Selasa, 21 Jun 2011

CADANGAN KU BUAT AMBIGA SREENEVASAN

Ku cadangkan Dato' Ambiga Sreenevasan pergi seorang diri ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum 'bersih' kpd SPB Yang Di Pertuan Agong...atau ajak hanya pucuk pimpinan NGO yang dia kata dia wakili (satu orang bagi satu NGO), pada tarikh yang tidak diumumkan, kecuali kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, Istana Negara & media. Lepas tu media pula hendaklah memberi liputan/laporan berita menyatakan kandungan memorandum Ambiga. Jika Ambiga  sanggup berbuat demikian barulah ku anggap Ambiga ini tulus ikhlas, matang dan layak dihormati. Kalau tidak, ku tetap menganggap dia sengaja  mahukan hingar bingar, dan 'all those PR noise' to back her up, in order for her to be brave and confident enough, dan dahagakan the publicity from within the country & overseas, about how a 'heroine' she is and how undemocratic the Malaysian govt is.

Jangan lakukan sesuatu dengan menggunakan nama 'rakyat' tanpa izin dari majoriti rakyat.

Kita semua tahu yang perarakan 'bersih' itu akan menjadi demonstrasi kotor, kerana   tidak dapat tidak akan mencetuskan emosi negatif. Kita tahu yang ia akan diperalatkan oleh pakatan pembangkang (yang menggunakan nama 'rakyat' tanpa izin) untuk agenda politik mereka. Kita juga tahu yang ia mempelawa huru hara. Nampaknya ini yang dimahu oleh Ambiga. Kononnya rakyat Malaysia ini semua bodoh dan jika mereka tak berbuat sesuatu seperti itu rakyat Malaysia ini akan angguk sahaja walaupun terdapat kepincangan di dalam proses pengundian. Ini adalah satu penghinaan oleh Ambiga terhadap 'intelligence' rakyat Malaysia.

GULA-GULA DARI KU

Muslihat dan tujuan sebenar 'bersih' yang dijadualkan oleh Ambiga dan penyokong-penyokongnya pada 9hb Julai sangat jelas --- rakyat Malaysia bukan bodoh, walaupun ada yang memperbodohkan diri mereka dan sudah seperti khayal tidak boleh berfikir. Untuk mencetuskan syak wasangka di kalangan rakyat menjelang PRU ke 13. Itu saja.



 Kalau boleh mereka tak mahu lihat PR kalah teruk dan BN berkuasa semula, dan umum tahu yang rakyat sudah mulai sedar tentang apa yang mereka mahu. Dan musuh2 BN takut. Jadi mereka perlu pintas dulu sebab tak sanggup menerima kenyataan yg mereka hanya 'laku seketika'  pada tahun 2008.
 
I don't belong to any political divide Dato' Ambiga, but when the time comes for me to vote, I will have the 'decency' (the word you've been stressing on) to know which 'barisan'  to vote for this time around, despite the rhetorics of people like you, lawyer or no lawyer.   Hidup Malaysia!


                                                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan