Sabtu, 23 Julai 2011

JOM SOKONG AMANAH!

AMANAH - SUARA BANTERAS RASUAH, KRONISME DAN KRISIS PERKAUMAN


"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman." 

Hari ini akhbar2 menyiarkan laporan pelancaran  sebuah NGO bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)  oleh presidennya Tengku Razaleigh Hamzah. Satu pasukan telah diumumkan, yg dianggotai antara lainnya oleh ramai bekas pemimpin BN termasuk bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan pengerusi MIC Datuk S Subramaniam dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kesemuanya menjadi timbalan kpd Ku Li.
 
Lain2 timbalan presiden ialah bekas pemimpin2 dari Sabah & Sarawak iaitu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas pemimpin PBB Datuk Seri Bujang Ulis dan bekas timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Seri Daniel Tajem.

Turut hadir di majlis tersebut ialah bekas ketua menteri Sabah Datuk Osu Sukam dan presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim.


Di dalam ucapannya dalam upacara berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman semalam, Ku Li menyatakan harapan Amanah akan membantu suara majoriti senyap didengar untuk membebaskan mereka dari cengkaman para manipulator politik yang menjadikan negara ini satu tebusan.


Katanya masanya sudah tiba yg mereka keluar menyuarakan untuk menghentikan kekecohan yg diwujudkan oleh individu2 & kumpulan2 yg mempunyai kepentingan politik dan ekonomi.

"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman," katanya, dan menambah bahawa tindakan harus diambil sebelum terlambat.


GULA DARI KU

Ku alu-alukan pelancaran AMANAH. Memang sudah tiba masanya. Majoriti yg senyap (ku salah seorang daripada mereka) tidak mahu diheret oleh pembangkang kerana  kami tidak yakin mereka cukup berwibawa mentadbir negara, tapi  pada masa yg sama tidak mahu dicucuk hidung mengikut saja mereka yg berkepentingan,  membuatkan kami serba salah seperti ditelan mati emak diluah mati bapa dan terus senyap dan melihat negara terus merudum.

 Jom, kita pakat tunjukkan sokongan kpd AMANAH ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan