Rabu, 10 Ogos 2011

ALHAMDULILLAH, SYABAS JAIS!

Ini merupakan kali pertama ku mengemaskini blog ku, sejak bermulanya bulan puasa, bulan Ramadhan Al Mubarak yang indah lagi suci ini.  

Selamat Berpuasa  ku ucapkan kepada pembaca2 budiman.


Dan pagi2 lagi bila ku pergi ke 'dashboard' blog ku ini, dan mahu memasukkan posting baru ini, ada tetamu yg tak dijemput berada di depan ku, dalam halaman blog ku, terpampang minta dibaca. Dan secara kebetulan pula mmg topik yang ku nak jadikan tumpuan  pagi ini ialah mengenai tetamu yg tak diundang ini. 

Ini dia the uninvited guest yang ku maksudkan:

Preaching in Malaysia
Plain and powerful truth from KJV about mysteries, church, and peril.
www.LetGodBeTrue.com
 
Begitulah cara  kumpulan Kristian bergerak. Mereka  mencuri masuk ke mana-mana ruang yang kosong. 

Pada ku tindakan mereka itu kelihatan begitu 'desperate' untuk mendapatkan penganut baru. Mereka kononnya begitu percaya yang umat manusia perlu 'diselamatkan' oleh Jesus Christ. 


Sebenar-benarnya,  Kristianiti atau agama Kristian yg wujud sekarang ini  BUKAN ajaran Nabi Isa Alaihissalam. 


Org2 Kristian adalah pengikut ajaran Paul, atau nama asalnya, Saul. Dan perkataan 'Christ' yg diberikan mereka kepada Nabi Isa versi mereka itu adalah berasal dari perkataan Yunani (Greek), iaitu Kristos

Di situ lah juga terbitnya asal nama Kristian, yg bukannya dari bahasa Ibrani (Bahasa atau loghat Yahudi yang ditutur oleh Nabi Isa). Ia dari bahasa pengikut agama yang dibawa oleh Paul. 




Jesus atau Nabi Isa (malahan nama 'Jesus' itu pun bukan nama Nabi Isa.. ia suatu sebutan orang asing) bukan pengasas agama Kristian yang kita ketahui hari ini. 

Malahan, kebanyakan kandungan kitab New Testament (Perjanjian Baru) tidak sedikit pun mengenai  Jesus atau Isa dalam sejarah kerana pengaruh utamanya ia Paul dan seorang penganut ajarannya berbangsa Yunani, iaitu John.

Paul tidak pernah bertemu Nabi Isa atau Jesus (walaupun hidup sezaman) dia hanya mendakwa yang dia melihat sesuatu 'vision' dan berikutan itu terus mem'paganize' (menjadikan ajaran Nabi Isa agama pagan atau agama jahiliah/penyembah berhala) , seperti yang tertera dalam pautan di bawah. 

Sila Klik ke pautan mengenai Paul 


Paul lah manusia yang memesong dan memutar-belitkan ajaran Nabi Isa sehingga yang asal sudah tiada lagi.

Agama Yahudi pula, walaupun kononnya berpegang kepada Kitab Taurat (Torah), tidak mengiktiraf Nabi Isa.


Dan dengan itu juga lah Allah Yang Maha Pencipta Segala telah menurunkan Kitab Suci Al Qur'an untuk memperbetulkan segala kekeliruan.


Dan umum juga tahu, di dalam internet ini ada bertimbun2 dakyah Kristian yg mencuba sedaya upaya mengekang kemaraan Islam, agama sebenar dari Allah Maha Pencipta dalam berbagai2 laman web yang kebanyaknnya disampaikan atau dijudulkan dengan tajuk yang begitu 'tricky',  bertujuan menarik minat pembaca, terutamanya dari kalangan umat Islam.


Contohnya, laman di bawah ini merupakan satu laman mengenai seorang gadis Melayu yg kononnya menemui 'kebenaran' melalui ajaran Paul. 




Sila Klik mengenai gadis Melayu bernama Adillah yang menganut agama Paul


Entah ya, entah tidak cerita di atas ini, iaitu cerita wujudnya gadis bernama Adillah ini, wallahu'alam (hanya Allah yg mengetahui).  Pada tanggapan ku, ia cuma satu lagi 'trick' orang Kristian (pengikut Paul) yang dahagakan penganut, untuk merasakan yang kesalahan mereka itu disokong sebagai suatu 'kebenaran'.

Yang Mutakhir, berlaku di Damansara Utama beberapa hari lepas (sila lihat pautan di bawah, dlm ruang 'GULA DARI KU') :

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.

Dalam kertas kuiz yang diperolehi
Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.


Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. 


 



Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?"






Dan kita orang yang beragama Islam sendiri pun tahu bahawa TIDAK ADA mana2 agama di dunia ini yang mentauhidkan Allah, mensucikan Allah sebagai yang Wahid, yang Satu, Yang Esa, Yang Tidak Boleh Dipersekutukan dan Disamakan dengan apa-apa sekali pun ---  MELAINKAN  agama Islam. Alhamdulillah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
 

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
 Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya


GULA DARI KU

Umum tentu sudah tahu tentang tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tempoh hari. Ku setuju sepenuhnya dengan tindakan JAIS itu. Dan jika ada yang belum tahu  Sila Klik di Sini

Dakyah evangelical Christian ini sangat halus. Jadi berhati-hati. Kuatkan diri dengan pengetahuan Islam itu sendiri dan pupukkan iman melalui ibadat. 

Yang sepatutnya diselamatkan ialah orang Kristian itu sendiri supaya tidak lagi syirik, menyengutukan Allah. Umum tahu yang memang ia bukan dari ajaran Nabi Isa kerana Nabi Isa tidak pernah diwahyukan bahawa dia adalah 'anak Tuhan' atau 'Tuhan' dan tidak pernah mengajar supaya menyembah dia sebagai Tuhan, kerana dia pun dicipta.

Kristian yang ada hari ini adalah penyebaran Paul dan pengikut2nya dan telah disesuaikan dengan kepercayaan jahiliah dan penyembah berhala di Eropah... dengan itu kita lihat perayaan Krismas pada 25 Disember, Easter oleh pengikut mazhab Katholik, Hari Ahad sebagai hari ke gereja, nama-nama hari, Monday, Tuesday, Wednesday.... semuanya adalah amalan2 kaum pagan atau jahiliyah atau penyembah berhala Yunani (Greek) dan Roman. Dan Paul juga telah menghalalkan yang haram dimakan seperti babi. Nabi Isa tidak pernah makan babi.  Ia terputus sama sekali dari ajaran Nabi Isa.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, ajaran Nabi Isa telah diperbetulkan melalui wahyu yang diterima oleh Rasulullah, Pesuruh Allah yang terakhir, penutup segala ambiya dan rasul, pembawa kebenaran dari Yang Maha Pencipta, iaitu yang kita kasihi, Nabi Muhammad S.A.W.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan