Sabtu, 9 Julai 2011

MANUSIA JENIS MENZALIMI DIRI SENDIRI

Tanyalah mereka yg berhimpun di Kuala Lumpur tadi apa yg mereka perjuangkan. Hampir 3/4 tak tahu... kabur... hanya seronok melayani semangat dan 'romance' perjuangan yg tidak tentu fokus dan matlamat. Ia boleh berlaku di mana-mana. Dan di negara2 mana pun memang ada segelintir manusia jenis ini... jenis kaki berdemonstrasi..

Yg berlaku di sini ni akibat apa?   Akibat terlalu dizalimi ker? Siapa yg menzalimi mereka? Tanyalah majoriti rakyat Malaysia. Adakah kita dizalimi? Adakah kita tidak bebas dalam gerak geri kita saban hari? Sentiasa dikejar polis, sentiasa ditekan dan dikasari? Tak boleh bersuara?  Umum tahu itu semua adalah dongeng.  But, of course, when you look for trouble for nothing, what you get is always trouble. Sbb itu yg dicari, maka itulah yg didapati.


Begitu lah qada' dan qadar Allah. Percaya kpd qada' dan qadar Allah adalah Rukun Iman yg ke 6. Jika tak percaya kpdnya maka, tak beriman namanya. Dan percaya bukan sekadar di lidah untuk dihafal.. tapi di dalam lubuk hati sanubari.

For each & every one of your action,   you get an equal degree of reaction.  Setiap tindakan akan dibalas oleh  akibat yg setimpal.  Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala-galanya ..walaupun sebesar zarrah.

Siapa yg menzalimi?...Diri sendiri yg menzalimi diri sendiri. Sbb semua tahu yg Malaysia bukan Mesir, Malaysia bukan Tunisia, Malaysia bukan Syria, Malaysia bukan Yemen & Malaysia bukan Libya. Tak ada 'one man rule' kat sini. Tak mcm PKR, tak mcm DAP. Heheh. Sempat jugak ku selitkan.

Pak-pak & Mak-mak turut dgn perjuangan mereka yg terumbang ambing

Itu lah akibatnya kalau terlalu mengikut darah muda dan terlalu menyanjung dan taksub terhadap mereka yg tak layak disanjungi dan ditaksubi.

Jadi, mana memorandum yg nak diserahkan? Bukankah itu tujuan asal? Bukan kah itu perjuangan, itu yg menjadi tunjang 'Bersih'? Atau  memadai dgn memekik-mekikkannya di jalan raya?  Jawabnya.. memorandum itu hanya satu alasan.. matlamat utama ialah?   ya, memekik. To attract publicity..for whom??? Ya, untuk meraih publisiti untuk?  Ya,  untuk Ambigaa, Anwar Ibrahim dan kunco2 mereka. And bad publicity for Malaysia. Murni kan?...

Ia tak jauh bezanya dgn perjuangan 'Negara Islam' sebuah parti politik. Yang disambut dgn laungan 'takbirrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!' setiap kali air liur2 pemimpin mereka memercik2 ke muka2 mereka, dek punya nak menegakkan hukum hudud.

Perjuangan yg telah digugurkan, semudah melucutkan seluar dalam ketika tak tahan2  nak terkencing.

Akhirnya mereka memberi 'kebajikan' kepada rakan mereka dalam pakatan yg claim diri mereka pakatan 'rakyat'. 'Kebajikan' mereka ialah, meninggalkan cita2 Negara Islam (mungkin juga kerana sedar yang memang mereka tak layak pun menegakkan negara Islam, in the first place. So, a convenient excuse. Dah terlalu berat untuk dipikul &  tak semudah memercikkan air liur).

Dan ku tak kata pun UMNO/BN layak. Korang orang2  UMNO/BN jgn nak perasan plak. Heheh. Tapi sekurang2nya korang tahu kemampuan diri.

Kalau setakat 'solat' di tepi jalan mcm ini, dgn jiwa entah ke mana.  Adakah  jiwa mereka 100% zahirun wabatinun hudhurilqalbi ma Allah (100% zahir & batin hadir qalbu berserta dgn Allah semata-mata) Yang jadi 'tuhan' mereka ketika itu adalah 'Bersih' pimpinan Ambiga.

Negara Islam apa? Kulit Islam pun tak ada pada hemat ku.



 
Akhirnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.


 Hero filem Tamil (kanan) & Heroine nya, Dewi Ambigaa 








Kenapa hero filem Tamil di atas pakai baju Rumah Ahmad Shah MCKK? 

Baju 'Bersih' mana? Abang kawan ku seorang  bekas pelajar MCKK. Dia kata dia tak restui Hero Tamil tu pakai baju sekolah dia untuk perhimpunan haram. Ku jawab satu jer.. "Sedangkan guna nama 'rakyat'  lagi dia tak mintak  izin majoriti rakyat, ini kan pulak guna t-shirt sekolah mu."   Adakah dia claim dia mewakili semua budak MCKK?  Kawan ku kata .. "Cett..Podah!"

Sebenaqnya dia tak sanggup pakai baju dgn perkataan 'bersih' tu. Jadi dia berselindung di belakang sekolah. 

GULA-GULA DARI KU

Ku jangka 'perhimpunan bersih' ini adalah kemuncak, climax  'kempen pilihanraya' buat mereka ini, sebelum tarikh pilihanraya diumumkan. Tidak ada modal lagi. Rakyat dah bosan, dan mereka pun tahu.

Lagipun mereka sudah berkempen tiap-tiap hari sebelum ini. Malah perjuangan mereka hanya untuk itu - berkempen menentang. Untuk pilihanraya.  Itu saja. 

Najib Tun Razak nampaknya terus dengan program2nya memperbaiki keadaan dalam partinya dan melancarkan berbagai2 projek bagi menyenangkan lagi  rakyat 1Malaysia. 'Stim' dia untuk tujuan ini pada pandangan ku cukup kuat dan tegas, malah makin bersemarak. Itu sesuatu yg positif. Lantak lah org nak kata apa dia nampaknya tetap tabah dan yakin. Dan dia pun tak cakap banyak membidas kumpulan2 yg  tak bersyukur ini. 

Ku hanya sekadar pemerhati. Bila masa tiba untuk mengundi, I will pick the best team. InsyaAllah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan