Ahad, 17 Julai 2011

WELL SAID, TAN SRI RAHIM NOOR!

Ku sangat terharu & teruja membaca 'Wawancara' (Mingguan Malaysia hari ini 17 Julai 2011) bertajuk 'Awas ada tangan tersembunyi' bersama mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.  Ya, yang diketahui ramai telah melebamkan mata Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Tan Sri Rahim telah mengaku mmg dia melakukannya dan telahpun menerima tindakan undang2 & tata tertib. Itu sejarah.

Ramai daripada penyokong muda Anwar masakini,  yg memekik-mekikkan 'lawan tetap lawan!' & 'bersih' di belakang Anwar & Ambiga, yg rata2 berumur dlm lingkungan 20 -27 tahun, ketika itu baru berumur 7 -14 tahun - Too young to know much about the world.

Dan ceritera yg mereka 'pungut' tentang peristiwa itu adalah cerita sebelah pihak - cerita 'hero aku mangsa kezaliman'.  Ramai yg dewasa ketika itu, kini sudah matang & 'sedarkan dunia' & sudahpun meninggalkan Anwar, termasuklah pemimpin2 kanan PKR, kecuali yg tegar, yg memilih untuk terus kekal buta atau ahli-ahli  parti politik yg bersekongkol dgn PKR, dan alat2 Ambiga & geng,  yg bersekongkol di sebalik slogan  'hak asasi manusia'.. 'agama & idiologi'  baru mereka.





Bagi mereka yang percaya dengan fitnah2 dan tohmahan2 penyokong2 Anwar, Tan Sri Rahim  (kiri)  ini sudah  lumpuh, sudah cacat, sudah menerima padah akibat melebamkan mata  'Anugerah Tuhan' mereka. Beliau dicerca, dimaki dihamun (di belakang beliau) di dalam ceramah2 politik dan 'agama'.

Ku sendiri menyangkakan (kerana pernah percaya dgn tohmahan mereka), Tan Sri Rahim dah 'kecut', tak berani bersuara lagi, menyembunyikan diri di balik tirai, berkerusi roda, a living vegetable. A person who shuns society. 

Sekarang lihat dan dengar lah sendiri betapa masih segar & mekarnya Tan Sri Rahim,  menyuarakan pandangannya. Alhamdulillah


Ku muatkan di sini beberapa petikan dari wawancara tersebut, untuk tatapan pembaca budiman:

>>   "Ahli-ahli politik silap langkah dan mudah terperangkap. Kita ingat kita pergunakan orang tengok-tengok kita dipergunakan orang malah lebih daripada kita mempergunakan orang itu."

>>  " Mereka tidak membaca sepenuhnya Perlembagaan. Sesudah Perlembagaan berkata mengenai hak bersuara dan hak berhimpun, tidak jauh daripada peruntukan itu Perlembagaan menyebut pula bagaimanapun Perlembagaan membenarkan undang-undang digubal demi menjamin keselamatan ketenteraman awam. 
      Mereka bising polis tidak bagi permit untuk berhimpun tetapi mereka senyapkan peruntukan Perlembagaan yang secara terang-terangan mahu menjaga ketenteraman awam. Polis melaksanakan keputusan berdasarkan undang-undang dan jika mereka tidak bersetuju maka pergi ke Parlimen buang undang-undang ini."

>> "Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang 'faceless' dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak sedar untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit

  Saya bimbang orang tempatan yang digunakan akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi  yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma akhirnya mereka yang kena. Jadi saya bimbang kelompok ini akibat terlalu ghairah mereka tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihanraya dengan tangan-tangan tersembunyi itu. Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media antarabangsa. sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand  itu jika kita betul-betul mahu lihat. Isu ini tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini."

>> "Berbalik kepada isu Jakarta, saya ingin bertanya kumpulan-kumpulan yang bercakap soal hak asasi seperti Ambiga, separuh Ambiga atau tiga suku Ambiga, di mana anda ketika bendera kita dipijak dan dibakar. Di mana mereka ketika kedutaan kita (yang merupakan simbol negara) dilempar dengan najis dan pagarnya dirempuh, jika mereka benar-benar sayangkan negara tidak kira baik atau buruk"

>> "Wahai orang Melayu dan orang Islam, tidakkah anda lihat ulama seperti ini yang mengkafirkan orang lain. Bagi saya mereka seolah-olah ibu dan bapa kafir. Nabi Muhammad SAW mempunyai bapa saudara yang sehingga akhir hayat tidak memeluk Islam tetapi Baginda tidak pernah bercakap soal kafir jauh sekali menghina mereka. 
        Saya nak tegaskan kepada orang Melayu dan orang Islam di negara ini, dalam politik terutama kepimpinan yang buat dasar, jangan lupa ada kalanya keretapi tergelincir, maknanya dia terlalu kuat nafsunya untuk mencapai kuasa sehingga menghalalkan cara sehingga tergamak memecah-belahkan perpaduan dan penyatuan. Apa punya ketua dan kepimpinan seperti ini?"

>> "NGO-NGO itu mempunyai kepentingan masing-masing dan mengizinkan diri mereka digunakan oleh kuasa tertentu. Saya ambil contoh bekas Presiden Iraq yang digunakan oleh AS secara terang-terangan untuk mewujudkan permusuhan dengan Iran.  Ini kerana AS yang satu ketika begitu rapat dengan Shah Iran tidak dapat menerima republik Islam di bawah Ayatollah Khomeini dan mengetahui Iraq sendiri ada pertentangan dengan Iran maka AS menggunakan kesempatan tersebut. AS menyalurkan kewangan yang bukan sedikit kepada Saddam untuk menggugat penubuhan republik Islam Iran yang baru. Kita tengok apa terjadi? Akhirnya tercetus perang Iraq-Iran berlarutan sehingga 10 tahun yang akhirnya membawa kepada kemusnahan Iraq dan Saddam itu sendiri. Ini adalah contoh terbaik. Anwar digunakan oleh AS yang menggunakan NGO (sila lihat catitan/posting blog ini bertajuk 'Siapa dalang di belakang BERSIH')     tertentu untuk mendalangi aktiviti mereka sebab itu apabila berlaku sesuatu mereka akan bertindak pantas memberi sokongan kepada Anwar. Anwar sendiri begitu bijak meletak dan mempromosi dirinya di mata dunia sehingga dianggap penyelamat. Kita lihat bagaimana tulisan memuji Anwar terpampang di majalah barat seperti TIME magazine sedangkan kita tidak pula mengkaji latar belakang si penulis."



GULA-GULA INI BUKAN DARI KU
JGN HAMPIRI, JGN MAKAN, KITA BAKOR JER!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan