Jumaat, 29 Julai 2011

AMANAH PENJAGA PARTI BUKAN PENGGANTI

Macam2 cerita ku baca, ekoran dari pelancaran AMANAH oleh Ku Li & kawan2. Ada yg kata Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR, ada yg kata Ku Li tak habis bercita2 nak jadi PM, ada yg kata orang2 PKR dah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim  jadi perlukan pemimpin baru dan Ku Li lah yg paling layak, macam2.

Walaupun pelancaran AMANAH tidak banyak mendapat liputan media, namun ku anggap ia satu tindakan yg  bijak & baik, yang positif, untuk UMNO.  Dan ku berpendapat ia ditubuhkan  untuk menjadi 'penjaga', peneliti, pengawas UMNO dan BN, bukan untuk membunuh UMNO dan BN.

Yang lucunya ramai blogger2 yg pro PAS/PKR/DAP tumpang se kaki dalam penubuhan AMANAH ni sbb masing2 tak mahu AMANAH menarik sokongan org2 yg selama ini terlalu fanatik kepada mereka. 

Sebab mereka (PR) hanya bergantung kepada para fanatik, org yg marah dan org yg 'frust' untuk menyokong mereka - Dan juga org yg suka buat gosip. They thrive on gossipers and the lovers of gossips among Malaysians. And there are many ... among the Malays, especially. 

Orang2 Melayu memang suka cerita humpat mengumpat ni.... hobby mereka.Tak kira berapa tinggi serban mereka 'memperjuangkan Islam.'

Mereka juga banyak disokong oleh 'prophets of doom', iaitu mereka yg tak suka pandang positif. Mereka cintakan negatif. 

Satu lagi kumpulan sasaran mereka ialah anak2 muda, yg darah tengah geram, yg penuh dgn idealisma, tetapi tidak berpijak di bumi yg nyata DAN tidak tahu sejarah.


Ya, undi untuk Malaysia!


Ku anggap NGO seperti AMANAH  sebagai satu kumpulan yg boleh meneguhkan lagi UMNO dan BN. UMNO perlukan 'suara dari dalam'  macam ini.

Dan walaupun  mereka yg menerajui AMANAH ini satu golongan yg tidak lagi DI DALAM TERAS UMNO dan BN Sentral masakini, NAMUN mereka  tetap cintakan perjuangan UMNO dan BN, maka ku anggap mereka boleh kukuhkan lagi UMNO dan BN, dengan saranan atau 'serangan' mereka, terutamanya dalam perkara2 yg berbau rasuah dan kronisme.

Pada masa yg sama,  ketaatan & kesetiaan mereka kepada GOP (Grand Old Party) Malaysia, UMNO dan BN tetap tidak goyah. Tetap terpahat di bumi dgn kukuh. Ini yg kita mahu. Kita tak mahu lagi serpihan2 mcm PKR atau Semangat 46 atau PAS sekali pun (sbb PAS itu serpihan dari UMNO asalnya).

We just want a clean UMNO/BN to lead a clean govt. >> For a clean MALAYSIA That's all. Track record UMNO/BN selaku kumpulan yg telah membawa keamanan dan kesejahteraan dalam bumi bertuah ini memang sudah terbukti.


Buktikan kpd generasi muda yg UMNO/BN bersih & kukuh!



Yang kita tak mahu sekarang ialah  pemimpin2 dan ahli2 UMNO hanyutkan diri  dan dihanyutkan oleh fenomena 'aku nak kuasa sbb aku nak kaya, aku nak duit' dari dalam dan dari luar UMNO/BN.  

Kita mahu mereka pimpin & perjuangkan tunjang asasi mereka seperti pada awal -  benar2 berjuang untuk negara & membela nasib rakyat. Itulah kekuatan UMNO/BN selama ini. Kembali kepada diri mu yg asal  demi agama & bangsa!

Incidentally, tentang berita Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR tu, ku anggap agak lucu jugak. Sedangkan Zaid sendiri pun dah keluar dari PKR, siapa lah dia yg nak pelawa?


GULA DARI KU
Ketaatan, kesetiaan, kecintaan kepada Raja & Negara - semua ciri2 ini adalah perjuangan UMNO sejak sebelum Merdeka lagi. Walaupun ku tak pernah bergiat dalam UMNO, walaupun ada cara orang2 ahli UMNO yg tidak ku sukai, namun, perjuangan dan teras parti itu sendiri, semangat permuafakatan BN itu sendiri adalah Malaysia. Itu lah Malaysia. 

 Ya, UMNO lah GOP Malaysia. Grand Old Party.  Is PR the alternative? Yang mempunyai ciri2 KENEGARAAN seperti UMNO?  Ku tak fikir begitu. Sedangkan prinsip dan perjuangan setiap komponen PR itu berlainan. Terdapatkah satu parti KENEGARAAN yg menjadi dominant force dalam PR seperti UMNO dalam BN?  Tidak ada.  Tapi mengapa pada pilihanraya yg lalu ramai yg pilih PR?  Sbb mereka merajuk, marah dgn orang UMNO, bukan parti UMNO. Jadi mereka tidak ada pilihan lain. 

Mahukah & sanggup kah  orang dalam UMNO terus membiarkan mereka yg cintakan perjuangan UMNO dan BN ini diheret oleh kumpulan2 manusia yg hanya cintakan pergaduhan?

Dan rela kah UMNO/BN membiarkan perjuangan mereka untuk negara & rakyat terlingkup oleh kerana kerakusan untuk wang ringgit kekayaan di kalangan mereka sendiri?

Buktikan kpd kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan