BERTUHANKAN NABI ISA ATAU MENGANGGAP BELIAU ANAK KANDUNG ALLAH????
.....kerana itulah intipati ajaran Kristian. Biarlah ..cukuplah, memadailah penganut-penganutnya sendiri hanyut di dalam kekeliruan aqidah mereka yg bertentangan dengan ajaran Nabi Isa Alaihissalam sendiri, tak payah lah generasi muda Muslim diheret atau membenarkan diri atau dibiar oleh ibubapa mereka atau masyarakat mereka diheret meninggalkan agama Islam yg memang aqidah (Fundamentals of Faith) dan pegangannya adalah berlandaskan MENTAUHIDKAN Pencipta dan MEMBERSIHKAN aqidah dari segala syirik (menyengutukan Allah dgn selain Allah; associating Allah [name of The Creator] with the beings that He created) dan 1001 mcm karut marut.
Hanya agama Islam melalui kalamullah (Kata2 Allah), kitab Al Qur'an yg diwahyukan kepada baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. sahaja lah yang selaras dengan apa yg diajar dan menjadi pegangan rasul2 dan nabi2 sebelum baginda, termasuk Isa a.s. yg juga dikenali di barat sebagai Jesus--- seorang rasul (messenger), juga. Tauhid yg dipegang oleh Nabi Ibrahim a.s (yg dikenali di barat sebagai Abraham) adalah juga ketauhidan yg menjadi pegangan baginda Muhammad s.a.w.
Bersyukurlah kita dgn apa yg telah dikurniakan kepada kita dan marilah kita pupuk dan semai iman itu dengan aman dan damai, dalam diri kita dan mereka yg kita kasihi dan jika mampu seluruh manusia, dengan penuh kasih sayang, yg mengatasi semua 'kasih sayang' palsu, yg tidak berpaksikan kepada tauhid dan kebenaran.
Jika ibu bapa Muslim sendiri lemah dgn pendirian mereka, tidak tahu apa yg menjadi asas agama yg mereka sendiri katakan mereka pegang, maka yang rugi dan berada di dalam bahaya adalah anak2 mereka sendiri, di samping diri mereka sendiri.
Ini semua harus dilakukan dgn sebaik dan semolek cara... bukan dgn mencerca mereka yg beragama lain, khususnya Kristian ...tetapi dgn menjadi teladan buat mereka.
Kuburkan segala kepercayaan tahyul yg diamalkan oleh mereka yg mengaku diri mereka Muslim..seperti bomoh dll.
Sila klik
Ini semua kita tak mahu, kerana bertentangan dgn pegangan Islam dan mencemar, mengotorkan dan merosakkan tauhid:
Ku sgt setuju dgn apa yg diperkatakan oleh Editor akhbar ini hari ini:
GERAKAN MURTAD SEMAKIN BERANI...
KUALA LUMPUR - Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini.
Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.
Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi.
Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik.
"Darah Jesus menebus segala dosa ku" |
"Bagaimana menyembah Jesus" |
"Jesus itu Tuhan" |
"Jesus anak Tuhan, Jesus anak manusia" |
"Jesus anak lelaki Tuhan" |
Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera?
Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan.
Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini.
Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu.
Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik.
Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam.
APAKAH INI DIAJAR OLEH ISLAM?????????
Asyik dgn politik dan mahukan kuasa, atas nama Islam |
Mendoakan kehancuran sesama Muslim |
Islam? |
Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati.
Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah.
Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang.
Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada.
Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.
Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan ‘SUSAHNYA DAPAT ZAKAT’ bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan.
Begitu juga jika cinta menjadi ‘senjata’ gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja.
Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan.
Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir.
Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh.
Umat Islam di negara ini wajib bersatu. Apabila kita bersatu,barulah kita dapat lihat sesuatu yg lebih besar dari yg remeh-temeh permainan nafsu politik, yg tak memberi manfaat kepada sesiapa kerana Muslim sesama Muslim sendiri pun bercakaran.
Pemimpin2 seperti Anwar Ibrahim pula perlu korbankan ego diri... hanya mementingkan diri sendiri...membazirkan masa rakyat... belajar2 la bercakap benar kalau belum terlambat.. jgn asyik berkonspirasi dan menuduh org mengkonspirasi.. People have got better things to do than waste time on you alone.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan