Rabu, 16 Mei 2012

KREDIBILITI DAP HANCUR!


LIM GUAN ENG BIADAP: TUNKU AZIZ

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyerang secara terbuka Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut sebagai biadap. Menurut mantan Naib Pengerusi DAP itu, Lim Guan Eng cuba membelinya dengan wang ringgit apabila menawarkan gaji RM50,000 untuk menyertai Think Tank Kerajaan Negeri sebagai pujuk rayu agar supaya beliau menarik keputusan keluar daripada parti. "Guan Eng tersilap, apabila mahu membeli pendirian saya dengan imbuhan"-Tunku Abdul Aziz.

Mula2 DAP mengarahkan Tunku Abdul Aziz supaya senyap, supaya berhenti menyuarakan pendapat beliau mengenai Bersih 3.0. Lepas tu apabila Tunku Aziz meletak jawatan demi prinsip, DAP tersentak yang imejnya tercalar, jadi cepat2 parti itu meminta Tunku Aziz mempertimbangkan semula keputusan beliau. Tapi parti itu lupa mempertimbangkan semula keputusannya menempelak  naib-pengerusinya sendiri.

Yang pasti DAP telah menyerlahkan belangnya sebagai satu parti yg autokratik yang cuba mensenyapkan sebarang penentangan. Ia juga membogelkan hakikat bahawa ia adalah satu parti yg opportunistik, yang sanggup menjilat balik air liurnya demi kerana pilihanraya sudah hampir tiba.

Sebelum itu Tunku Aziz telah dikiritik oleh setiausaha-agung Lim Guan Eng kerana menyuarakan pendapat bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan polis semata-mata atas keganasan yang berlaku pada 28 April.

"Penganjur Bersih harus menerima hakikat bahawa terdapat banyak elemen di dalam perhimpunan itu sendiri terdiri dari mereka yang berhasrat mencetuskan huru-hara buat tempoh selama yang mungkin," kata Tunku Aziz kepada akhbar The Star baru-baru ini.

"Mereka perlu sedari yang merekapun melakukan kesalahan dan jangan cuma menuduh pihak polis. Lagipun mereka bukan malaikat yang baru turun dari syurga yang tidak boleh dipersalahkan langsung," katanya. 

"Bersih 3.0 hilang kawalan terhadap agendanya sendiri kerana agenda mereka telah dirampas," tambah Tunku Aziz. Kata2 inilah yang telah menaikkan darah pucuk pimpinan DAP.

Tapi sekarang, dengan DAP kehilangan pemimpin Melayunya yang  paling kanan dan yang juga telah mengumumkan bahawa Kerajaan BN "berada atas landasan yang betul" dengan menggerakkan program  transformasinya, tiba2 Guan Eng cuba memujuk.

Dalam kenyataan beliau Guan Eng berkata "Walaupun Tunku menentang secara terbuka, pucuk pimpinan DAP tidak mahu beliau meninggalkan parti tetap mahu dia tetap kekal sebagai naib-pengerusi. Saya harap kami dapat menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat."

Tapi tindakan jilat balik air liur oleh Guan Eng itu tidak 'dibeli' oleh sesiapapun, terutamanya Tunku Aziz. 

Beliau terus mengumumkan melalui tv arus perdana yang beliau akan meletak jawatan dari DAP. 

"Ya, kita telah membuat kerajaan tahu tentang protes kita, tapi jangan lupa ia adalah kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.  Apakah kita perlu adakan protes Bersih lagi? Jika kerajaan ini kerajaan yang tidak peka dengan tuntutan rakyat ia tidak akan membenarkan tiga himpunan seperti yg telah diadakan," ujar beliau.
________________________________________________________________


GULA DARI KU

Roket DAP kini cuma layak jadi kon ais krim



Tunku Abdul Aziz adalah seorang kerabat di raja Kedah yang sangat disegani kerana beliau merupakan seorang tokoh korporat yang terkemuka dan bijaksana dan merupakan presiden pengasas  Transparency International Malaysia (Badan Ketelusan Antarabangsa Malaysia). Beliau dikenali sebagai seseorang yang serius dan tegas serta berpegang teguh kepada prinsip.   

Keluarnya beliau dari DAP bukan calang-calang impaknya terhadap kredibiliti/kewibawaan DAP sebagai sebuah parti yg demokratik. Malah, apa sahaja kredibiliti yg dinikmatinya selama ini sudah hilang. Tunku Aziz telah menelanjangkan secara telus siapa dan jenis apa parti dan kepimpinan DAP sebenarnya.

Takkan ini pun nak salahkan BN & UMNO kot!....Sendiri buat, sendiri tanggung la!

Khamis, 10 Mei 2012

BAR COUNCIL, ANSWER PLS!!



AKHIRNYA  barulah kita dapat dengar seorang peguam yg tulen, yg memiliki kualiti seorang peguam yg benar2 menegak undang-undang & kebenaran, yg sekarang ini cuma tinggal segelintir!

Nama peguam jenayah senior ini ialah Ranjit Singh Dhillon, peguam yg berwibawa dan established.

Tuan Ranjit Singh Dhillon, saya menghormati  ketegasan dan keberanian anda. Yes, you have my respect Sir.  You have guts! Not like most of the other Bar Council members.  

Ini lah baru dikatakan peguam yang berani dan berintegriti. Bukan peguam kaki hangguk mcm ahli2 Bar Council  yg lain yg berat sebelah.  Beliau seorang ahli senior Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) yang tahu akan tugasnya sebagai seorang profesional.

Dalam beberapa tahun akhir2 ini sememangnya Bar Council memainkan peranan mcm parti politik mewakili pembangkang. Tanyalah mana2 organisasi media, sudah mesti mereka akan mengakui yg hampir setiap hari,  kerja Bar Council adalah bertalu2 menghantar facsimile demi facsimile Siaran Akhbar (Press Release). Dan terlalu banyak  fax ini berbau memihak kepada pembangkang. 

Bar Council sudah jadi mcm cabang atau cawangan badan politik berhaluan kiri. Seolah2 sudah ada satu agenda bersama. Apa sahaja yg dilakukan oleh kerajaan akan dibangkang dan dikritik, sehinggakan ketara  sangat  tidak rasional dan bercanggah dgn semangat berpegang kpd undang2 & menegak keadilan tanpa memihak mana2, seperti yg sepatutnya menjadi prinsip dan amalan badan profesional yg bernama  Majlis Peguam. 

Dengan nada yg serius, tegas dan bersungguh2 Peguam  Ranjit Singh Dhillon mengutarakan soalan2 yang memang wajar kepada Presiden Bar Council, iaitu soalan2  yg berkait dgn kenapa Bar Council membuat laporan yg begitu tergopoh-gapah & terburu-buru tentang apa yg berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, kenapa penyediaan laporan itu tidak dibuat secara terperinci & berkecuali mengambilkira setiap sudut dgn teliti dan kenapa   pula apabila menyentuh tentang apa yg sebenarnya yg tercetus beberapa saat sebelum rempuhan berlaku  Bar Council  bersikap 'senyap & sunyi sama sekali' padahal pihak polis bertindak dgn berhati2 dan  akhirnya terpaksa  melaksanakan tugas,  menjalankan perintah mahkamah,  dan sudah sepatutnya respons dari badan profesional itu terhadap soalan2 beliau itu dinanti2.

Yang beliau mahu ialah sikap yg sepatutnya dari satu badan profesional sebab Majlis Peguam bukan sebuah parti politik.  Yang beliau minta ialah keadilan yg mutlak, bukan keadilan yg berkepentingan politik dan memihak2. Pada hemah beliau, tidak ada mana2 negara  ASEAN malah seluruh dunia sekalipun yg sanggup memberikan begitu baik kemudahan untuk rakyat berkumpul untuk bersuara seperti yg telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Sudah diberi Stadium Merdeka, sesuatu yg dituntut mereka semasa Bersih 2.0 dulu, tetapi ditolak, nak buat di Dataran Merdeka juga.   Sila tonton video di bwh dan teliti soalan terperinci beliau.

VIDEO



---  “ Are  we professionals, are we lawyers Mr President?  the barricade was removed . After the barricade was removed the crowd stormed through. Fifty metres!   police did not take action, police were patient up to that point. And when the crowd became unruly, property damage was created, chaos. What did u expect the police to do? What do u expect if your family was there Mr President??? Right?? “
“Adakah kita profesional, adakah kita peguam Tuan Presiden?  Tembok rintangan telah dibuka. Selepas ia dibuka kumpulan ramai yg mengerumuni telah meluru/merempuh masuk. Lima puluh meter! Polis tidak mengambil sebarang tindakan, setakat itu polis masih sabar. Dan apabila kumpulan ramai menjadi tidak terkawal, harta benda dirosakkan, keadaan menjadi huru-hara.  Apa yang anda fikir polis harus lakukan?    Apa yg anda jangkakan harus dilakukan  jika anggota keluarga anda juga berada di situ Tuan Presiden??? Betul tidak??

--- “Tan Sri Ismail Omar  has said  there are a few bad apples in the  force. He was candid and  frank enough to admit that.  Are we now, in the bar council  frank enough to admit that there are rotten apples on top of the heap. You contradicted yourself, now pls  give the full picture of actually what happened.”
“Tan Sri Ismail Omar telah berkata yg ya memang ada segelintir anggota polis yang tidak elok perangainya. Beliau  secara berterus-terang telah mengaku  demikian. Adakah kita, di Bar Council, sanggup berterus-terang mengakui yg terdapat mereka yg berperangai busuk di atas longgokan ahli2 kita?  Anda menyanggah kata2 anda sendiri, sekarang tolong berikan gambaran sepenuhnya  apa yg berlaku."

--- "It is supposed to be a gathering of NGOs.  Everytime a gathering of NGOs  happens a certain political leader will be arm-in-arm with the so-called organisers of the event. And it is strangely silent  (the Bar Council)  when it comes to who broke the barricade – that certain so-called political figure? - “NO COMMENT, NO COMMENT, NO COMMENT”."  
"Ia sepatutnya adalah  satu perhimpunan badan2 bukan kerajaan (NGO). Setiap kali berlakunya perhimpunan NGO, seorang pemimpin politik tertentu akan berganding lengan dengan mereka yang kononnya penganjur himpunan. Dan anehnya Bar Council langsung senyap sunyi apabila timbul pertanyaan siapa sebenarnya  membuka/membolos tembok halangan – tokoh politik itu kah? – “NO KOMEN, NO KOMEN, NO KOMEN”."

Ya, selagi seorang peguam itu dinamakan peguam, memang sewajarnya ia tidak berat sebelah dan tidak main politik bila berhadapan dengan perkara yg berkait dengan undang2 Negara, keselamatan org awam dan kesejahteraan rakyat. 

Dan jika mereka mahu menyertai politik Negara seperti yg diperlihatkan oleh Presiden Majlis Peguam (Bar Council) dan rakan2nya mereka harus dengan secara terhormat tinggalkan Bar Council & masuk bulat2 ke dalam gelanggang politik!

____________________________________________________________________


GULA DARI KU

Law & Order tarts
Akhir2 ini Bar Council di bawah sepanduk Bersih 3.0 nampak sgt menyebelahi pihak yg melanggar undang2. Semua yg baik dan wajar diperlakukan oleh polis   dikecam dan dibengkokkan. Memang senget punya Majlis Peguam.  

Sudah tiba masanya ia kembali lurus ke semangat dan pendirian asal dan sebenar,  bukan sahaja dlm hal2 yg berkait dgn Bersih tetapi dlm semua perkara.  

Rabu, 9 Mei 2012

KONSPIRASI DALAM TANDAS KONSPIRASI DALAM

TANDAS KONSPIRASI DALAM TANDAS KONSPIRASI TANDAS KONSPIRASI DALAM .......

Anda dah tau kan kes gambar pemimpin PKR Azmin Ali dalam tandas tu. Tak payah la taruk gambar dalam tandas tu kat sini...malu...

Hanya ku nak kongsi sama rencana yg ku jumpa dalam blog PR ni :

Selasa, 8 Mei 2012

ANTARA ANWAR DAN NAJIB

NAJIB KELIRU, KATA ANWAR

Balik kita ke politik sekejap. Baru pagi ni ku jengok Sinar Online dan ku terbaca apa kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim  yg mendakwa perdana menteri Najib Tun Razak tak faham apa matlamat Bersih 3.0 dan tak memahami juga maksud kebangkitan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir.

Maksud Anwar,  Najib lebih biul dari dia lah.

                                   
Dalam erti kata sebenarnya tokoh itu tidak semestinya Mohd Najib Razak walaupun timbalan perdana menteri itu disebut dan ditunjuk oleh Abdullah. Abdullah tidak ada kuasa mutlak bagi menentukan sesiapa sebagai perdana menteri. Kedudukan ini jelas dalam perlembagaan persekutuan.
Najib Razak
                                  
Datuk Seri Anwar Ibrahim
  Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat membezakan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini dan kebangkitan rakyat yang disaksikan di Dataran Tahrir, Mesir tahun lalu.
Justeru katanya, Kerajaan Pusat pimpinan Najib menggunakan pelbagai pihak dan agensi untuk mengelirukan rakyat.

“Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata beliau ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.

Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata mahu menggunakan platform itu untuk menjelaskan tujuan dan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 sementara Barisan Nasional (BN) pula termasuk Najib mendakwa pembangkang menggunakan perhimpunan itu untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Mesir awal tahun lalu.

SILA KLIK DI SINI UNTUK CERITA SETERUSNYA

Ku tertarik dengan komen yg dibuat oleh dua orang pembaca akhbar tersebut .

Jom kita baca sama2 dua komen di bawah. I would like to congratulate them for their comments. I agree with what they say. Ya tahniah ku ucapkan kpd komen2 mereka dan ku bersetuju dgn kata2 mereka.

  
ANWAR TAK JUJUR, KATA RAKYAT


Shaikh Mohamed Noordin · Top Commenter

Anwar tak boleh menafikan kononnya matlamat perhimpunan Bersih berbeza dengan matlamat kebangkitan rakyat di Mesir kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu menjatuhkan kerajaan. 

Cuma Anwar saja yang tidak jujur seperti mana rakyat Mesir kerana Anwar masih mahu berselindung matlamat dia mahukan jawatan PM disebalik tuntuan BERSIH ini, sedangkan rakyat Mesir pula lebih ikhlas kerana mereka tidak mahu apa-apa jawatan pun melainkan hanya mahu Mubarak melepaskan jawatan untuk kepentingan negara, bukan untuk mana-mana individu seperti Anwar. 

Itulah perbezaannya antara rakyat Mesir dengan Anwar. Rakyat Mesir tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi seperti mana Anwar walau pun kedua-duanya menggunakan tektik yang sama membrontak dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan.



Othman Baba · General Manager/Director at Saadat (M) Sdn Bhd

Askm. Patutkah kami mempercayai kata2 mu wahai DSAI. Hanya Allah SWT saja yg tahu niat penganjur yang sebenar. Tapi kalau anda telah membuat berbagai2 pembohongan, saperti akan menawan Putrajaya pada 16hb Sept 2008 masih tak terjawab. Cara anda menghasut wakil2 rakyat BN supaya berpindah kpd PR juga tidak menunjukkan keikhlasan anda. Tapi Allah itu juga Maha Adil & Maha Mengetahui, saperti yg kejar tak dapat yang dikendung pula berciciran bila wakil rakyat dari PR pula yg berpindah ke BN dgn itu PR hilang Perak. Bila ini berlaku, anda dgn selamba je mengatakan konspirasi UMNO/BN.

Anda memang seorang yg tak sabar. Dah dekat nak jadi PM tapi dgn hasutan the Great Setan anda telah melakukan sesuatu yg akhirnya dipecat. Sejak itu anda bagai orang gian kuasa. Tiba2 apa yg dilakukan olih kerajaan UMNO/BN semuanya tak betul termasuk polisi2 yg anda anjurkan ketika dlm kerajaan. Inilah yg dikatakan "it takes a thief to catch a thief".
 
Tuduhan bahawa kerajaan penipu dlm PRU sukar utk diterima kerana UMNO/BN hilang 5 negeri termasuk WP. Kalau mereka nak tipu tentu PR tak ada peluang lansung. Apa yg berlaku hanya sedekit discrepency tapi PR besar2kan dan menuduh kerajaan sebagai penipu.
 
Anda memang pandai bercakap dan pakar putar belit. Ini semua senang bagi diterima olih orang2 yg jahil yg taksub kpd anda. Anda bolih tipu mereka sekali sekala tapi tak akan selama2nya. Ramai rakan2 setia anda telah kecewa dan meninggalkan. Bagi anda ini juga Conspiracy UMNO/BN dan penyokong2 PR setuju pembohogan ini.
 
Apa lagi? Kerajaan zalim.. jika beriman berdoalah agar Allah SWT kabulkan kerana Allah akan membantu orang2 yg dizalimi. Wallahualam.

_____________________________________________________________________

GULA DARI KU

Buat kaki gadoh tersohor se antero Malaya ---

Belajar2 lah ikhlas & jujur kepada Allah, kpd diri sendiri dan kepada rakyat. Jikalau rasanya tak mampu ikhlas & jujur kpd rakyat kerana survival diri sendiri lebih penting maka jgn lah susahkan rakyat, pergilah bergaduh secara persendirian dgn sesiapa yg anda benci sgt .... don't drag the people along with u. Kalau tidak pun,  balik la ke pangkal jalan dan akui kesilapan. Kalau tak mahu jugak...just retire from politics and pls disappear from public view.... many of us are sick of your antics....And stop fooling those belonging to the  Y Generation. They were just toddlers when you fooled us those days. Ya, jgn kaldaikan mereka  ahli2 Generasi Y. Masa engkau perbodohkan kami dulu, mereka baru kanak2 kecil baru berjalan jatuh. Jgn tipu mereka dgn mulut mu. Sudah la tu. Bawak2 la bertaubat. Kami dah bosan dgn gelagat kau!

Isnin, 7 Mei 2012

'CONFIDENT' BETUL ARTIS2 KITA

Sudah lama juga ku tak menyentuh hal bahasa Inggeris dan penggunaannya, terutamanya di kalangan org Malaysia. 

Mlm ni, entah mcm mana ku rasa kuat sgt hendak membuat satu lagi kritikan, sekali lagi terhadap ARTIS2  tanah air & gelagat mereka yg ku perhatikan melalui televisyen & juga radio.

Ku menonton rancangan MENTOR  di TV3 tadi. Mentor2/ protege2 mlm ni adalah Adam/KJ, Ella/Caroline dan Ogy Ahmad Daud/Zatol dan juri2 tetap seperti biasa di musim ini terdiri  dpd Datuk Hj Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.



Yg ku geli hati tu ada juri (tak nak sebut nama lah, terlalu personal) yg menegur protege sebegini. "Err... Caroline, you look very sweet tonight. Bla bla bla...bla bla bla....But Caroline, you must remember next time when you sing songs in English, you must be very careful with your diction. Sebutan tu kena betul"...lebih kurang begitu la.


Sebenarnya ku tertanya2 jugak bila ku dengar juri tu buat komen begitu - dlm hati ku "I didn't notice anything particularly wrong with Caroline's diction tonight." (ku tak dpt kesan  pun diction Caroline salah mlm nih).


Tetiber, org yg sama jugak memuji Caroline begini: "however, your level of CONFIDENT is very good!"

Aku ketawa tiba2. Bukan la ku ni terer sgt. Tapi dah selalu sgt dia ni dan beberapa org artis lagi, sama ada melalui program Mentor atau program lain di TV ataupun melalui radio, yg ku dengar saban hari dlm kereta masa nak ke pejabat dan balik dari pejabat. Asyik2 mereka berkata "level of CONFIDENT", "CONFIDENT level"   ....atau "your CONFIDENT is very good".  

"Hmmmm...." .hatiku tertanya2...  "Diction siapa yg perlu diperbetulkan sebenarnya?"


Tersepit di antara 'confident' dan 'confidence'

Sebenarnya di sinilah terletaknya kayu pengukur untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang.    


"Meh, ku ukur English ko"

Apa yg salah?...

Kesalahannya ialah perkataan CONFIDENT tu.  Jadi apabila juri tadi menyebut 'level of confident', apa yg dimaksudkannya ialah  "Tahap KEYAKINAN". Dan,  KEYAKINAN dlm bahasa Inggeris bukannya CONFIDENT tetapi CONFIDENCE. (kata nama)

CONFIDENCE (berbunyi KONFIDENS....ada sssssssssssss kat hujung, bukan nnnnnnnn atau ttttttttttt di penghujung perkataan. Jadi lidah mesti lah membunyikan S tu --- konfidenS...ya...begitu...CONFIDENCE.)

Jadi yg betul ialah "Level of CONFIDENCE" atau "CONFIDENCE level" ataupun "Your CONFIDENCE is very good".

CONFIDENT (bunyi di hujungnya adalah T...bukan S) pula adalah satu adjektif dan persamaannya dalam Bahasa Melayu ialah YAKIN.

Contoh ayat yg betul bagi CONFIDENT adalah: "I am CONFIDENT of winning" (saya yakin saya akan menang), atau "Don't be over-CONFIDENT" (Jgn terlebih yakin).

Buang yg salah
Dan dalam situasi ini,  "I am CONFIDENCE of winning" atau "Don't be over-CONFIDENCE" adalah SALAH (WRONG).   

Jadi memang SALAH  kalau kita sebut  "Level of CONFIDENT"  kerana ia bermakna "tahap YAKIN".  Lagipun kita bercakap bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Mungkin dlm bahasa Melayu frasa "Tahap YAKIN" itu boleh diterima, tetapi dalam bahasa Inggeris "Level of CONFIDENT" is definitely a no-no! Salah. Tidak dibuat org. Yg berkata begitu hanya mereka yg tak tahu berbahasa Inggeris.
Atas & di atasnya: antara artis2 yg kini kerap
jugak menggunakan frasa2 BI


Jadi, walau bagaimana melambung atau berbuih2 mulut anda sekali pun hendak menunjuk-nunjuk yg anda petah dan fasih berbahasa Inggeris, tetapi apabila tercetus sahaja frasa seperti "Level of CONFIDENT" dari mulut anda, maka dgn sendirinya kejahilan anda atau kebodohan anda telanjang >>>>
DI ANTARA ARTIS-ARTIS YG FASIH BERBAHASA INGGERIS

                                                                                                              

                                                                                                 












_____________________________________
GULA DARI KU


 Pesanan ku hanya satu: Jgn cepat sgt rasa diri hebat, sbb kalau kelemahan anda dikesan, anda sendiri yg terbogel. 

Ya, nampaknya banyak lagi kena dipelajari. Banyakkan membaca novel2 bahasa Inggeris & menonton drama2 berbahasa Inggeris (tanpa membaca sari  katanya).

Sabtu, 5 Mei 2012

SIAPA BIAYAI/TAJA PROTES????

 'Gerakan Protes' dibiayai U.S.


 


Nile Bowie - penulis

Protes menggegarkan jalan-jalan di  Kuala Lumpur Malaysia  Sabtu, 28 April, apabila kira-kira 25,000 keluar ke jalan raya bagi menyokong Bersih [1], sebuah organisasi yang berjuang mereformasikan sistem pilihan raya Malaysia.


Organisasi yang menggelar dirinya   ‘Gabungan bagi Pilihanraya Bersih dan Adil’, itu terdiri daripada 84  NGO Malaysia yang membentuk ‘gabungan organisasi masyarakat madani yang sehaluan yang tidak ada perkaitan dengan mana2 parti politik'  [2].

Perhimpunan baru-baru ini berikutan dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November 2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012 [3].

Walaupun gabungan itu mendakwa ia tidak  langsung ada perkaitan politik, namun pergerakan itu diendos sepenuhnya oleh ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dan 'Pakatan Rakyat' yang diketuainya.  

Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia [4] dan Timur Tengah [5].

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) [6].
Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times bertajuk “Kumpulan AS menyemai kebangkitan Arab” mendedahkan organisasi seperti National Democratic Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED, yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat [7].

Gabungan Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di AS[8], sebuah NGO yang memperolehipembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat[9].


Walaupun kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan lain2 perkara yang didesak oleh penyokong2 Bersih itu satu desakan yang tidak salah, namun kaitan Bersih dengan parti2 politik & kumpulan2 yg dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat merupakan satu tindakan subversif.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim  disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan terhadap dasar Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New American Century (PNAC) [10].

Mahathir juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan  yang diperlukan untuk mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika [11].

Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui “promosi demokrasi” di dalam bukunya, ‘Promoting Polyarhcy', “Di Amerika Latin, di Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti memudahkan objektif dasar luar Washington “[12].

Eva Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi Amerika Syarikat menawarkan, “Berjuta-juta dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan agenda AS.

“Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain “[13].

Walaupun Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan pembangkang Malaysia, ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama “”pilihanraya bersih dan adil”.

“Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen [14].

Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad; pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas [15].

Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan George Soros ‘[16]. Selain itu, Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy’s (NED) bagi “Anugerah Demokrasi” [17].


Gabungan Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan berkahir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke Dataran.[18]

Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka untuk menterbalikkan kenderaan polis[19].
Penunjuk perasaan membuang botol, kepingan logam dan kepingan2 konkrit tebal, menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan [20].

Manakala rakaman tindakan keras polis baru-baru ini beredar di seluruh media antarabangsa, Barisan Nasional parti pemerintah Malaysia sekali lagi berdepan kritikan antarabangsa. Rasa tidak puas hati berkembang dalam pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, parti pemerintah Malaysia tidak popular dan menyediakan pentas bagi kemenangan pakatan.

Dan Amerika Syarikat kini mengalihkan fokus ketenteraannya ke Rantau Pasifik, kepatuhan, Anwar Ibrahim kepada institusi politik barat yang mungkin akan menjamin politik Malaysia terus bergolak sehingga pembangkang berjaya mengambilalih kuasa.-

Nota:
[1] Police violence marks Malaysia reform rally, Al Jazeera, April 28, 2012
[2] Bersih About, BERSIH 2.0 [OFFICIAL] Facebook
[3] Ibid
[4] Emails expose watchdog’s dollar deals, Russia Today, December 9, 2011
[5] U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings, The New York Times, April 14, 2011
[6] Bersih repudiates foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, June 27, 2011
[7] U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings, The New York Times, April 14, 2011
[10] REGIME CHANGE, CheDet (Official Blog of Dr. Mahathir Mohammed), February 13, 2012
[11] CURRENCY WARS, CheDet (Official Blog of Dr. Mahathir Mohammed), March 29, 2012
[12] Democracy promotion: America’s new regime change formula, Russia Today, November 18, 2010
[13] Ibid
[14] Bersih repudiates foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, June 27, 2011
[15] The Case of Malaysia, Executive Intelligence Review, July 4, 2008
[16] British Empire Tool to Recolonize Malaysia, Executive Intelligence Review, September 12, 2008
[17] 2007 NED Annual Report, National Endowment for Democracy, 2007
[18] Bersih tarnishes Najib’s reform credentials; say foreign press, The Malaysian Insider, April 29, 2012
[19] Larger Bersih turnout, but violence may play into Umno’s handsThe Malaysian Insider, April 29, 2012
[20] Ibid


GULA DARI KU

Memang dah ku tahu...cuma pengikut2 'kepala2' PKR jer yg BIUL dan keseluruhan PAS bersekongkol dalam keBIULan. Segelintir pelajar2 bongok dari IPTA juga ikut jadi kaldai.

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH TAK PERCAYA DEMOKRASI



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin perhimpunan BERSIH 3.0  Sabtu lalu, berhasrat menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: 'Doktor Umum' di Putrajaya petang semalam.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Protes itu, katanya, adalah untuk memberi gambaran ketidakstabilan negara bagi mewujudkan keperluan untuk menukar rejim dengan bantuan kuasa asing.

"Gangguan itu adalah kerana mereka mahu menunjukkan bahawa negara ini diperintah oleh diktator... Mereka akan gembira jika orang asing bawa pesawat dan bom Kuala Lumpur. Mereka akan berkata 'saya telah melakukan satu perkara yang baik untuk negara ini'," katanya sambil menambah bahawa itulah pembangkang dan gerakan BERSIH.

Di negara-negara di mana kerajaannya telah digulingkan, kata beliau, 99.9 % undi pilihanraya dimenangi oleh penyandang kerajaan. Tapi, tidak begitu halnya di Malaysia di mana pembangkang memenangi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, dan Terengganu dan Sabah sebelum ini. Sejarah negara ini membuktikan yg demokrasi diamalkan dgn betul.

"Pembangkang selalu menang pilihanraya di sini, cuma mereka tidak cukup undi untuk menubuhkan atau menggantikan kerajaan pusat," tambahnya.

Jadi mengapa SPR sentiasa dipersalahkan? Terima sajalah kenyataan dan patuhi proses demokrasi.

Tun juga menambah, himpunan besar2an seperti itu juga adalah taktik Pembangkang untuk memburukkan SPR.  "Itu akan dijadikan alasan kelak jika  mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat."


GULA DARI KU

Ku nak berkata kpd Tun Mahathir "You hit the nail on the head"...ya, apa yg dikata beliau satu kenyataan yg tepat. 

Ia sama seperti komen Tun bila tiba2 ramai di kalangan pembangkang heboh desak Pengerusi SPR letak jawatan kerana beliau ahli UMNO. Komen Tun Mahathir, dalam nada yg sgt mudah dan sinis: "Apa masalah? Dalam kerajaan pun ramai org PAS!"  

Beliau merujuk kpd hakikat  bahawa ramai di kalangan kakitangan kerajaan adalah org PAS, ahli & penyokong2 PAS.  Letaklah jawatan.



Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0 BERJAYA HIMPUN HAIWAN LIAR???

Saban hari saban KOTOR!...

Ibarat menyimbah minyak di tengah jalan, bila api membara Ambiga nafi bertanggungjawab cetus huru hara....
Segala2nya diperguna dan disambar oleh politikus PR untuk kepentingan politik mereka kerana pelahapkan perhatian menjelang PRU13 
                                                         

"Saya tak buat apa2..saya cuma simbah minyak.." Ambiga seolah2 berkata

VIDEO INI BUKTI SIAPA PENCETUS PROVOKASI





Kerja baik dan bertanggungjawab 'masyarakat madani'
Seperti haiwan liar mereka serang kereta polis

Budak2 Melayu seronok buat kerja bodoh

Anggota polis


"Didn't I say the tendency was to blame the authorities?"

"Ya, ambo (saya)  yg bagi pitih (duit) untuk mereka gi joing (join) Ambiga .."



Komen peserta Bersih 3.0 ini adalah petikan dari FMT

Sila klik sumber laporan
Lydiawati Osman

"For once, I have to disagree with my mentor, Datuk S. Ambiga. She says Bersih 3.0 was a success because many people attended. The Malaysian Insider puts the crowd at 30,000 while Malaysiakini puts it at 100,000. For me, for my friends who were marching, there is one reason and one reason only to proclaim Bersih 3.0 a ‘success’ and that is because a handful of protestors led by rowdy members of the opposition managed to provoke the police to react. The image above clearly shows the red-shirted Unit Amal of PAS charging and daring the Police to stop them. Because the police reacted with water and gas, the quantum of news minutes that Bersih 3.0 will get online and around the world will multiply by more than ten times."

Untuk pertama kali saya terpaksa menyatakan yg saya tidak setuju dengan mentor saya, datuk S Ambiga.  Beliau kata Bersih 3.0 berjaya kerana ramai yang ikut serta. Malaysian Insider kata 30,000 hadir, manakala Malaysiakini pula kata 100,000. Bagi saya, kawan2 saya yang berarak, hanya ada satu sebab Bersih 3.0 dianggap 'berjaya' iaitu ia hasil dpd beberapa di kalangan anggota Bersih yang berjaya memprovokasi pihak polis untuk bertindak balas. Unit Amal PAS berbaju merah telah merempuh dan mencabar Polis  menghenti mereka. Oleh kerana polis bertindak balas menggunakan air dan gas, maka laporan berita tentang Bersih 3.0 ke seluruh dunia akan sepuluh kali  ganda.
"The troublemaker segment of the crowd instead listened to Anwar Ibrahim and Azmin Ali who pushed them hard to break down the barriers the police had constructed. For the police, despite not having roadblocks into KL the night before like they did during Bersih 2.0, despite allowing us to walk through KL in the right spirit which was almost carnival like, Azmin breaking down barriers that a Court Judge had effectively ordered the police to erect were just too much for them to let go. Anwar knew this, which is why he ordered Azmin to ensure that adequate provocation was carried out."

Segmen pembuat kacau bilau di kalangan peserta himpunan  memilih untuk patuh kpd unjuran dan desakan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali supaya melanggar segala penghalang dan rintangan yg telah dipasang polis. Bagi anggota polis, meskipun mereka tidak memasang 'road block' masuk ke KL seperti yang dilakukan semasa Bersih 2.0, meskipun membenarkan kami berjalan melalui jalanraya KL dalam semangat yang wajar  dan hampir seperti pesta, namun polis memikirkan adalah sesuatu yang keterlaluan jika mereka membiarkan saja tindakan dan desakan Azmin   menceroboh dan melanggar halangan yg dipasang kerana patuh kpd  perintah mahkamah.  Anwar tahu ini semua, itulah sebab dia mengarahkan Azmin memastikan yang provokasi yang cukup dilakukan terhadap polis. 



"If there was any further proof that any rational Malaysian needed to know that the Opposition had unfairly hijacked Bersih 3.0, this provocative action was it."
 
 Jika ada sebarang bukti lanjut yang perlu diketahui oleh mana2 rakyat Malaysia bahawa pihak Pembangkang lah yang telah merampas Bersih 3.0 dengan tidak adil, biarlah tindakan memprovokasi ini menjadi bahan bukti. 


"My small part that I wanted to play for my country’s future, my sacrifice to face any bodily harm was instead cheaply purchased for the propagation of the Opposition."

'Pembeli2 murahan' disambut oleh 'penggadai2 maruah'
Peranan kecil yg saya berhasrat mainkan demi masa depan negara saya, pengorbanan saya memberanikan diri menghadapi sebarang kecederaan telah dibeli dgn murah bagi mempropagandakan pembangkang.

"I will never march again if Anwar and his troublemakers are allowed to take over what belonged to civil society. We created the awareness of this, we sweated and struggled for this, we were arrested and inconvenienced for this yet it is Anwar and his henchmen who will gain the most from Bersih 3.0."

Saya tidak akan berhimpun dan berarak lagi jika Anwar dan geng2 pengacaunya  dibenarkan mengambil milik masyarakat madani. Kami mewujudkan kesedaran tentang ini, kami yg mengeluarkan keringat memperjuangkan ini, kami ditangkap dan diperosah, namun Anwar dan konco2nya yang paling meraih untung dari Bersih 3.0.


"It is Anwar and Pakatan Rakyat not democracy that gains from this. The irony is that all that Bersih and Datuk Ambiga were fighting for are the same practices that Anwar openly practiced as UMNO leader, Barisan MP and most recently as Keadilan Supremo when he rigged the entire Parti Keadilan Rakyat elections and good leaders like Zaid Ibrahim were forced to exit the party."

Bukan demokrasi yang dapat manfaat dari Bersih tapi Pakatan Rakyat dan Anwar. Yang jadi ironi ialah apa yang "kononnya" ("kononnya" adalah perkataan yg ditambah oleh ku, blogger bernama HalwaGula dan bukan kata2 Lydiawati) diperjuangkan oleh Bersih dan Datuk Ambiga ialah penghapusan amalan yang dilakukan secara terbuka semasa dia pemimpin UMNO, semasa dia YB Barisan dan paling baharu sebagai Boss Keadilan apabila dia memanipulasi keseluruhan pemilihan PKR dan pemimpin2 yg bagus seperti Zaid Ibrahim terpaksa keluar parti. 

GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA........





GULA DARI KU  


PEACEFUL ASSEMBLY??????
BOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!

But you succeeded in making  'Bersih' assemblers realise that you & your henchmen treated them like dirt and used !!!!

(Tetapi anda berjaya membuatkan peserta 'Bersih' sedar mereka  diperkotor dan diperalat oleh anda & konco2 anda!!!)

PINK TIKUS???