakinkan rakyat yang anda insafi sebarang ketelanjuran dan jangan ulangi. Memang adat, kalau dah berumur masalah mulai timbul. Jangan khuatir.   Balik kepada perjuangan asal. Sayangi UMNO dan sayangi rakyat. Tawani hati org2 muda.  Jika anda sayangi rakyat, maka rakyat akan menyayangi anda. InsyAllah.