Tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut bulan puasa. Ramadhan al Mubarak. Tak sedar masa berlalu kan? Tak sedar juga yg umur semakin meningkat, semakin tua. Ajal tidak memilih usia.
Ketibaan ajal tidak memilih siapa kita di persada dunia. raja kah kita, perdana menteri kah kita, menteri kah kita, wakil rakyat kah kita, ulama’ kah kita, pegawai tinggi kah kita, jutawan kah kita, fakir miskin kah kita, tua kah kita & muda kah kita.
Ku bertanya kpd diri ku, apa kah yg telah ku pelajari dari amalan satu bulan dlm setahun, yg berlaku tahun demi tahun itu?
Sepatutnya kita mempelajari sesuatu, malah lebih dari sesuatu. Dan sepatutnya ia memberi kesan kepada proses kematangan kita sebagai seorang insan.
Adakah fahaman ku tentang berpuasa masih berada di tahap tadika sama seperti semasa ku mula berpuasa ketika berumur 7 tahun dulu ataupun ku sudah mencapai tahap ‘sekolah tinggi’ atau ‘universiti’? Takkan stagnant tak bergerak-gerak kot kan, takat pi mai pi mai tang tu jugak, kan? Begitu jugak dgn fahaman solat ku.
Masa ku kecil2 dulu, ku selalu dengar ustaz sekolah rendah berkata: “Antara lain manfaat berpuasa itu ialah supaya kita tahu bagaimana rasanya orang miskin menderita tak makan.”
Ku tanya balik kpd ustaz ku “jadi ustaz, kalau begitu orang miskin tak payah puasa lah. Sbb dia tau benar mcm mana seksanya tak makan & tak minum.”
Melenting ustaz ku..”Ishh kamu ni, memain-mainkan ugama pulak.”
Begitulah reaksi org yg kita panggil ustaz (cikgu) masa dulu2. Kita harapkan lebih dari itu jawapan darinya, sbb apa yg kita tanya tu ada logiknya, kan?
Rupanya, bila ku ingat2 balik, mmg dia pun tak tahu mcm mana nak jawab. Pada dia itu satu perintah Tuhan. Rukun Islam yg ke 4. Full stop. So, just follow la, don’t ask too many questions. Ikut dapat masuk syurga, tak ikut masuk neraka. Very simple. Ikut dapat pahala. Tak ikut dapat dosa. Very simplistic. Jadi, bak kata org Perak, bertoho ler kamu. Bio perut tu lapo. Lepeh tu, masa berbuka karang bante ler sehingga yg lalu diisi dlm perut.
Tapi, nama lagi peringkat tadika kan? Step by step la kan? Jadi, lama kelamaan, tahun demi tahun kita tahu yg selain tak makan dan tak minum dan larangan2 lain ketika berpuasa kita juga berpuasa dari mengutuk orang, memaki hamun dll kelakuan yg terkeji dan tercela, yg tidak disukai oleh Allah.
Sebab hakikat berpuasa itu sendiri bererti, tidak berhenti-henti mengingati Allah (sampai tak mkn dan tak minum), maka dgn sendiri lah sepatutnya, sifat2 mazmumah (yg buruk dan tercela) itu lerai & lucut.
Ya, kelakuan ini sepatutnya follows naturally berikutan dgn menunaikan ibadat puasa.
Maknanya dgn tersendirinya, insyaAllah, apabila kita berpuasa, maka semua sifat2 negatif (sbb kita sentiasa menghadirkan jiwa raga kita kepada Allah) dan sifat2 yg tercela itu pun ikut terhakis, tahun demi tahun.
Sepatutnya ibadat sebulan itu membentuk peribadi kita, menjadikan kita lebih tawadu’ atau humble sepanjang tahun, dan sepanjang tahun berikutnya dan berikutnya dan berikutnya sampai kita mati. Sepatutnya begitu lah.
Alangkah indahnya pemberian Allah kepada kita kan?..kerana Dia Maha Penyayang. Dia hendak kita jadi baik, Sbb kita lahir di dunia ini dalam keadaan baik. Putih bersih. Tapi akibat tarikan hawa nafsu, lama-kelamaan jiwa kita semakin kotor. Tapi DIA bekalkan kita cara dan jalan untuk kita kembali bersih. Dan semua ini melalui wahyu yg disampaikan kpd Rasulullah S.A.W. – untuk kita, umat Muhammad.
Rasa nak menangis pulak rasanya. Sebak kan?
Jadi bagaimana kah kesan dari ibadat puasa itu kpd diri kita sendiri, individually? Kerana berpuasa itu adalah satu ibadat. Ia bukan satu budaya, ia bukan satu tradisi, ia bukan satu ikut-ikutan.
It is a form of worshipping the Almighty Creator of All. Ia satu proses penyucian jiwa. Yes, it is a process of cleansing our soul., our hearts of hearts.
Ia juga proses penyucian jasmani. Sbb kita ada rohani (the soul, the invisible) dan kita ada jasmani (the physical, the visible).
Jika betul kita telah berpuasa dgn betul, maka se tahun demi setahun kita sepatutnya semakin tunduk kepada Yang Maha Pencipta, semakin tawadhu’/ humble, semakin sedar siapa diri kita, dari mana datangnya kita, di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi selepas ini.
DAN sudah semestinya jika kita berpuasa dgn betul, kita sentiasa menjalin hubungan kasih mesra (silaturrahim) sesama Muslim dan sesama manusia sejagat. Dan ia harus lahir dari hati sanubari yg bersih kesan dari beribadat puasa.
Jalinan silaturrahim (kasih syg) sentiasa atau berkala? |
Begini kah iftar tuntutan Ramadhan? |
Satu jumaah |
Jika tidak, maka bererti kita belum lulus tadika. Kalau tadika pun kita belum lulus, layak kah kita jadi pemimpin Islam?
Layak kah kita berucap berpidato bagaikan nak rak, seolah2 kita lah yg paling terer, takda siapa lagi dan kita & kelompok kita lah yg perlu dijadikan ikutan?
Dan layak kah kita menegakkan undang-undang Islam dan Negara Islam?
Sebab itu, kadang2 nafsu rendah ku ini sangat disillusioned atau kecewa dan hampa dgn mereka yg digelar ulama, kerana mereka terlalu menghina Islam & hanya bertopengkan Islam. Terutamanya ulama yg menggelumangkan diri dalam kancah politik kepartian, mencaci dan mengutuk, menyemai kebencian sesama Muslim, semata-mata untuk memancing undi politik duniawi, kerana dahagakan kuasa, kononnya untuk menegakkan Islam. Ku tak respect langsung, walaupun mereka ni berserban setinggi gunung, dan petah berbahasa Arab, memetik ayat-ayat suci Al Qur'an dan hadith, tapi mengamalkan kekotoran. Dah tu degil & bodoh sombong plak tu. Rasa pandai, tapi sebenarnya tak pandai.
Boleh kah Negara Islam diwujudkan, jika keimanan yg terbit dari keIslaman itu sendiri tidak wujud dalam diri orang yg hendak menegakkannya?
Hanya kulit yg wujud dan kulit boleh bersalin. Malahan, untuk menegakkan 'Negara Berkebajikan' sekali pun dia tak layak. Hanya layak pada kulit. Pada cerita. Pada theory. Pada memikat tanggapan luaran org yg cetek.
Dan kekecewaan ku tidak terhad kepada mereka tetapi juga kepada semua pemimpin2 yg beragama Islam di Negara ku yg tercinta ini.
Belajar lah dari kesilapan. Belajar lah dari kekalahan. Kalau ingin sangat menghapuskan rasuah, diri sendiri tu harus dihakis dan dikikis dari sebarang keinginan untuk menjadi kaya raya dari kerana kedudukan mu, dari kerana kaitan mu, yg kau perolehi dan nikmati dari kerana amanat yg diberikan oleh rakyat yg mengundi kamu & mempercayai kamu.
Tapi nampaknya pada hemat ku..ramai yg masih di peringkat tadika. Tadika budak-budak yg kurang diajar di rumah tentang erti 'amanah'. Maka tunggulah datangnya kekalahan.
Ooops..lasernya mulut ku..terlebih sudah..
Sama lah dgn diri ku juga. Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, setiap kali kita tunjuk satu jari kat orang lain, empat jari hendaklah ditunjuk kpd diri kita sendiri.
GULA-GULA DARI KU
Teringin benar ku nak tgk di bulan Ramadhan kelak, ahli-ahli politik kita terutamanya baik yg di sebelah sini atau sebelah sana, yg di sebelah sana atau di sebelah sini, yg sama-sama menganut agama yg bernama Islam, sama ada sejak lahir ataupun dipeluk kemudian, menjalinkan sillaturrahim dan melucutkan serakah politik, iaitu loba, rakus & ketamakan politik duniawi dan yg datang seiring dgnnya.
Mampukah mereka mengamalkan itu selama sebulan dalam setahun moga-moga insyaAllah tahun demi tahun dan sepanjang tahun mereka menjadi manusia Muslim dan Mukmin yg layak menjadi & dijadikan ikutan dan teladan kpd rakyat biasa seperti ku, untuk kesejahteraan ummah dan Negara dan generasi akan datang?
Let me be specific: Ku cabar pemimpin2 PAS dan UMNO. (PKR, I don’t really bother, because they are a bit, not a bit, but a lot, lost).
Semalam ku ada dengar Perdana Menteri Najib Tun Razak menyeru ‘silent majority’ (majoriti yg senyap) supaya bersatu dan berpadu di dalam BN supaya memastikan kemenangan. Ku tak kata apa yg Najib kata tu tak betul Memang itu sesuatu yg baik.
TETAPI alangkah baiknya jika para Muslimin, terutamanya org Melayu, berpadu. Jika Allahyarham Tun Abdul Razak boleh menyepadukan begitu banyak parti politik yg berlainan teras dalam satu barisan yg dipanggil BARISAN NASIONAL, ku juga berdo’a agar anak Allahyarham mampu menyepadukan para Muslimin/Melayu dalam satu BARISAN MUSLIMIN within the BN.
Ia bukan mustahil. Ia juga tidak mustahil bagi pemimpin PAS lakukan. Where there is a will there is a way, bak kata pepatah Inggeris.
Tapi kalau mereka ni masih di tadika, masih nak berkecamuk, kutuk mengutuk, cerca mencerca maka tunggu lah masa dan ketikanya - someone else will take over. Bersedialah untuk menjadi alat sepenuh masa (sbb sekarang pun dua2 dah jadi alat).
Cuma, jangan salahkan Allah pulak nanti ek. Sbb, kita sebagai orang Islam wajib percaya kepada Rukun Iman yg ke 6 - qada' & qadar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan