Khamis, 16 Jun 2011

BAHASA MEDIA ADALAH 'HARGA DIRI' MEDIA

Dalam zaman di mana penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan generasi muda Malaysia masakini sungguh mengecewakan, maka timbul lah berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan dan sektor swasta untuk mencari jalan memperbaiki keadaan.

Salah satu daripada usaha yang dijalankan oleh sektor swasta, terutamanya media cetak Berbahasa Inggeris  ialah dgn menjalankan kempen supaya akhbar mereka dibaca oleh murid-murid sekolah dan pelajar-pelajar lain,demi untuk meningkatkan BI mereka.

Ku tidak ada masalah dengan saranan ini. Yang menjadi masalah ialah apabila mereka sendiri tidak begitu berusaha untuk mempertahankan kualiti bahasa yang mereka cetak.

Ini adalah keratan dari akhbar New Straits Times keluaran pagi ini:

All abuzz over 'cyber attacks'


2011/06/16
By Azura Abas, Lee Shi-Ian, Suganthi Suparmaniam, L. Suganya and Predeep Nambiar
news@nst.com.my


.......  The message started off as "Greetings, Malaysia." and repeated that the attack was in retaliation of the country's strict measures to curb online freedom.

Word was that the hacker had used the Distributed Denial of Service (DDos) method which would eventually paralysed the sites.


Sila Tekan di sini untuk pautan ke NST



Satu laporan yang bagus, dari segi 'reporting' dan fakta. Tapi siapa di kalangan pembaca budiman boleh 'spot' yang mana satu kesalahan 'grammar' dalam laporan berita ini? Telah ku periksa, di naskah bercetak dan online. Kesilapan itu ada di dalam dua-dua versi.

Kesilapannya terdapat pada perkataan yg ku tanda kuning: "would eventually paralysed the sites". Sepatutnya:  "would eventually paralyse the sites". Tidak ada sebab perkataan 'paralyse' itu disebut dalam past tense (paralysed, telah lumpuh), kerana ia belum berlaku. Ia sama dengan menyebut dalam Bahasa Melayu: "ia akhirnya kelak akan telah melumpuhkan laman-laman itu".

Baiklah, itu NST, sekarang kita pergi ke akhbar online Malaysian Insider

State if Lynas waste is radioactive, Fuziah tells AELB

June 16, 2011

KUALA LUMPUR June 16 — Kuantan MP Fuziah Salleh has demanded local regulators Atomic Energy Licensing Board AELB state whether the waste from Australian miner Lynas Corp’s controversial rare earth plant near the Pahang capital will be radioactive.

 ...... But Lynas, who insists that the facility is safe, is confident that its plans to begin operations in September will not be delayed despite the government review.

>>>>>>

Ku nak tanya Shannon Teoh ni dua perkara... dalam perenggan pertama di atas, ke mana hilangnya perkataan to yang sepatutnya wujud setelah 'AELB'? Bukan kah sepatutnya ayat ini berbunyi:  Kuantan MP Fuziah Salleh has demanded local regulators Atomic Energy Licensing Board AELB to state ...
 
 Dan di perenggan yg lagi satu di atas, bukankah Lynas itu satu badan atau organisasi dan bukannya seorang manusia? Kenapa digunakan perkataan who?   Bukankah perkataan which yang paling tepat? 

Sila Tekan untuk pautan ke M'sian Insider 




Last sekali hari ini ku pergi akhbar ini:

 Hanya satu kesilapan saja yang ku dapati dalam edisi Bahasa Inggeris akhbar PAS ini. Itu pun cuma kesilapan 'typo'. Jurutaip dia terlupa nak masukkan huruf 'r' pada salah satu perkataan 'parliament'. Small matter.




HarakahDaily
In Parliament, Anwar is back again  
  
KUALA LUMPUR, Jun 16: After being forced to stay away from parliament proceedings for six months, Opposition Leader and Permatang Pauh member of paliament Anwar Ibrahim today ends his absence.

 >>>> 


Itu dari segi penguasaan bahasa, tapi dari segi pemikiran dan 'warna' bahasa, akan ku komen kemudian hari . Misalnya ayat di atas - after being forced - bukanlah merupakan satu fakta ataupun hakikat kerana Anwar bukan dipaksa (forced) tapi diperintah oleh Speaker Dewan Rakyat, kerana melanggar peraturan dewan. 

Dari sudut penguasaan bahasa, yang lain semuanya bagus. Cuma dari segi 'editing', tajuk "In Parliament, Anwar is back again" berbunyi sedikit janggal. Kalau ku editornya ku akan gunakan "Anwar is back in Parliament


Hmmm.. pandai juga orang PAS, berjaya mendapat satu team atau menggajikan seseorang yang pastinya wartawan, yang Bahasa Inggeris mereka/nya adalah 'not bad' Syabas. Ada kemajuan. UMNO seharusnya mengambil iktibar dan perhatian. 










 Sila Tekan untuk ke pautan Harakah



GULA-GULA DARI KU 

Menjadi tanggungjawab akhbar membantu rakyat mempelajari mengguna bahasa yang betul. Dalam kes Bahasa Inggeris, kita semua maklum yang Bahasa Inggeris itu penting dan penguasaannya adalah perlu supaya berada bersaing di barisan hadapan dan bukan ketinggalan di belakang.



Jika bahasa dalam akhbar sendiri pun tak betul, macam mana nak harap warga muda terutamanya, meningkatkan penguasaan bahasa mereka?  Jika akhbar salah, maka pembaca yang tak begitu bagus penguasaan bahasa akan turut ikut yang salah. 

 

Ada jugak akhbar yang penguasaan bahasanya boleh dikatakan bagus, seperti Harakah Daily tetapi warna bahasanya pulak ada berbau berat sebelah dan hasutan. Apa nak buat, dah ditakdirkan Allah mereka begitu. Nama lagi 'parti politik', takkan nak harapkan ia mengikut lunas2 sebenar agama walaupun dihiasi indah dengan perkataan 'Islam' dll.   

Ku berdoa yang paling baik untuk semua ummah dan berpegang kepada 'Bersatu Teguh, Bercerai Roboh'... 

Alangkah baiknya jika PAS dan UMNO boleh bersatu demi ummah? Dan alangkah baiknya jika rakyat Malaysia bersatu dalam semangat 1Malaysia? Ku yakin, jika orang yang berniat dan bercita2 baik bersatu maka mereka yang berniat dan bercita2 buruk akan terus hanyut dan tenggelam dari tanah air tercinta kita.  InsyaAllah.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan