Khamis, 21 Julai 2011

SPR AKAN DEDAH SEMUA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bersemuka dgn pihak Bersih 2.0 dan  org ramai untuk membersihkan segala syak wasangka.

Bagus SPR!!!   Ku alu-alukan, sambil  memberi senyuman sinis kepada Ambiga..


"Sudah tiba masanya SPR berdepan dengan rakyat," kata timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam apabila diminta mengesahkan pernyertaan SPR dalam forum bertajuk 'Apa Selepas 9 Julai... '  bersama dengan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada hari Selasa.

Itulah bunyi laporan yang disiarkan oleh akhbar The Sun, edisi hari ini Khamis 21 Julai 2011.


Tambah Datuk Wan lagi, "pihak penganjur forum telah menjemput kami menjadi sebahagian daripada anggota panel, dan kami telah menerima jemputan itu kerana kami percaya bahawa SPR kena bertemu dgn rakyat untuk menerangkan apa sebenarnya yg kami lakukan selama ini dan apa yang akan kami lakukan."

Forum itu dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian dan berbagai2 majalah. Ia akan diadakan di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam dan akan dibuka kepada orang ramai. 

"Tidak apa yg kami nak sembunyikan. Kami akan beritahu segala-galanya," kata beliau, dan berjanji akan "menerangkan isu2 dan membersihkan tohmahan2 yang dilemparkan kepada kami (SPR) di luar sana."

"Biar rakyat yang mengadili, dan lihat dan fikir sendiri sebab hasrat kami (dalam forum ini) ialah supaya bersikap terbuka. Rakyat akan membuat keputusan akhirnya kelak," katanya.

Sementara itu Ambiga telah mengesahkan kepada The Sun yang beliau akan ikut serta tetapi menekankan yang ia bukan satu perdebatan tetapi "suatu forum untuk bertujar-tukar pandangan". Katanya ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat akan turut hadir.
                                                                                  

Ambiga & Wan Ahmad
 



Datuk Wan Ahmad: "Berbagai-bagai diperkatakan tentang SPR di belakangnya dan banyak isu-isu diputar-belit oleh pihak-pihak tertentu. Ramai yg tidak faham tentang isu yg dihadapi, jadi adalah menjadi tanggungjawab kami menerangkan. Sudah terlalu banyak persepsi2 palsu dan salah tanggapan terhadap SPR. 


Orang ramai tidak seharusnya hanya membaca apa yg ditulis oleh media alternatif yg mungkin sengaja dipesongkan dan menceritakan tanggapan sebelah pihak.


Oleh itu sekarang kami akan memberitahu rakyat cerita di sebelah pihak kami. Kami telah menjalankan berbagai reformasi, perubahan, dan banyak prosedur baru. 


Apa yg didesak oleh Bersih itu bukanlah sesuatu yg baru. Apa yg mereka desak tu bukan apa sangat tapi mereka begitu tergesa-gesa ... mungkin mereka perlukan publisiti darinya."


GULA DARI KU


Well, its about time SPR! 

Dah berapa keranda tohmahan dan tuduhan yg dibuat oleh Pembangkang khususnya, walaupun selalunya mereka diam saja apabila mereka menang.

Baru2 ni diaorng kalah dalam beberapa pilihanraya kecil, itu yg buat depa panik dan saper lagi yg nak dituduh & dituding jari kalau tidak kepada SPR. Mereka tak percaya yang rakyat berdaya upaya mengundi menggunakan pertimbangan sendiri.

Dan pada mereka SPR tidak lain dari hanya budak suruhan Enemy No. 1 mereka.. BN.

Begitulah mentaliti Opposition parties di negara ku.

And Datuk Wan Ahmad, ku harap Datuk tak fikir yg pihak pembangkang dan Ambiga & geng akan terima begitu saja segala2 yg SPR akan jelaskan kelak. Sebab dalam diri mereka sudah tertanam syak wasangka yg dijolok dan dilayan begitu lama kerana kebencian mereka terhadap apa saja yg berbau kerajaan BN.

They won't be accepting  what you will be explaining to them hands down during the forum. To them SPR will always be up to some  hanky panky & they will only keep quiet when they have succeeded in forming  the next federal govt. - depending on when that will be la. 

Pada masa dan ketika itu kelak, SPR akan dijunjung, dipuji dan disanjung.

Walau apa pun ku fikir rakyat sambut baik  langkah SPR ini kerana kami pun ingin mendengar sendiri dari SPR dan bukan hanya cerita sebelah pihak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan