Sabtu, 4 Jun 2011

CUMA BAHASA YANG KU SENTUH

Rasanya ku perlu jelaskan yang sentuhan yg ku buat terhadap drama bersiri Nora Elena tempoh hari adalah sentuhan mengenai sari katanya semata2. Ku hanya naik bengang bila Bahasa Melayu (Bahasa Ibunda ku) atau Bahasa Inggeris (Bahasa asing yg kuminati) disalah pakai.

Pada ku kualiti drama Nora Elena itu sendiri boleh dikatakan di kalangan yang terbaik di antara drama2 Melayu. Kebelakangan ini memang terdapat beberapa drama Melayu yg kualitinya telah banyak meningkat jika dibandingkan dengan masa lalu. Contohnya siri Asmara dan Asmara2, Gemilang dan eberapa lagi. Mutu lakonan pun telah banyak meningkat, selain mutu penerbitan.

Ku minta ma'af kepada pihak TV3 jika banyak melontarkan kritikan terhadap penggunaan dan penyebutan (pronunciation) bahasa terutamanya. Pada ku banyak lagi perlu diambil prihatin supaya kualiti meningkat, bukan merosot.

Satu lagi contoh yg ku perhatikan baru-baru ini ialah penggunaan atau pemilihan terminologi. Pada ku sebarang perkataan yg digunakan patut mengikut terminologi yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Baru-baru ini dalam Buletin Utama TV3, penyampai telah menggunakan perkataan 'eksplorasi' bagi Oil & Gas Exploration. Bukankah kita sudah ada perkataan untuk 'Exploration', iaitu 'Pencarigalian'? Kenapa kita mesti gunakan 'Eksplorasi'?

Di dalam sebutan bagi perkataan Bahasa Inggeris pun, semua stesen TV3 dan swasta suka sangat menyebut perkataan ala Amerika. Dua tiga hari lepas, Azwaliza Azman atau Wawa dari  TV3 misalnya menyebut perkataan 'Commander' dengan slanga Amerika .. yg berbunyi 'KomEnder'.  Wawa ni juga sering menyebut perkataan 'program' tanpa membunyikan huruf 'R"...yg membuatkan perkataan itu berbunyi 'pogram'. Namun ini tidak pula bermakna yang Wawa  penyampai berita yg tidak baik. Pembacaannya lancar, hanya beberapa perkataan. Ini kerja penerbit untuk prihatin dan memperkemaskan.

Azawaliza Azman
Padaku hanya seorang dua saja juruhebah/penyampai TV Melayu masakini yg sebutan Bahasa Inggerisnya mempunyai  'standard'. Salah seorang daripadanya ialah Ally Iskandar selain daripada pengacara sambilan Wardina Safiyyah. 

Ally Iskandar
Wardina Safiyyah
                                                   

                            
 Penerbit-penerbit di TV3 dan mana-mana stesen yg belum ku sentuh (akan ku sentuh Astro dan Bernama dan juga RTM kelak), jgn terlalu puas hati dengan kualiti yg ada. Perlu mengamalkan 'screening',  pemantauan dan kawalan  yg KETAT apabila berdepan dengan isu sebutan dan terminologi yg digunakan. Media, terutamanya media elektronik menjadi ikutan orang awam terutamanya anak muda. Bila media menunjukkan piawaian yg 'longgar', maka longgarlah piawaian di kalangan rakyat.Sebenarnya garisan kualiti ini terus kpd penerbit.. jika hasilnya tidak berkulaiti atau kurang berkualiti, bererti penerbitnya tak ada kualiti untuk mengawal/memantau editorial/penyampaian.

                                                 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan