Sabtu, 13 Ogos 2011

KU JUGA SETUJU 100% DGN TINDAKAN KDN!

  Kali ini ku potong & lekap sepenuhnya (Cucu Tok Wan,harap ku diberi keizinan.. TQ)..apa yg diutarakan oleh Cucu Tok Wan dalam blog 'The Flying Kick' kerana setuju dgn pendapat beliau dan setuju dgn tindakan KDN dan Imigresen.

SYABAS IMIGRESEN!!! SYABAS JUGA KDN KERANA ALERT!!! 

  Sila Klik ke Artikel Asal dari 'The Flying Kick'

Peguam Hindraf yang berasal dari United Kingdom tidak dibenarkan masuk ke negara ini, dan dipaksa pulang semula ke negara asalnya. Imran Khan diarahkan pulang ke United Kingdom sebaik-baik sahaja dia tiba di KLIA pada 1.50 tengah hari semalam. Alasan pihak kerajaan ialah kehadiran Imran Khan akan menggugat keselamatan negara.
Sudah pastilah, puak-puak Hindraf tidak dapat menerima kenyataan ini. Mereka sentiasa fikir, sesiapa sahaja boleh masuk ke negara ini dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini tidak berkerajaan dan tidak bersempadan.
Rakan Imran Khan, G.Suresh bagaimanapun dibenarkan masuk.
Waythamoorty yang menyebat duit masyarakat bawahan India dan kini bermastautin di London berkata, tindakan kerajaan melabelkan Imran Khan sebagai penggugat keamanan negara ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan 'murahan'.
Proses imigresen di Malaysia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding di Australia mahupun di United Kingdom sendiri. Bagaimanapun, kebelakangan ini, kerajaan baru kelihatan membuka mata dan cuba menguatkuasakan prosedur secara lebih ketat.
Pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara ini sudah pasti akan melabelkan tindakan kerajaan sebagai sesuatu yang 'memalukan' kerana hajat dan cita-cita mereka sebenarnya tidak kesampaian. Mereka apa peduli dengan keselamatan negara, kerana mereka sendiri sudah berjaya melarikan diri ke negara asing.
Agak beruntung kerana Waythamoorthy masih lagi memegang kerakyatan Malaysia. Seharusnya lelaki India tersebut sudah mula berkira-kira untuk memohon kerakyatan negara asal leluhurnya atau United Kingdom.
Cita-citanya untuk menyaman United Kingdom kerana telah membawa nenek dan datuknya ke negarai ini, sebenarnya lebih bersifat ANGAN-ANGAN dan MIMPI yang tidak berkesudahan. Sebabnya mudah, secara dasarnya, kebanyakan imigran di negara ini dan keturunan mereka secara sukarela datang untuk mencari rezeki, bahkan sejurus sebelum KERAKYATAN 1 JUTA IMIGRAN diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mereka telah diberi pilihan sama ada untuk pulang ke negara asal atau menetap di negara ini.
Ramai imigran dari India mengambil kesempatan untuk pulang ke negara asal. Sebahagian besar yang tinggal di sini enggan pulang kerana kesukaran serta SISTEM KASTA yang diamalkan di negara asal, tidak akan menjadikan mereka manusia, sebaliknya haiwan yang ada akal. Sebahagian lagi berharap, kerakyatan Tanah Melayu akan memudahkan mereka untuk berpindah ke United Kingdom dan diterima menjadi rakyat United Kingdom di bawah klausa Commonwealth. (RUJUK ARTIKEL 29 PERLEMBAGAAN MALAYSIA)
Langkah yang diambil oleh Imigresen pastinya akan menjadikan mereka sebagai sasaran serangan kaum pembangkang. Namun pada masa yang sama, Imigresen telah melakukan sesuatu yang seharusnya mereka lakukan lama dahulu. Dengan prosedur yang ketat dan pemeriksaan yang rapi, setidak-tidaknya pintu sempadan negara tidak mudah dibolosi.
Tidak salah sekiranya Imigresen belajar dengan Imigresen Australia yang sehinggakan sebiji biji benih sawi pun menjadi sebab mengapa barangan berkenaan dirampas. Dalam keadaan sekarang, perkara tolak ansur perlu diketepikan, sebaliknya penguatkuasaan diperhebatkan!!!



GULA DARI KU 
Nampaknya jentera KDN  sejak diterajui oleh Tan Sri Mahmood Adam telah banyak melakukan perubahan yg sgt ketara, walaupun pihak Pembangkang mmg membangkang, sbb dia orang tak ada kerja lain TAPI dgn Mahmood Adam mereka 'cannot get their way'. He's smarter than all of them put together. Dia ikut buku & 'nobody can try to be funny.' Bukan Pembangkang saja, orang UMNO/BN pun.  Itu pendapat ku.

Memang terbilang & cemerlang.   Very alert dan tidak boleh dipermain2.  Ini baru betul2 BERSIH!

PM Najib & Menteri Dlm Negeri Hishamuddin juga patut bersyukur - they have got a very capable, no nonsense public servant in Mahmood Adam.

Sepatutnya ada 100 org lagi Ketua Setiausaha & Ketua Pengarah mcm Mahmood Adam. Baru la segalanya  berjalan licin. Rasuah dijamin tak berlaku. Kalau ada mcm Mahmood Adam dlm UMNO lagi best. Baru rakyat lebih respect kat UMNO!

I bukan nak bodek, I don't even know him, but I have been observing. 

Syabas!!!!!!!!  Keep it up, Tan Sri!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan