Rabu, 20 Julai 2011

BAHASA NEGARA KU ADALAH BAHASA ..... ???


Hari ini ku terbaca satu 'posting'  dalam blog Perak Today, The Portal yg agak melenting dgn sikap pemimpin2 politik yg berketurunan Cina apabila pemimpin2 itu melenting kerana dan apabila ditegur  tentang kelemahan penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia yg berketurunan Cina.


"Polemik Bahasa Kebangsaan terutama di kalangan bukan Melayu di negara ini, seringkali berakhir dengan tuduhan kelemahan sistem pendidikan negara ini. Tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP setiap kali punca masalah lemahnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar serta generasi muda bukan Melayu diakibatkan oleh sekolah-sekolah vernakular, amat menyakitkan hati. Dan apabila perkara tersebut dipanjangkan, maka hampir kesemua pemimpin politik berbangsa Cina sama ada mereka dari MCA, GERAKAN apatah lagi DAP akan mengingatkan tentang undang-undang yang boleh memenjarakan seseorang yang cuba mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular dihapuskan dan digantikan dengan satu sistem pendidikan kebangsaan sahaja.

Prof. Dr.Teo Kok Seong yang mengetuai Fellow Kajian di Institut Dunia dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Bahasa Melayu seharusnya berada pada kedudukan lebih atas berbanding mana-mana bahasa lain yang digunakan di negara ini pada sepanjang masa."

Begitulah sedikit sebanyak bunyinya. Yang lebihnya boleh dibaca di sini:

Sila klik untuk ke 'Perak Today' 



Ku setuju, bukan ku tak bersetuju dgn apa yang diperkatakan di dalam portal tersebut. Cuma ku rasa pelik sedikit kenapa nama 'portal' atau blog orang yg menonjolkan perkara ini sendiri pun bukannya bernama Laman Perak Hari Ini, tetapi Perak Today, The Portal?

Kenapa guna Bahasa Inggeris, kalau benar2 orang Melayu (orang UMNO khususnya, sbb yg membuat teguran adalah blog milik org UMNO) sangat cinta kepada bahasa ibunda, Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu? (oh ya, ku lupa, sedangkan UMNO itu sendiri adalah singkatan dari Bahasa Inggeris).

Malu takut orang ingat kita tak tahu bercakap omputih ker?  Atau memang bahasa omputih tu lebih glamour,  lebih menunjukkan yg kita ni moden,  yg kita ni sophisticated,  yg kita lebih  international gitu? Atau yg kita ni ada English education,  bak kata Usop Wicha?

Kadang2 bila kita bercakap tentang orang lain, kita tak tengok diri kita dalam cermin. Sebenarnya ku mula2 baca rencana itu dalam  blog yg terkenal, yg bernama The Flying Kick -  yg juga patut menggunakan ungkapan Sepak Terbang sebagai nama blognya.

Heheh.  Jgn marah ek.. ku hanya menyatakan suatu,... err sesuatu  kenyataan.

Ok, now, back to the point in question...ahem..izinkan ku bertutur dlm bahasa Inggeris.

See?...even we 'orang Melayu' ourselves are doing that, so how do you expect others to love 'Bahasa Melayu'?

Tapi ku setuju dengan saranan bahawa kita rakyat Malaysia, tak kira dari kaum apa MESTI memartabatkan Bahasa Malaysia dan menggunakannya sebanyak mungkin, dan umum tahu,  Bahasa Malaysia ialah Bahasa Melayu, bukan Bahasa Mandarin, bukan Tamil, bukan Inggeris.

Cara memartabatkan Bahasa Malaysia pulak macam mana?

Ya, seperti yg ditunjukkan oleh ramai di kalangan rakyat Malaysia sekarang, terutamanya ahli-ahli politik.Jadi jika dikatakan yg mereka tidak memartabatkan Bahasa Malaysia, ku rasa itu kurang tepat, malah tidak tepat.

Ku cukup kagum dengan tahap & mutu penguasaan Bahasa Malaysia mereka ini:






 

Dan juga mereka ini:


Sedangkan dia ni pun bertutur dalam Bahasa Malaysia di Parlimen dll, 
walaupun tulang lidah sudah keras:








 ooops.... silap gambar.....

yg ku maksudkan dia nih.

>>>>>













Dia di bawah ni pulak ku tak tahu, sbb ku tak
pernah dengar dia bercakap ..















Tapi, yg MB ini memang perlu menjalani kursus untuk bertutur
Bahasa Malaysia dgn betul, kalau belum terlambat..













GULA-GULA DARI KU


Sudah tiba masanya kita wujudkan sekolah-sekolah  SATU aliran bahasa,  Bahasa Negara Malaysia. 

Sudah tiba juga masanya kita perkayakan anak2 kita dengan bahasa2 Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil dan bahasa2 tempatan seperti Iban, Dusun dll - Bahasa Inggeris untuk sentiasa berada seiringan dgn kemajuan & perkembangan antarabangsa (diwajibkan lulus dgn kredit di sekolah2 & universiti), Bahasa Arab untuk tujuan mendalami agama Islam. Mandarin untuk perdagangan, Tamil dll untuk mengenali satu sama lain dgn lebih intim... 

Sudah tiba juga masanya pemimpin-pemimpin negara, apabila melawat negara2 lain secara rasmi atau menerima pelawat2 negara lain secara rasmi, menggunakan BAHASA NEGARA MALAYSIA sebagai bahasa utama di dalam ucapan mereka. Lepas dah cakap lama sikit, kalau nak tambah bahasa Inggeris atau lain2 tambahlah.  Tetapi, Bahasa Malaysia perlu diletak di tempat yg sepatutnya, sebagai Bahasa Negara kita.

Isnin, 18 Julai 2011

AL-FATIHAH


YB Hjh Dr Lo'Lo' Datuk Hj Mohd Ghazali,  
Ahli Parlimen Titiwangsa, telah kembali ke Rahmatullah 
pada pukul 10.13 mlm Ahad 17 Julai 2011, setelah mengidap kanser.


Ucapan takziah kpd keluarga 
dan rakan2 Allahyarham dalam PAS. 
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat 
ke atas roh Allahyarham.

Ahad, 17 Julai 2011

WELL SAID, TAN SRI RAHIM NOOR!

Ku sangat terharu & teruja membaca 'Wawancara' (Mingguan Malaysia hari ini 17 Julai 2011) bertajuk 'Awas ada tangan tersembunyi' bersama mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.  Ya, yang diketahui ramai telah melebamkan mata Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Tan Sri Rahim telah mengaku mmg dia melakukannya dan telahpun menerima tindakan undang2 & tata tertib. Itu sejarah.

Ramai daripada penyokong muda Anwar masakini,  yg memekik-mekikkan 'lawan tetap lawan!' & 'bersih' di belakang Anwar & Ambiga, yg rata2 berumur dlm lingkungan 20 -27 tahun, ketika itu baru berumur 7 -14 tahun - Too young to know much about the world.

Dan ceritera yg mereka 'pungut' tentang peristiwa itu adalah cerita sebelah pihak - cerita 'hero aku mangsa kezaliman'.  Ramai yg dewasa ketika itu, kini sudah matang & 'sedarkan dunia' & sudahpun meninggalkan Anwar, termasuklah pemimpin2 kanan PKR, kecuali yg tegar, yg memilih untuk terus kekal buta atau ahli-ahli  parti politik yg bersekongkol dgn PKR, dan alat2 Ambiga & geng,  yg bersekongkol di sebalik slogan  'hak asasi manusia'.. 'agama & idiologi'  baru mereka.





Bagi mereka yang percaya dengan fitnah2 dan tohmahan2 penyokong2 Anwar, Tan Sri Rahim  (kiri)  ini sudah  lumpuh, sudah cacat, sudah menerima padah akibat melebamkan mata  'Anugerah Tuhan' mereka. Beliau dicerca, dimaki dihamun (di belakang beliau) di dalam ceramah2 politik dan 'agama'.

Ku sendiri menyangkakan (kerana pernah percaya dgn tohmahan mereka), Tan Sri Rahim dah 'kecut', tak berani bersuara lagi, menyembunyikan diri di balik tirai, berkerusi roda, a living vegetable. A person who shuns society. 

Sekarang lihat dan dengar lah sendiri betapa masih segar & mekarnya Tan Sri Rahim,  menyuarakan pandangannya. Alhamdulillah. 


Ku muatkan di sini beberapa petikan dari wawancara tersebut, untuk tatapan pembaca budiman:

>>   "Ahli-ahli politik silap langkah dan mudah terperangkap. Kita ingat kita pergunakan orang tengok-tengok kita dipergunakan orang malah lebih daripada kita mempergunakan orang itu."

>>  " Mereka tidak membaca sepenuhnya Perlembagaan. Sesudah Perlembagaan berkata mengenai hak bersuara dan hak berhimpun, tidak jauh daripada peruntukan itu Perlembagaan menyebut pula bagaimanapun Perlembagaan membenarkan undang-undang digubal demi menjamin keselamatan ketenteraman awam. 
      Mereka bising polis tidak bagi permit untuk berhimpun tetapi mereka senyapkan peruntukan Perlembagaan yang secara terang-terangan mahu menjaga ketenteraman awam. Polis melaksanakan keputusan berdasarkan undang-undang dan jika mereka tidak bersetuju maka pergi ke Parlimen buang undang-undang ini."

>> "Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang 'faceless' dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak sedar untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit

  Saya bimbang orang tempatan yang digunakan akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi  yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma akhirnya mereka yang kena. Jadi saya bimbang kelompok ini akibat terlalu ghairah mereka tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihanraya dengan tangan-tangan tersembunyi itu. Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media antarabangsa. sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand  itu jika kita betul-betul mahu lihat. Isu ini tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini."

>> "Berbalik kepada isu Jakarta, saya ingin bertanya kumpulan-kumpulan yang bercakap soal hak asasi seperti Ambiga, separuh Ambiga atau tiga suku Ambiga, di mana anda ketika bendera kita dipijak dan dibakar. Di mana mereka ketika kedutaan kita (yang merupakan simbol negara) dilempar dengan najis dan pagarnya dirempuh, jika mereka benar-benar sayangkan negara tidak kira baik atau buruk"

>> "Wahai orang Melayu dan orang Islam, tidakkah anda lihat ulama seperti ini yang mengkafirkan orang lain. Bagi saya mereka seolah-olah ibu dan bapa kafir. Nabi Muhammad SAW mempunyai bapa saudara yang sehingga akhir hayat tidak memeluk Islam tetapi Baginda tidak pernah bercakap soal kafir jauh sekali menghina mereka. 
        Saya nak tegaskan kepada orang Melayu dan orang Islam di negara ini, dalam politik terutama kepimpinan yang buat dasar, jangan lupa ada kalanya keretapi tergelincir, maknanya dia terlalu kuat nafsunya untuk mencapai kuasa sehingga menghalalkan cara sehingga tergamak memecah-belahkan perpaduan dan penyatuan. Apa punya ketua dan kepimpinan seperti ini?"

>> "NGO-NGO itu mempunyai kepentingan masing-masing dan mengizinkan diri mereka digunakan oleh kuasa tertentu. Saya ambil contoh bekas Presiden Iraq yang digunakan oleh AS secara terang-terangan untuk mewujudkan permusuhan dengan Iran.  Ini kerana AS yang satu ketika begitu rapat dengan Shah Iran tidak dapat menerima republik Islam di bawah Ayatollah Khomeini dan mengetahui Iraq sendiri ada pertentangan dengan Iran maka AS menggunakan kesempatan tersebut. AS menyalurkan kewangan yang bukan sedikit kepada Saddam untuk menggugat penubuhan republik Islam Iran yang baru. Kita tengok apa terjadi? Akhirnya tercetus perang Iraq-Iran berlarutan sehingga 10 tahun yang akhirnya membawa kepada kemusnahan Iraq dan Saddam itu sendiri. Ini adalah contoh terbaik. Anwar digunakan oleh AS yang menggunakan NGO (sila lihat catitan/posting blog ini bertajuk 'Siapa dalang di belakang BERSIH')     tertentu untuk mendalangi aktiviti mereka sebab itu apabila berlaku sesuatu mereka akan bertindak pantas memberi sokongan kepada Anwar. Anwar sendiri begitu bijak meletak dan mempromosi dirinya di mata dunia sehingga dianggap penyelamat. Kita lihat bagaimana tulisan memuji Anwar terpampang di majalah barat seperti TIME magazine sedangkan kita tidak pula mengkaji latar belakang si penulis."



GULA-GULA INI BUKAN DARI KU
JGN HAMPIRI, JGN MAKAN, KITA BAKOR JER!





Khamis, 14 Julai 2011

KRONOLOGI EPISOD 'BERSIH' YG KOTOR

Ku malas nak ckp banyak tentang insan sorang nih. Membosankan. Menjelikkan. Dulu pernah ku respect seketika, tetapi setelah mengetahui siapa dia sebenarnya, ku sudah hilang respect.

Sandiwara demi sandiwara, drama demi drama, kalau dengar cerita dia, dia sentiasa jadi mangsa. Mentaliti 'aku mangsa' ini adalah satu penyakit yg timbul dari "aku tak pernah salah, kalau aku salah pun aku tetap betul - lawan tetap lawan!''

Ini lah mentaliti yg menjadi idaman sesetengah anak muda Melayu pengikut setia 'semangat' nya. Pada mereka kalau dia salah pun dia betul.

Betapa ruginya tenaga fikiran dan emosi muda ditumpukan kepada 'prinsip'  begini rupa.


GULA-GULA DARI KU


 
Ku berdo'a kepada Allah Subhanahuwata'ala semoga  pengikut-pengikutnya akhirnya akan tahu & sedar jua kelak belang sebenar Anwar Ibrahim. Amin.


 Sila klik untuk sumber & laporan penuh


















Isnin, 11 Julai 2011

RAMADHAN & CABARAN 'BERSIH DIRI' BAGI POLITIKUS MELAYU (MUSLIM)

Tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut bulan puasa. Ramadhan al Mubarak. Tak sedar masa berlalu kan? Tak sedar juga yg umur semakin meningkat, semakin tua. Ajal tidak memilih usia.

Ketibaan ajal tidak memilih siapa kita di persada dunia. raja kah kita, perdana menteri kah kita, menteri kah kita, wakil rakyat kah kita, ulama’ kah kita, pegawai tinggi kah kita, jutawan kah kita, fakir miskin kah kita, tua kah kita & muda kah kita.

Ku bertanya kpd diri ku, apa kah yg telah ku pelajari dari amalan satu bulan dlm setahun, yg berlaku tahun demi tahun itu?

Sepatutnya kita mempelajari sesuatu, malah lebih dari sesuatu. Dan sepatutnya ia memberi kesan kepada proses kematangan kita sebagai seorang insan.

Adakah fahaman ku tentang berpuasa masih berada di tahap tadika sama seperti semasa ku mula berpuasa ketika berumur 7 tahun dulu ataupun ku sudah mencapai tahap ‘sekolah tinggi’ atau ‘universiti’? Takkan stagnant tak bergerak-gerak kot kan, takat pi mai pi mai tang tu jugak, kan?  Begitu jugak dgn fahaman solat ku.

Masa ku kecil2 dulu, ku selalu dengar ustaz sekolah rendah  berkata: “Antara lain manfaat berpuasa itu ialah supaya kita tahu bagaimana rasanya orang miskin menderita tak makan.”

Ku tanya balik kpd ustaz ku “jadi ustaz, kalau begitu orang miskin tak payah puasa lah. Sbb dia tau benar mcm mana seksanya tak makan & tak minum.”


Melenting ustaz ku..”Ishh kamu ni, memain-mainkan ugama pulak.”

Begitulah reaksi org yg kita panggil ustaz (cikgu) masa dulu2. Kita harapkan lebih dari itu jawapan darinya, sbb apa yg kita tanya tu ada logiknya, kan?   

Rupanya, bila ku ingat2 balik, mmg dia pun tak tahu mcm mana nak jawab.  Pada dia itu satu perintah Tuhan. Rukun Islam yg ke 4.  Full stop.  So, just follow la, don’t ask too many questions. Ikut dapat masuk syurga, tak ikut masuk neraka. Very simple.  Ikut dapat pahala. Tak ikut dapat dosa. Very simplistic. Jadi, bak kata org Perak, bertoho ler kamu. Bio perut tu lapo. Lepeh tu, masa berbuka karang bante ler sehingga yg lalu diisi dlm perut.

Tapi, nama lagi peringkat tadika kan? Step by step la kan? Jadi, lama kelamaan, tahun demi tahun kita tahu yg selain tak makan dan tak minum dan larangan2 lain ketika berpuasa  kita juga berpuasa dari mengutuk orang, memaki hamun dll kelakuan yg terkeji dan tercela, yg tidak disukai oleh Allah.

Sebab hakikat berpuasa itu sendiri bererti, tidak berhenti-henti mengingati Allah (sampai tak mkn dan tak minum), maka dgn sendiri lah sepatutnya, sifat2 mazmumah (yg buruk dan tercela) itu lerai & lucut.

Ya, kelakuan ini sepatutnya follows naturally berikutan dgn menunaikan ibadat puasa. 

Maknanya dgn tersendirinya, insyaAllah, apabila kita berpuasa, maka semua sifat2 negatif (sbb kita sentiasa menghadirkan jiwa raga kita kepada Allah)  dan sifat2 yg tercela itu pun ikut terhakis, tahun demi tahun. 

Sepatutnya ibadat sebulan itu membentuk peribadi kita, menjadikan kita lebih tawadu’ atau humble sepanjang tahun, dan sepanjang tahun berikutnya dan berikutnya dan berikutnya sampai kita mati. Sepatutnya begitu lah. 

Alangkah indahnya pemberian Allah kepada kita kan?..kerana Dia Maha Penyayang. Dia hendak kita jadi baik, Sbb kita lahir di dunia ini dalam keadaan baik. Putih bersih.  Tapi akibat tarikan hawa nafsu, lama-kelamaan jiwa kita semakin kotor. Tapi DIA bekalkan kita cara dan jalan untuk kita kembali bersih.   Dan semua ini melalui wahyu yg disampaikan kpd Rasulullah S.A.W. – untuk kita, umat Muhammad. 

Rasa nak menangis pulak rasanya. Sebak kan?

Jadi bagaimana kah kesan dari ibadat puasa itu kpd diri kita sendiri, individually? Kerana berpuasa itu adalah satu ibadat. Ia bukan satu budaya, ia bukan satu tradisi, ia bukan satu ikut-ikutan.

It is a form of worshipping the Almighty Creator of All.  Ia satu proses penyucian jiwa.  Yes, it is a process of cleansing our soul., our hearts of hearts.

Ia juga proses penyucian jasmani. Sbb kita ada rohani (the soul, the invisible) dan kita ada jasmani (the physical, the visible).

Jika betul kita telah berpuasa dgn betul,  maka se tahun demi setahun kita sepatutnya semakin tunduk kepada Yang Maha Pencipta, semakin tawadhu’/ humble,  semakin sedar siapa diri kita, dari mana datangnya kita, di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi selepas ini.

DAN sudah semestinya jika kita berpuasa dgn betul, kita sentiasa menjalin hubungan kasih mesra (silaturrahim) sesama Muslim dan sesama manusia sejagat. Dan ia harus lahir dari hati sanubari yg bersih kesan dari beribadat puasa.

                                                                                       
Jalinan silaturrahim (kasih syg) sentiasa atau berkala?

Begini kah iftar tuntutan Ramadhan?
                                                                                           
Satu jumaah


Jika tidak, maka bererti kita belum lulus tadika.  Kalau tadika pun kita belum lulus, layak kah kita jadi pemimpin Islam? 

Layak kah kita berucap berpidato bagaikan nak rak, seolah2 kita lah yg paling terer, takda siapa lagi dan kita & kelompok kita lah yg perlu dijadikan ikutan?

Dan layak kah kita menegakkan undang-undang Islam dan Negara Islam?  

Sebab itu, kadang2 nafsu rendah ku ini sangat disillusioned atau kecewa dan hampa dgn mereka yg digelar ulama, kerana mereka terlalu menghina Islam & hanya bertopengkan Islam. Terutamanya ulama yg menggelumangkan diri dalam kancah politik kepartian, mencaci dan mengutuk, menyemai kebencian sesama Muslim,  semata-mata untuk memancing undi politik duniawi, kerana dahagakan kuasa, kononnya untuk menegakkan Islam. Ku tak respect langsung, walaupun mereka ni berserban setinggi gunung, dan petah berbahasa Arab, memetik ayat-ayat suci Al Qur'an dan hadith, tapi mengamalkan kekotoran. Dah tu degil & bodoh sombong plak tu. Rasa pandai, tapi sebenarnya tak pandai.

Boleh kah Negara Islam diwujudkan, jika  keimanan yg terbit dari keIslaman itu sendiri tidak wujud dalam diri orang yg hendak menegakkannya?
Hanya kulit yg wujud dan kulit boleh bersalin.  Malahan, untuk menegakkan 'Negara Berkebajikan' sekali pun dia tak layak. Hanya layak pada kulit. Pada cerita. Pada theory. Pada memikat tanggapan luaran org yg cetek.

Dan kekecewaan ku tidak terhad kepada mereka tetapi juga kepada semua pemimpin2 yg beragama Islam  di Negara ku yg tercinta ini.

Belajar lah dari kesilapan. Belajar lah dari kekalahan. Kalau ingin sangat menghapuskan rasuah, diri sendiri tu harus dihakis dan dikikis dari sebarang keinginan untuk menjadi kaya raya dari kerana  kedudukan mu, dari kerana kaitan mu,  yg kau perolehi dan nikmati dari kerana amanat yg diberikan oleh rakyat yg mengundi kamu & mempercayai kamu. 

 Tapi nampaknya pada hemat ku..ramai yg masih di peringkat tadika. Tadika budak-budak yg kurang diajar di rumah tentang erti 'amanah'. Maka tunggulah datangnya kekalahan.

Ooops..lasernya mulut ku..terlebih sudah..


Sama lah dgn diri ku juga. Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, setiap kali  kita tunjuk satu jari kat orang lain, empat jari hendaklah ditunjuk kpd diri kita sendiri.   


  
GULA-GULA DARI KU

Teringin benar ku nak tgk di bulan Ramadhan kelak, ahli-ahli politik kita terutamanya baik yg di sebelah sini atau sebelah sana, yg  di sebelah sana atau di sebelah sini, yg sama-sama menganut  agama yg bernama Islam, sama ada sejak lahir ataupun dipeluk kemudian, menjalinkan sillaturrahim dan melucutkan serakah politik, iaitu loba, rakus & ketamakan politik duniawi dan yg datang seiring dgnnya.

Mampukah mereka mengamalkan itu selama sebulan dalam setahun moga-moga insyaAllah tahun demi tahun dan sepanjang tahun mereka menjadi manusia Muslim dan Mukmin yg layak menjadi & dijadikan ikutan dan teladan kpd rakyat biasa seperti ku, untuk kesejahteraan ummah dan Negara dan generasi akan datang?  

Let me be specific: Ku cabar  pemimpin2 PAS dan UMNO. (PKR, I don’t really bother, because they are a bit, not a bit, but a lot, lost).

Semalam ku ada dengar Perdana Menteri Najib Tun Razak menyeru  ‘silent majority’ (majoriti yg senyap) supaya bersatu dan berpadu di dalam BN supaya memastikan kemenangan. Ku tak kata apa yg Najib kata tu tak betul  Memang itu sesuatu yg baik.

TETAPI alangkah baiknya jika para Muslimin, terutamanya org Melayu, berpadu. Jika Allahyarham Tun Abdul Razak boleh menyepadukan begitu banyak parti politik yg berlainan teras dalam satu barisan yg dipanggil BARISAN NASIONAL, ku juga berdo’a agar anak Allahyarham mampu menyepadukan para Muslimin/Melayu dalam satu BARISAN MUSLIMIN within  the  BN. 

Ia bukan mustahil. Ia juga tidak mustahil bagi pemimpin PAS lakukan. Where there is a will there is a way, bak kata pepatah Inggeris.


Tapi kalau mereka ni masih di tadika, masih nak berkecamuk, kutuk mengutuk, cerca mencerca maka tunggu lah masa dan ketikanya - someone else will take over.  Bersedialah untuk menjadi alat sepenuh masa (sbb sekarang pun dua2 dah jadi alat). 

Cuma, jangan salahkan Allah pulak nanti ek.  Sbb, kita sebagai orang Islam wajib percaya kepada Rukun Iman yg ke 6 - qada' & qadar.   

Sabtu, 9 Julai 2011

MANUSIA JENIS MENZALIMI DIRI SENDIRI

Tanyalah mereka yg berhimpun di Kuala Lumpur tadi apa yg mereka perjuangkan. Hampir 3/4 tak tahu... kabur... hanya seronok melayani semangat dan 'romance' perjuangan yg tidak tentu fokus dan matlamat. Ia boleh berlaku di mana-mana. Dan di negara2 mana pun memang ada segelintir manusia jenis ini... jenis kaki berdemonstrasi..

Yg berlaku di sini ni akibat apa?   Akibat terlalu dizalimi ker? Siapa yg menzalimi mereka? Tanyalah majoriti rakyat Malaysia. Adakah kita dizalimi? Adakah kita tidak bebas dalam gerak geri kita saban hari? Sentiasa dikejar polis, sentiasa ditekan dan dikasari? Tak boleh bersuara?  Umum tahu itu semua adalah dongeng.  But, of course, when you look for trouble for nothing, what you get is always trouble. Sbb itu yg dicari, maka itulah yg didapati.


Begitu lah qada' dan qadar Allah. Percaya kpd qada' dan qadar Allah adalah Rukun Iman yg ke 6. Jika tak percaya kpdnya maka, tak beriman namanya. Dan percaya bukan sekadar di lidah untuk dihafal.. tapi di dalam lubuk hati sanubari.

For each & every one of your action,   you get an equal degree of reaction.  Setiap tindakan akan dibalas oleh  akibat yg setimpal.  Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala-galanya ..walaupun sebesar zarrah.

Siapa yg menzalimi?...Diri sendiri yg menzalimi diri sendiri. Sbb semua tahu yg Malaysia bukan Mesir, Malaysia bukan Tunisia, Malaysia bukan Syria, Malaysia bukan Yemen & Malaysia bukan Libya. Tak ada 'one man rule' kat sini. Tak mcm PKR, tak mcm DAP. Heheh. Sempat jugak ku selitkan.

Pak-pak & Mak-mak turut dgn perjuangan mereka yg terumbang ambing

Itu lah akibatnya kalau terlalu mengikut darah muda dan terlalu menyanjung dan taksub terhadap mereka yg tak layak disanjungi dan ditaksubi.

Jadi, mana memorandum yg nak diserahkan? Bukankah itu tujuan asal? Bukan kah itu perjuangan, itu yg menjadi tunjang 'Bersih'? Atau  memadai dgn memekik-mekikkannya di jalan raya?  Jawabnya.. memorandum itu hanya satu alasan.. matlamat utama ialah?   ya, memekik. To attract publicity..for whom??? Ya, untuk meraih publisiti untuk?  Ya,  untuk Ambigaa, Anwar Ibrahim dan kunco2 mereka. And bad publicity for Malaysia. Murni kan?...

Ia tak jauh bezanya dgn perjuangan 'Negara Islam' sebuah parti politik. Yang disambut dgn laungan 'takbirrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!' setiap kali air liur2 pemimpin mereka memercik2 ke muka2 mereka, dek punya nak menegakkan hukum hudud.

Perjuangan yg telah digugurkan, semudah melucutkan seluar dalam ketika tak tahan2  nak terkencing.

Akhirnya mereka memberi 'kebajikan' kepada rakan mereka dalam pakatan yg claim diri mereka pakatan 'rakyat'. 'Kebajikan' mereka ialah, meninggalkan cita2 Negara Islam (mungkin juga kerana sedar yang memang mereka tak layak pun menegakkan negara Islam, in the first place. So, a convenient excuse. Dah terlalu berat untuk dipikul &  tak semudah memercikkan air liur).

Dan ku tak kata pun UMNO/BN layak. Korang orang2  UMNO/BN jgn nak perasan plak. Heheh. Tapi sekurang2nya korang tahu kemampuan diri.

Kalau setakat 'solat' di tepi jalan mcm ini, dgn jiwa entah ke mana.  Adakah  jiwa mereka 100% zahirun wabatinun hudhurilqalbi ma Allah (100% zahir & batin hadir qalbu berserta dgn Allah semata-mata)?  Yang jadi 'tuhan' mereka ketika itu adalah 'Bersih' pimpinan Ambiga.

Negara Islam apa? Kulit Islam pun tak ada pada hemat ku.



 
Akhirnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.


 Hero filem Tamil (kanan) & Heroine nya, Dewi Ambigaa 








Kenapa hero filem Tamil di atas pakai baju Rumah Ahmad Shah MCKK? 

Baju 'Bersih' mana? Abang kawan ku seorang  bekas pelajar MCKK. Dia kata dia tak restui Hero Tamil tu pakai baju sekolah dia untuk perhimpunan haram. Ku jawab satu jer.. "Sedangkan guna nama 'rakyat'  lagi dia tak mintak  izin majoriti rakyat, ini kan pulak guna t-shirt sekolah mu."   Adakah dia claim dia mewakili semua budak MCKK?  Kawan ku kata .. "Cett..Podah!"

Sebenaqnya dia tak sanggup pakai baju dgn perkataan 'bersih' tu. Jadi dia berselindung di belakang sekolah. 

GULA-GULA DARI KU

Ku jangka 'perhimpunan bersih' ini adalah kemuncak, climax  'kempen pilihanraya' buat mereka ini, sebelum tarikh pilihanraya diumumkan. Tidak ada modal lagi. Rakyat dah bosan, dan mereka pun tahu.

Lagipun mereka sudah berkempen tiap-tiap hari sebelum ini. Malah perjuangan mereka hanya untuk itu - berkempen menentang. Untuk pilihanraya.  Itu saja. 

Najib Tun Razak nampaknya terus dengan program2nya memperbaiki keadaan dalam partinya dan melancarkan berbagai2 projek bagi menyenangkan lagi  rakyat 1Malaysia. 'Stim' dia untuk tujuan ini pada pandangan ku cukup kuat dan tegas, malah makin bersemarak. Itu sesuatu yg positif. Lantak lah org nak kata apa dia nampaknya tetap tabah dan yakin. Dan dia pun tak cakap banyak membidas kumpulan2 yg  tak bersyukur ini. 

Ku hanya sekadar pemerhati. Bila masa tiba untuk mengundi, I will pick the best team. InsyaAllah.  

Khamis, 7 Julai 2011

ANTARA 'SANTAI' NYA DEMONSTRASI DAN BAHASA DI SANTAI

Ok la...cukup la  cerita tentang 'Bersih'  - menjemukan kan?

(Asyik politik jer kan?  Bikin tension (tegang) jer kepala kita, kan? Bila dah tension, tu yg jadi marah, bila marah, tu yg boleh mengamuk.  Dulu dah menang banyak undi, banyak dari yg mereka sendiri sangkakan, pun masih tak bersyukur. Melawan takdir Allah namanya tu. What? They think they could have done much better?  Its the SPR that made them not win all the seats? Ku tak kata UMNO/BN tu bagus sgt, tapi ada tak UMNO/BN  salahkan SPR  bila dia hilang 5 negeri dlm PRU12? 

Demokrasi apa yg mereka tuntut?  Itu Demo Amuk namanya. (Pada ku itu Demo Bodo).

Mana maunya perhimpunan/demonstrasi mcm tu berlaku dlm suasana aman tenteram seperti yg mereka katakan?  Mana maunya ia berlaku dalam suasana santai, sambil bersiul-siulan di jalan raya menghantar memorandum dgn tuntutan-tuntutan begitu. Yg ku tahu satu jer, seperti biasa, yg ramai kelak, baik di jalanan atau di stadium ialah org Melayu/Islam. Org lain hanya segelintir, kebanyakannya hanya bertepuk tangan di rumah - clap clap clap.  Nak serahkan memo tu hanya alasan, hanya sebagai cover & tactic untuk menaikkan semangat menjelang PRU13. Tak caya tanya Nik Aziz, dia kat Mekah sekarang, takkan ulama tinggi mcm dia tak ada khasyaf... heheh.

Org2 Melayu yg mengembikk di belakang Ambiga 2007

Ok lah..biarlah mereka bersiul-siulan di stadium Sabtu ini. Entah 'bersih' apa yg mereka hebohkan pun ku tak tahu. ) 


Meh, mari kita BERSIH kan penguasaan bahasa. Bahasa Inggeris di Santai jadi contoh ku kali ini.

Apa la yg si HalwaGula ckp ni kan?  Mungkin pembaca budiman tertanya2 dan berasa pelik.

Ok la, siapa pernah makan kat Santai?

Yup, Santai Restaurant ... kat TTDI ada, kat TESCO Mutiara Damansara pun ada, kat Ampang pun ada.

Ku tak ada apa2 problem dgn sajian dan servis kat  restoran ni. Mmg lazat-lazat belaka apa yg disaji kat Santai. Makanan ala Thai. Yumm. Berkualiti & bersih.  Tambah2 pula kalau masa bulan puasa, ais kacang dia best. Nasi Lemak dia masa waktu pagi mcm yg terdapat kat outlet di TTDI pun best. Simple, yet delicious.

CUMA, heheh... mata ku yg nakal, yg rajin 'menangkap' penyalahgunaan bahasa ni tertawan oleh satu ungkapan dalam Bahasa Inggeris yang 'disajikan' oleh pihak pengurusan Santai .  Ia satu frasa yg 'catchy'. Malangnya, nahu atau grammar nya salah.

Ini dia, yg sempat ku snap snap dgn kamera hp ku, masa makan kat outlet dia di Tesco, Mutiara Damansara.



Siapa dpt spot grammar yg salah kat  situ?

Ya, sepatutnya ia berbunyi 'The place that serveS fresh from the 'WOK''

Ya, the noun (kata nama) 'place' is singular, so the verb (perbuatan) 'serve' that supports the noun should have an 'S' at its tail.  Itu lah undang2  grammar. Ini dinamakan singular verb.   Kalau the noun is plural, iaitu 'places', maka the supporting verb barulah berbunyi dan dieja sebagai 'serve', tanpa 'S'. Ini dinamakan  plural verb.

Jadi, lagi sekali, ungkapan yg betul ialah: SANTAI, the place that serves fresh from the 'WOK'. 

Tapi kalau pihak pengurusan Santai mintak tolong ku buatkan ungkapan atau tagline bagi mereka, ku akan buat begini:  SANTAI - We serve food fresh from the 'WOK'.    Plural verb memainkan peranan di sini. Dalam ayat ini, perkataan 'we' atau 'kami' menunjukkan lebih dari satu (plural), jadi perbuatan  (verb) 'serve' itu tidak ada 's' di hujungnya.  (Bayangkan betapa janggal, jelik dan  salahnya jika disebut 'We serves').


Kata2 nama ' I ' & 'You' pun tak boleh  diikuti dengan 'serves' walaupun kata-kata nama itu adalah  'singular' (satu). Jadi ungkapan 'I serves' dan 'You serves' adalah salah. Yg betul ialah 'I serve' & 'You serve'.

Bagi kata2 nama  'He' (Dia lelaki) dan 'She' (Dia perempuan), ungkapan yg betul ialah 'He serves' dan  'She serves'.

Bagaimana pulak dgn 'they' atau 'mereka' - 'They serve' adalah yg tepat.

Dlm kes perkataan 'It' (benda itu), ungkapan yg betul ialah 'It serves'.

Bagi orang atau orang2 tertentu pulak, inilah yg betul >> 'Encik Ahmad serves'; 'Encik Ahmad and Puan Lim serve.' 

Mmg mengelirukan kan? 

Jadi bagi adik2 yg membaca ini, selalu-selalu lah membaca novel, menulis karangan (essay)  atau merujuk buku2 grammar untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Kita belajar dari kesilapan. Kalau tak buat silap tak belajar kan?  Cewah..mcm cikgu pulak ku ni.

Di dalam internet ni pun ada banyak bahan2 rujukan. Ku berikan di bawah  2 pautan yg agak ringkas, untuk dijadikan rujukan. Anda boleh cari lagi dgn meng'google' 'Singular and Plural verbs'.

SILA KLIK BAGI PAUTAN KE: 'WHEN TO ADD 'S' TO A VERB'




SILA KLIK BAGI PAUTAN KE: 'SINGULAR & PLURAL VERBS'

 
 
GULA-GULA DARI KU

Salah dia sikit sgt, hanya satu huruf, tapi kesannya kepada pencemaran bahasa sgt besar, sbb seperti yg ku katakan  dlm blog ini sebelum ini, bahasa menjadi ikutan dan penggunaan bahasa yg betul membantu usaha memperbaiki kualiti bahasa di kalangan org ramai, terutamanya org2 muda. Nasihat ku hanya satu. Jgn buat andaian Bahasa Inggeris kita betul kalau kita tak begitu pasti. Bertanya dulu, sebelum buat papan tanda. Kalau tidak pun, kenapa tak guna dan daulatkan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia? Kan ke Restoran  Santai tu Melayu yg punya? Dan lagi satu, perkataan 'WOK' tu Bahasa Cina. Kenapa tak gunakan perkataan KUALI  saja?