Rabu, 21 September 2011

KESIAN.....

Hmmm..dah lama ku tak update blog ku ini... sibuk dgn kerja dan mcm2 lagi...

Anyway, I hope u all have had a very good Raya setelah sebulan berpuasa, dan balik kampung mengunjungi keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, bermaaf-maafan,  dan sudah pasti juga ramai yg masih ber 'open-house', terutamanya pada hujung minggu.

Tentu pembaca budiman telah perhatikan yg HalwaGula akhir2 ini selalu memetik dari blog2 lain mana-mana yg ku fikirkan menarik, terutamanya bahan2 yg berunsur politik. Memang ku mahu teruskan begitu, bukan kerana tak ada pendapat sendiri, bukan kerana tak berani lagi mengutarakan pendapat sendiri, tapi lebih suka 'kongsi' cerita untuk kita tatapi bersama. Yang ku petik pun dari blog2 yg ku fikir hebat.

Tadi ku terbaca sesuatu yg ku petik seperti di bawah ini untuk kita renung bersama. Tak tau lah sama ada ini benar2 berlaku atau tidak, tapi tentu orang tak berani sebut sewenang2nya kalo perkara ni tak betul kan?

Ku petik kerana ku kesian benar dgn seorang ibu tua.

Begini ceritanya:
"Kesian sungguh kisah yang disampaikan oleh anak anak Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali...!
Pada pagi Syawal yang mulia, begitu girang sekali perasaan cucu yang berpeluang mahu menjamah masakan nenek mereka. Ketupat dan rendang memang menjadi impian setiap insan yang menyambut Hari Raya di pagi Aidil Fitri yang muncul setahun hanya sekali...
Apatah lagi sekiranya masakan nenek yang kita kasihi, air tangan nenek yang punyai pengalaman memasak juadah selama bepuluh puluh tahun, pasti enak!
Begitulah juga perasaan girang yang lahir dalam naluri Afifah dan Shazliana, mereka adalah anak anak kepada Azmin Ali. 
Belum pun sempat menjamah.., baru sekadar menceduk lauk pauk ketupat kedalam pinggan, tak semena mena Azmin terus menengking dan mengherdik .... “Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..! “
Tersentuh hiba perasaan seorang ibu menyaksikan tindakan kasar, biadap anaknya itu...
Azmin menjadi berang kerana sewaktu beliau tiba dirumah Mak Tom ibunya itu, Ummi Hafilda serta kakak kakaknya yang lain sudah berada dalam rumah itu juga bertujuan untuk berhari raya bersama keluarga yang tercinta. 
Begitulah watak sebenar seorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Timbalan Presiden sebuah parti yang bercita cita mahu menjadi pemerintah negara kita ini... Lihatlah sendiri..!
Dipentas ceramah memulakan ucapan dengan selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta istighfar..., tetapi dalam hubungannya sesama ahli keluarga..?
Isi kandungan ceramah politiknya pula dihadapan rakyat, bukan main seronok Azmin mencaci hina kunuunnya kepincangan kerajaan UMNO-BN yang tidak pandai menguruskan pentadbiran kerajaan, tetapi hakikatnya pula bagaimana dengan kepincangan institusi famili sendiri..??
Tergamak Azmin menyamai darah dagingnya sendiri sebagai najis yang perlu disamak..? Malah Azmin sanggup menyelar menggelarkan darah dagingnya sendiri sebagai “jalang dan sundal”.
Pada Azmin, mahkluk ciptaan Allah yang tersangat mulia adalah Anwar Bin Ibrahim..!
Malah apabila bertelagah sesama adik beradiknya sendiri iaitu Kak Long Norlia, Azmin dengan angkuhnya menyebut “ aku buat baik dengan kau orang semua aku dapat apa..? Anwar boleh bagi aku jutaan ringgit.., kau orang boleh..?” - Sumber MIK"

Sila Klik untuk ke blog sumber petikan ku 




Huluran sumbangan Ramadan sambil beramah
mesra dgn warga emas - Ihsan http://www.keadilandaily.com



GULA DARI KU


Cuma lirik lagu "Ayah dan Ibu" oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad jadi gula ku kali ini. (Sila klik ke Video Pilihan di sebelah kanan blog ini untuk dengar lagu) &  ku percaya semua pun tahu lagu nih.

Ayah dan ibu 
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
 
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan