Ahad, 5 Jun 2011

HOW DARE YOU!!!

Mesti pembaca-pembaca budiman rasa heran kan?...Tertanya-tanya..kenapa pulak si HalwaGula nih tiba-tiba jer bengkeng dan menempelak "How dare you!!!"?

Sebenarnya ku terbawa-bawa dengan sari kata yg tertangkap oleh mata ku ketika menonton satu drama TV dari America Syarikat berjodol Held Hostage yg ditayang oleh saluran Diva Universal di stesen Astro baru sebentar tadi.

 








Dalam satu latar atau scene tu, watak utama drama tersebut, Michelle Estey, yg dibintangi oleh pelakon jelita Julie Benz menjadi bengkeng dan marah apabila pegawai polis menuduh dia sembarangan. Dia pun berkata kpd pegawai polis tu "How dare you accuse me!!!....", lebih kurang begitu lah..tetapi yg pasti, tiga perkataan "How dare you" tu mmg sebahagian dari kata-katanya.





Seperti biasa, mata ku yg nakal ni terpandang atau sengaja memandang apa penterjemah (yg terjemahan lainnya bagi drama ini ku anggap ok, boleh lulus) 'translate' kata-kata yg tercetus dari mulut  Michelle tu.

Ini yg dipandang oleh mata ku: "Sampai hati awak menuduh... bla bla bla....."

Sampai hati???    Soalannya:  Akan tercetuskah ungkapan ini dari mulut seseorang apabila dia marah, apabila dia di salah tuduh?

Ungkapan 'sampai hati' ni selalunya diiringi oleh kata-kata senyap dlm hati yg tidak dilafazkan tetapi difahami. Misalnya.."sampai hati kau, aku dah begitu sayang dan percaya pada kau, sampai hati, sanggup kau kata begitu?"....Dan nadanya lebih sedih dan sepi bercampur hampa, heartbroken. Bukan marah & bengkeng. Dan pegawai polis tu bukan kawan baik Michelle yg dia dah kenal lama.. jadi tidak timbul faktor 'sampai hati' dlm konteks ini.


GULA-GULA DARI KU

Yg ku bimbang, anak-anak kita yg tidak begitu petah berbahasa Inggeris tapi banyak belajar dari membaca 'subtitles' akan menggunakan ungkapan "How dare you" bagi ungkapan 'sampai hati'. 

Cuba bayangkan: Anak berkata kpd ibunya: "How dare you say that to me mother!" (manalah tau, kot dia nak  practise BI dgn ibu dia) -   ..haha..anak yg kurang ajar namanya tu, bercakap begitu kpd ibu sendiri. Padahal yg dimaksudkannya adalah: "Sampai hati mak kata begitu kat saya, apalah dosa saya pada mak" 

Ku kasi lollipop jer la kat penterjemah tu. There's a lot more to learn.

Kalau ku penterjemahnya,  akan ku terjemah begini : "Berani kau memandai-mandai menuduh ku begitu!!!"  Dan jika ku terjemah 'sampai hati' ke Bahasa Inggeris, akan ku terjemah begini "How can you have the heart to ..."


2 ulasan: