Selasa, 31 Mei 2011

LAIN KALI PERIKSA DULU SEBELUM MELOMPAT

Dua tiga hari lepas e-mel melayang2 ke sana sini..termasuk kepada ku jugak, yg memperkatakan bahawa terdapat  DNA babi dalam kek2 buatan kedai kek terkenal Secret Recipe.

Ini lah rupa kandungan kata2 dlm e-mel yg melayang di sana sini, bermula dari satu blog... BUNYINYA BEGINI:



22 May 2011 


sufri82 
"Saya lebih suka straight to the point, tiada selindung-selindung biar jelas lagi nyata. Kalau ikut artikel yang lain menyatakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA Babi. Tetapi siapa pula yang menggunakan produk dari syarikat Puratos?

Jawapannya ialah Secret Recipe. Siapa yang tidak kenal dengan Secret Recipe, kedai yang menjual makanan dan kek yang sedap-sedap belaka. Sebut saja Secret Recipe dalam kepala mesti tengah fikir Indulgence, Tiramisu, Yogurt Cheese, Americano dan lain-lain produk kek. Akan tetapi bahan yang digunakan tidak halal kerana menggunakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Sdn Bhd yang mengandungi DNA Babi.

Agak tidak adil sekiranya saya mengatakan Secret Recipe sahaja yang tidak halal, pasti ada syarikat lain yang menggunakan ramuan dari Syarikat Puratos ini. Akan tetapi sumber yang boleh saya capai agak terhad. Sekiranya ada info yang berguna di kalangan pembaca. Kita kongsi bersama agar dapat elakkan memakan benda yang haram."








Maka melompat lah mereka yg membacanya, terutama sekali yg selalu mkn kek Secret Recipe, yg order untuk sambut 'birthday' bagai ..ada yg kata, 

"Oh, itu la selama ni recipe yg terlalu 'secret' tu ek !! Nanti ko..aku akan boycott..aku akan sebar emel ini ke seluruh Malaysia!!! Sumpah ku takkan jejak kaki ku lagi..bukan kek saja yg aku takkan makan..semua sekali yg dijual di situ..mee kari, lasagne...apa2 saja!!! Dan aku akan call anak buah aku yg keje kat Secret Recipe cawangan Bandar Baru Bangi..aku akan suruh dia bagi notis 24 jam.  Berhenti!!!"

Aku berfikir sejenak selepas dpt e-mel " betul ker ni?"..dlm hati ku..Maka ku buat keputusan masuk laman web Secret Recipe. Mana tau kot ada maklumat apa2....Maka apabila ku masuk saja, terpampang ini yang ku jumpa:


 TEKAN SINI untuk pautan ke 'Secret Recipe'




GULA-GULA DARI KU

Gula-gula ku kali ini dlm bentuk kek di sebelah..Banana Chocolate Cake yg paling ku suka dari Secret Recipe.. yumm..:

Maka ku kata pada blogger yg mula bikin bising tentang perkara yg belum sahih betul tidaknya:... Lain kali periksa betul2 sebarang berita yg diterima dari mana sekali pun. Jgn tuduh sebarang tuduh, dan jgn dok syok sendiri nak jadi blogger yg popular tanpa sedar diri membuat fitnah dan tohmahan...  nanti kalau tak betul, diri sendiri jugak yang malu!!





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan