Selasa, 23 Ogos 2011

SANGGUP KAH ANDA LIHAT ANAK ANDA.....


BERTUHANKAN NABI ISA ATAU MENGANGGAP BELIAU ANAK KANDUNG ALLAH????

.....kerana itulah intipati ajaran Kristian. Biarlah ..cukuplah, memadailah penganut-penganutnya sendiri hanyut di dalam kekeliruan aqidah mereka yg bertentangan dengan ajaran Nabi Isa Alaihissalam sendiri, tak payah lah generasi muda Muslim diheret atau membenarkan diri atau dibiar oleh ibubapa mereka atau masyarakat mereka diheret meninggalkan agama Islam yg memang aqidah (Fundamentals of Faith) dan pegangannya adalah berlandaskan MENTAUHIDKAN Pencipta dan MEMBERSIHKAN aqidah  dari segala syirik (menyengutukan Allah dgn selain Allah; associating Allah [name of The Creator] with the beings that He created) dan 1001 mcm karut marut.



Hanya agama Islam melalui kalamullah (Kata2 Allah), kitab Al Qur'an  yg diwahyukan kepada baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. sahaja lah  yang selaras dengan apa yg diajar dan menjadi pegangan  rasul2 dan nabi2 sebelum baginda, termasuk Isa a.s. yg juga dikenali di barat sebagai Jesus--- seorang rasul (messenger),  juga. Tauhid yg dipegang oleh Nabi Ibrahim a.s (yg dikenali di barat sebagai Abraham) adalah juga ketauhidan yg menjadi pegangan baginda Muhammad s.a.w.   




Bersyukurlah kita dgn apa yg telah dikurniakan kepada kita dan marilah kita pupuk dan semai iman itu dengan aman dan damai, dalam diri kita dan mereka yg kita kasihi dan jika mampu seluruh manusia, dengan penuh kasih sayang, yg mengatasi semua 'kasih sayang' palsu, yg tidak berpaksikan kepada tauhid dan kebenaran.



Jika ibu bapa Muslim sendiri lemah dgn pendirian mereka, tidak tahu apa yg menjadi asas agama yg mereka sendiri katakan mereka  pegang, maka yang rugi dan berada di dalam  bahaya adalah anak2 mereka sendiri, di samping diri mereka sendiri.



Ini semua harus dilakukan dgn sebaik dan semolek cara... bukan dgn mencerca mereka yg beragama lain, khususnya Kristian ...tetapi dgn menjadi teladan buat  mereka.


Kuburkan segala kepercayaan tahyul yg diamalkan oleh mereka yg mengaku diri mereka Muslim..seperti bomoh dll.

                                                                         Sila klik





Ini semua kita tak mahu, kerana bertentangan dgn pegangan Islam dan mencemar, mengotorkan dan merosakkan tauhid:


                      

Ku sgt setuju dgn apa yg diperkatakan oleh Editor akhbar ini hari ini: 

 





     




GERAKAN MURTAD SEMAKIN BERANI...

KUALA LUMPUR - Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini.

Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi.

Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik.

Bagi kita yg Muslim ini semua mencemarkan kesucian Pencipta langit dan bumi dan segala-galanya. Namun demikian, oleh kerana Islam itu sendiri adalah toleran, maka mereka bebas mengamalkan apa yg mereka percaya:

"Darah Jesus menebus segala dosa ku"
                                                                        

"Bagaimana menyembah Jesus"
"Jesus itu Tuhan"
"Jesus anak Tuhan, Jesus anak manusia"
"Jesus anak lelaki Tuhan"
Apa yang lebih membimbangkan apabila timbul isu anak-anak orang Islam diajar menyanyi lagu Kristian siap dengan simbolnya sedangkan mereka mempelajari semua itu di bawah program tuisyen atau tadika amal yang diberi percuma untuk keluarga miskin.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera?

Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan.

Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini.

Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu.


Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik.

Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam.

APAKAH INI  DIAJAR OLEH ISLAM?????????

Asyik dgn politik dan mahukan kuasa, atas nama Islam
Mendoakan kehancuran sesama Muslim
Islam?


Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati.

Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah.

Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang.




Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada.

Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.

Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan ‘SUSAHNYA DAPAT ZAKAT’ bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan.


Begitu juga jika cinta menjadi ‘senjata’ gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja.

Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan.

Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir.

Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh.  



GULA DARI KU


Umat Islam di negara ini wajib bersatu. Apabila kita  bersatu,barulah kita dapat lihat sesuatu yg lebih besar dari yg remeh-temeh permainan nafsu politik,  yg tak memberi manfaat kepada sesiapa kerana  Muslim sesama Muslim sendiri pun bercakaran. 
Pemimpin2 seperti Anwar Ibrahim pula perlu korbankan ego diri... hanya mementingkan diri sendiri...membazirkan masa rakyat... belajar2 la bercakap benar kalau belum terlambat.. jgn asyik  berkonspirasi dan menuduh org mengkonspirasi.. People have got better things to do than waste time on you alone.






                     

 
 

Khamis, 18 Ogos 2011

HANYA PENGECUT YG BERTINDAK BEGINI!

Pagi ni ku baca satu laporan berita dlm The Star mengenai seorang mangsa serangan asid, setelah terlibat dalam kemalangan kecil  dgn si penyerang.

 Sila Tekan ke pautan dlm The Star


Menyerang dgn asid ni mmg satu penyakit yg nampaknya akhir-akhir ni semakin bertambah melanda segelintir masyarakat Malaysia. Ia satu tindakan yg sangat kejam, kerana ia merosakkan bukan saja paras rupa seseorang tapi juga masa depan seseorang di hari2 yg mendatang, segala harapan dan perancangannya bagi dirinya rosak kerana tiba2 menjadi cacat. . 

Mcm mana sakit hati pun seseorang itu terhadap seorang yang lain, menyerang dgn asid adalah sama tarafnya dgn membunuh. Dia sudah membunuh masa depan seorang hamba Allah dek kerana membalas dendam dan nak memuaskan nafsu amarahnya.

Dia seorang penakut, pengecut sebenarnya! 



Mangsa yg dimaksudkan, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, (kiri) yg mukanya  berparut teruk setelah disimbah asid berikutan kemalangan kecil trafik.

Pesanan Hari Raya Rafiee ialah supaya semua sentiasa berjaga-jaga.

Difahamkan bahawa Rafiee terlibat di dalam satu kemalangan kecil  dengan si penyerang di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Ku rasa bersimpati dgn Rafiee mengalami sesuatu yg tidak setimpal dgn insiden yg berlaku. Tambah2 pula di bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Ku berdoa semoga dia tabah dan semoga keadaan bertambah baik baginya, dari segi emosional dan fizikal.

Ku harap penyerang tu akan berjaya ditangkap dibawa ke muka keadilan.


GULA DARI KU


Beberapa laman telah juga mengadakan diskusi/frum tentang gejala ini:

"Number of cases so far (as of 14th May): 21

Acid/alkaline attack locations:
-Bangsar, KL
-Brickfields, KL
-Mantin, Negeri Sembilan
-Wangsa Maju, KL
-Pudu, KL

Characteristics based on witness description:
-Ride Motorcycle (possibly Black Honda Ex-5)
-Carries bottle around
-Work alone or in pairs
-dark skin"



Sila Tekan ke Forum mengenai gejala simbah asid

Pada ku gejala ini patut dihapuskan sama sekali.. si penyimbah yg dah dikenalpasti harus menerima hukuman yg setimpal... disimbah dgn asid jugak!

Gejala yg melampau ini telah dikesan oleh pihak polis dan akhir2 ini bertambah  terutamanya di Kuala Lumpur. 

Di  bawah ialah gambar salah seorang penyerang asid yg telah kenal pasti oleh polis 






Rabu, 17 Ogos 2011

ISU MURTAD DUMC - VIDEO

 Video Pemeriksaan Jais DAN Pengakuan Murtad Peserta

Ini videoYouTube yg ku jumpa di blog 'Semut Hitam'. Terima kasih, Semut Hitam.

Sila Klik Di sini untuk Lawat Gula Hitam 



GULA DARI KU


Tonton, dengar..... sekarang kita tahu...itu jer..

bak kata Nabil...Lu pikir la sendiri!

Yes, this is a serious matter... ini lah akibatnya apabila ibu bapa, masyarakat & para ulama' (yg asyik berpolitik dan melayan nafsu nak merebut kuasa politik),  tidak memperduli dan mengabaikan tanggungjawab mereka kepada Allah  Subhanahuwata'ala, anak-anak mereka.. dan ummah umumnya



Isnin, 15 Ogos 2011

ISU MURTAD: PAS PILIH JAIS ATAU DAP?

Ku kira perkembangan yg paling menarik di dalam suasana Ramadhan 2011 ialah isu usaha memurtadkan umat Islam.


Ku tertarik dgn tulisan Mashitah Ibrahim (Ku kira Datuk Dr Mashitah Ibrahim) di dalam kolumnya di akhbar SINAR HARIAN baru-baru ini. Beliau menyuarakan apa yg berlegar di fikiran ku juga.

Sila Klik untuk ke kolum asal



"Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan ‘amal makruf nahi mungkar’ atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya.

Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini.

Datuk Dr Hasan Ali
Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin.

Setakat ini, ramai penyokong Pas, NGO dan pertubuhan Islam, menzahirkan sokongan terhadap tindakan Jais. Namun, Pas bersikap dingin dan melahirkan hasrat untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak gereja dan Jais sendiri. Ini sangat bertentangan dengan tarbiah Pas kepada penyokongnya untuk tidak berkompromi dalam soal perjuangan hak Islam.

Kenapa kepimpinan Pas bagaikan burung kasawari membenam kepala di dalam lubang tanah dalam soal ini? Takut menyinggung perasaan penganut Kristian dan DAP? Apakah Pas tidak percaya dengan Hasan atau meragui kesahihan maklumat diperoleh Jais? Apa pula kuasa Pas untuk mengarah sebuah agensi kerajaan negeri untuk beri maklumat kepadanya? Mahukah sebuah gereja Kristian disoal selidik oleh parti Pas?

Lim Kit Siang (Kristian)


Lebih teruk, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun memohon maaf kepada pihak gereja atas tindakan Jais, walaupun belum dapat laporan lengkap kedudukan sebenar. Ini seolah-olah Jais sudah bersalah. Nampaknya Menteri Besar sudah hilang kepercayaan kepada Exco dan jabatan agamanya sendiri. Kini, beliau dilaporkan mahu mendapat nasihat Sultan Selangor pula. Nasihat terbaik untuk Khalid ialah siapa korek lubang, dialah yang timbus.

Ramai ketahui Exco paling berpengaruh di Selangor ialah yang dipegang pemimpin DAP. Selain Hasan, Pas hanya ada dua wakil dalam kerajaan negeri, dianggap lemah dan junior. Sejak 2008, banyak isu berkaitan Islam dan Muslimin yang diperjuangkan Pas ditentukan oleh DAP. Ini termasuk konsert rock terbesar di Shah Alam, penjualan arak dan premis rumah urut, penggajian orang Islam di premis jual arak, serta pembukaan ladang babi terbesar di Malaysia. Exco-Exco DAP bukan Islam ada pengaruh besar ke atas Menteri Besar, melebihi Exco-Exco Pas Islam.

Teresa Kok (Kristian) dicium tangan
oleh anak-anak penyokong PR, Selangor


Lim Guan Eng (Kristian)


Pas sudah tersepit dengan konsep tahaluf siyasinya kerana mahu terus berdamping dengan DAP bagi memperoleh kuasa, ia menjadi pengecut dan tidak berani lagi mempertahankan prinsip Islam. Sudahlah dasar perjuangannya selama ini – negara Islam, hudud – sudah dibuang, pemimpinnya sendiri dikritik hebat kerana melaksanakan tanggungjawab. Semuanya gara-gara takut kepada DAP.

Saya cuma terbayang, andai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) juga mendapat laporan sahih berlaku usaha memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Alor Setar, tidakkah Jaik pergi menyiasat? Atau kena tunggu arahan DAP dulu? Jika pemeriksaan dibuat, adakah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak kena mohon maaf juga?

Hasan kini diarah tutup mulut oleh Menteri Besar. Karpal Singh kata Hasan sudah ‘melampaui batas’. Lim Kit Siang tegur Hasan supaya ‘ikut garisan’ dan jadi ‘pemain pasukan’. Pemimpin Pas Selangor juga kritik Hasan. Ada yang tuduh beliau ejen UMNO, cuba sabotaj hubungan Pas-DAP. Hasan kata dia sedia dipecat kesemua jawatan dalam kerajaan mahupun parti. Sebelum ini, beliau sudah dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor selepas gagal pertahan Naib Presiden dalam muktamar ke-57.

Elizabeth Wong (Kristian) bersama dgn
MB S'gor - MB yg tak sabar2 minta ma'af
kpd gereja


Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang berkata, keputusan selepas Raya Puasa. Andai Hasan dipecat sebagai Exco menjelang Aidiladha nanti, bermakna ada pemimpin Pas Selangor dan DAP yang akan berhari raya awal – dengan Hasan sebagai korban kambing hitamnya."


GULA DARI KU


KU ucapkan tahniah  kpd Dewan Pemuda PAS atas pendiriannya.

Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi (gambar, bwh) berkata, ketetapan berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yang dilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perlu disokong oleh semua pihak.


 “Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjaga akidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini… kita sokong.

“Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalah tindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbul sebarang keraguaan di atas tindakan tersebut,” katanya.

Sabtu, 13 Ogos 2011

KU JUGA SETUJU 100% DGN TINDAKAN KDN!

  Kali ini ku potong & lekap sepenuhnya (Cucu Tok Wan,harap ku diberi keizinan.. TQ)..apa yg diutarakan oleh Cucu Tok Wan dalam blog 'The Flying Kick' kerana setuju dgn pendapat beliau dan setuju dgn tindakan KDN dan Imigresen.

SYABAS IMIGRESEN!!! SYABAS JUGA KDN KERANA ALERT!!! 

  Sila Klik ke Artikel Asal dari 'The Flying Kick'

Peguam Hindraf yang berasal dari United Kingdom tidak dibenarkan masuk ke negara ini, dan dipaksa pulang semula ke negara asalnya. Imran Khan diarahkan pulang ke United Kingdom sebaik-baik sahaja dia tiba di KLIA pada 1.50 tengah hari semalam. Alasan pihak kerajaan ialah kehadiran Imran Khan akan menggugat keselamatan negara.
Sudah pastilah, puak-puak Hindraf tidak dapat menerima kenyataan ini. Mereka sentiasa fikir, sesiapa sahaja boleh masuk ke negara ini dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini tidak berkerajaan dan tidak bersempadan.
Rakan Imran Khan, G.Suresh bagaimanapun dibenarkan masuk.
Waythamoorty yang menyebat duit masyarakat bawahan India dan kini bermastautin di London berkata, tindakan kerajaan melabelkan Imran Khan sebagai penggugat keamanan negara ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan 'murahan'.
Proses imigresen di Malaysia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding di Australia mahupun di United Kingdom sendiri. Bagaimanapun, kebelakangan ini, kerajaan baru kelihatan membuka mata dan cuba menguatkuasakan prosedur secara lebih ketat.
Pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara ini sudah pasti akan melabelkan tindakan kerajaan sebagai sesuatu yang 'memalukan' kerana hajat dan cita-cita mereka sebenarnya tidak kesampaian. Mereka apa peduli dengan keselamatan negara, kerana mereka sendiri sudah berjaya melarikan diri ke negara asing.
Agak beruntung kerana Waythamoorthy masih lagi memegang kerakyatan Malaysia. Seharusnya lelaki India tersebut sudah mula berkira-kira untuk memohon kerakyatan negara asal leluhurnya atau United Kingdom.
Cita-citanya untuk menyaman United Kingdom kerana telah membawa nenek dan datuknya ke negarai ini, sebenarnya lebih bersifat ANGAN-ANGAN dan MIMPI yang tidak berkesudahan. Sebabnya mudah, secara dasarnya, kebanyakan imigran di negara ini dan keturunan mereka secara sukarela datang untuk mencari rezeki, bahkan sejurus sebelum KERAKYATAN 1 JUTA IMIGRAN diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mereka telah diberi pilihan sama ada untuk pulang ke negara asal atau menetap di negara ini.
Ramai imigran dari India mengambil kesempatan untuk pulang ke negara asal. Sebahagian besar yang tinggal di sini enggan pulang kerana kesukaran serta SISTEM KASTA yang diamalkan di negara asal, tidak akan menjadikan mereka manusia, sebaliknya haiwan yang ada akal. Sebahagian lagi berharap, kerakyatan Tanah Melayu akan memudahkan mereka untuk berpindah ke United Kingdom dan diterima menjadi rakyat United Kingdom di bawah klausa Commonwealth. (RUJUK ARTIKEL 29 PERLEMBAGAAN MALAYSIA)
Langkah yang diambil oleh Imigresen pastinya akan menjadikan mereka sebagai sasaran serangan kaum pembangkang. Namun pada masa yang sama, Imigresen telah melakukan sesuatu yang seharusnya mereka lakukan lama dahulu. Dengan prosedur yang ketat dan pemeriksaan yang rapi, setidak-tidaknya pintu sempadan negara tidak mudah dibolosi.
Tidak salah sekiranya Imigresen belajar dengan Imigresen Australia yang sehinggakan sebiji biji benih sawi pun menjadi sebab mengapa barangan berkenaan dirampas. Dalam keadaan sekarang, perkara tolak ansur perlu diketepikan, sebaliknya penguatkuasaan diperhebatkan!!!



GULA DARI KU 
Nampaknya jentera KDN  sejak diterajui oleh Tan Sri Mahmood Adam telah banyak melakukan perubahan yg sgt ketara, walaupun pihak Pembangkang mmg membangkang, sbb dia orang tak ada kerja lain TAPI dgn Mahmood Adam mereka 'cannot get their way'. He's smarter than all of them put together. Dia ikut buku & 'nobody can try to be funny.' Bukan Pembangkang saja, orang UMNO/BN pun.  Itu pendapat ku.

Memang terbilang & cemerlang.   Very alert dan tidak boleh dipermain2.  Ini baru betul2 BERSIH!

PM Najib & Menteri Dlm Negeri Hishamuddin juga patut bersyukur - they have got a very capable, no nonsense public servant in Mahmood Adam.

Sepatutnya ada 100 org lagi Ketua Setiausaha & Ketua Pengarah mcm Mahmood Adam. Baru la segalanya  berjalan licin. Rasuah dijamin tak berlaku. Kalau ada mcm Mahmood Adam dlm UMNO lagi best. Baru rakyat lebih respect kat UMNO!

I bukan nak bodek, I don't even know him, but I have been observing. 

Syabas!!!!!!!!  Keep it up, Tan Sri!!!!

Jumaat, 12 Ogos 2011

ASYRAF HAZIQ: DUNIA TERSENTUH

Mohd Asyraf Haziq, pelajar tajaan MARA
dikunjungi Datuk Mukhriz Mahathir

Ku tersentuh dan tak sedar  air mata membasahi pipi di pagi Jumaat bulan Ramadan yg mulia ini apabila membaca laporan dalam akhbar tentang sentuhan rasa yg dicurahkan kepada pelajar Malaysia yg ditimpa malang ketika rusuhan di London beberapa hari lalu.

Tersentuh bukan sahaja kerana apa yg terjadi pada Mohd Asyraf tetapi juga sokongan kemanusiaan yg diterima Asyraf dari manusia-manusia yg baik hati ekoran dari apa yg dialaminya. Begitulah baiknya insan ciptaan Allah. Mereka benar2 tersentuh dan bersimpati dgn apa yg terjadi pada seorang insan lain.  Tak kira apa agama, bangsa dan kerakyatan seseorang.

Ini dia laporan yg menyentuh hati ku  Sila Klik Laporan The Star

Terjemahan:  Klip video YouTube yang menunjukkan perusuh2 di London memukul dan merompak pelajar Malaysia Mohd Asyraf Haziq Rossli telah menyentuh hati berjuta manusia di seluruh dunia.


Klip itu telah menjadi simbol ikon tentang keganasan yg tidak masuk akal di Britain, di mana Perdana Menteri David Cameron sendiri memetik insiden yang menimpa Asyraf sebagai contoh betapa tidak munasabahnya insiden2.

Video yang bertajuk  “London Riots-scum steal from injured boy” ('Sampah' Rusuhan London rompak remaja tercedera) menduduki tangga ke 7 video yg paling ditonton di YouTube minggu ini, apabila mencatat lebih 2.9 juta penonton dari seluruh dunia.  

Klip YouTube - Setelah cedera dibelasah, Mohd Asyraf dicuri pula oleh 'penolong2'



Lihat juga Asyraf diwawancara oleh British TV di bawah

Cerita yang menimpa Asyraf juga mendapat peminat facebook apabila kisah2 yang bertajuk  “Support for student Mohd Asyraf Haziq, robbed while bleeding heavily” (Sokongan bagi pelajar Mohd Asyraf Hazig, di rompak ketika berlumuran darah) menerima 249 'suka' sementara “Get Well Soon Asyraf Haziq” (Cepat Sembuh Asyraf Haziq) menerima 990 'suka' sehingga semalam. 

Jamie Cowen, seorang bekas pekerja persatuan British 'Save the Children', (Selamatkan Kanak-Kanak) telah melancarkan satu kempen internet untuk membantu Mohd Asyraf. Berasaskan akaun Twitter Cowen, kempen itu setakat ini telah menerima 4,000 (kita2 berjumlah RM19,350) sumbangan dan bayak lagi masih mencurah masuk.

“Lebih dari 1,200 org telah menderma," kata Jamie, antaranya sebuah firma pembuat basikal British yang menjanjikan sebuah basikal baru bagi  Mohd Asyraf kerana basikal miliknya telah dicuri.

Antara lain sumbangan2 ialah dua tiket kelas satu menaiki sebuah syarikat keretapi British untuk  Mohd Asyraf menjelajah ke mana-mana  dan khidmat pergigian percuma dari doktor gigi  Martin Nakisa di Britain.

Laman web bergelar 'mari lakukan sesuatu yg baik untuk Asyraf'  “Let's Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) juga menerima beribu-ribu sokongan hanya setelah beberapa jam saja ia dilancarkan pada hari Rabu.

Sila Klik untuk ke Laman web "Let's Do Something Nice for Ashraf Haziq (+others) 

Dalam klip video yg dirakam oleh kawannya,  Mohd Asyraf semasa terlantar di katil di Royal London Hospital berkata beliau sedang berbasikal dengan seorang pelajar lain hendak pergi  melawat kawan mereka apabila segerombolan 20 org samseng menujunya.
                                                        
“Aku rasa ada antara mereka yg bersenjatakan pisau. Yang termuda nampak mcm murid sekolah rendah. Dia org datang se kumpulan, mula-mula tak menyerang. Dia org hendakkan basikal ku. 


"Lepas tu ada seorang dari dia org  yg memasukkan tgn dalam kocek ku nak  mengambil telefon bimbit aku. Dia menarik basikal dan lepas tu aku  tak tahu apa yg terjadi. Sedar2 ku terjatuh dan mulut ku berdarah. Nampak gayanya aku telah dibelasah," kata Asyraf dalam Bahasa Melayu. 

“Semua orang lari dari tempat kejadian. Lepas tu ada beberapa org yg menghampiri aku, dia org kata nak tolong aku, tapi yg berdiri di belakang aku mencuri barang2 dari beg galas aku," tambah Asyraf.  



                                                        Wawancara TV


UMNO menaja ibubapa dan adik
Asyraf terbang ke London 


GULA DARI KU


Ya,  manusia itu sebenarnya baik. 

Tetapi bila tertekan, terpengaruh, terbawa-bawa oleh perasaan, apabila mereka lebih emosi dari berfikir dgn rasional, manusia boleh jadi lebih jahat dan ganas dari binatang. Itu lah juga yg berlaku di Britain baru-baru ini.

Seorang wanita terjun dari bangunan
yg sedang terbakar semasa
rusuhan di London




Bayangkan jika itu terjadi di negara kita...

Namun, ia pernah terjadi ...ya Peristiwa 13 Mei, 1969.  


Dalam hal di Britain, Perdana Menteri David Cameron sendiri mengaku yg Polis British tidak bertindak betul dan terlalu lembut  untuk mengekang  rusuhan dari merebak dari bandar ke bandar.

Terdapat unsur2 pergaduhan perkauman... kulit hitam lwn Asia, walaupun asalnya ia hanya bermula dari pemberontakan  terhadap Polis yg  telah menembak mati seorang penjenayah bernama Duggan.


Kerosakan akibat dibakar
Bas terbakar
Sambil demonstrasi, sambil curi
                                                                              
Polis & perusuh



Rabu, 10 Ogos 2011

ALHAMDULILLAH, SYABAS JAIS!

Ini merupakan kali pertama ku mengemaskini blog ku, sejak bermulanya bulan puasa, bulan Ramadhan Al Mubarak yang indah lagi suci ini.  

Selamat Berpuasa  ku ucapkan kepada pembaca2 budiman.


Dan pagi2 lagi bila ku pergi ke 'dashboard' blog ku ini, dan mahu memasukkan posting baru ini, ada tetamu yg tak dijemput berada di depan ku, dalam halaman blog ku, terpampang minta dibaca. Dan secara kebetulan pula mmg topik yang ku nak jadikan tumpuan  pagi ini ialah mengenai tetamu yg tak diundang ini. 

Ini dia the uninvited guest yang ku maksudkan:

Preaching in Malaysia
Plain and powerful truth from KJV about mysteries, church, and peril.
www.LetGodBeTrue.com
 
Begitulah cara  kumpulan Kristian bergerak. Mereka  mencuri masuk ke mana-mana ruang yang kosong. 

Pada ku tindakan mereka itu kelihatan begitu 'desperate' untuk mendapatkan penganut baru. Mereka kononnya begitu percaya yang umat manusia perlu 'diselamatkan' oleh Jesus Christ. 


Sebenar-benarnya,  Kristianiti atau agama Kristian yg wujud sekarang ini  BUKAN ajaran Nabi Isa Alaihissalam. 


Org2 Kristian adalah pengikut ajaran Paul, atau nama asalnya, Saul. Dan perkataan 'Christ' yg diberikan mereka kepada Nabi Isa versi mereka itu adalah berasal dari perkataan Yunani (Greek), iaitu Kristos. 

Di situ lah juga terbitnya asal nama Kristian, yg bukannya dari bahasa Ibrani (Bahasa atau loghat Yahudi yang ditutur oleh Nabi Isa). Ia dari bahasa pengikut agama yang dibawa oleh Paul. 




Jesus atau Nabi Isa (malahan nama 'Jesus' itu pun bukan nama Nabi Isa.. ia suatu sebutan orang asing) bukan pengasas agama Kristian yang kita ketahui hari ini. 

Malahan, kebanyakan kandungan kitab New Testament (Perjanjian Baru) tidak sedikit pun mengenai  Jesus atau Isa dalam sejarah kerana pengaruh utamanya ia Paul dan seorang penganut ajarannya berbangsa Yunani, iaitu John.

Paul tidak pernah bertemu Nabi Isa atau Jesus (walaupun hidup sezaman) dia hanya mendakwa yang dia melihat sesuatu 'vision' dan berikutan itu terus mem'paganize' (menjadikan ajaran Nabi Isa agama pagan atau agama jahiliah/penyembah berhala) , seperti yang tertera dalam pautan di bawah. 

Sila Klik ke pautan mengenai Paul 


Paul lah manusia yang memesong dan memutar-belitkan ajaran Nabi Isa sehingga yang asal sudah tiada lagi.

Agama Yahudi pula, walaupun kononnya berpegang kepada Kitab Taurat (Torah), tidak mengiktiraf Nabi Isa.


Dan dengan itu juga lah Allah Yang Maha Pencipta Segala telah menurunkan Kitab Suci Al Qur'an untuk memperbetulkan segala kekeliruan.


Dan umum juga tahu, di dalam internet ini ada bertimbun2 dakyah Kristian yg mencuba sedaya upaya mengekang kemaraan Islam, agama sebenar dari Allah Maha Pencipta dalam berbagai2 laman web yang kebanyaknnya disampaikan atau dijudulkan dengan tajuk yang begitu 'tricky',  bertujuan menarik minat pembaca, terutamanya dari kalangan umat Islam.


Contohnya, laman di bawah ini merupakan satu laman mengenai seorang gadis Melayu yg kononnya menemui 'kebenaran' melalui ajaran Paul. 




Sila Klik mengenai gadis Melayu bernama Adillah yang menganut agama Paul


Entah ya, entah tidak cerita di atas ini, iaitu cerita wujudnya gadis bernama Adillah ini, wallahu'alam (hanya Allah yg mengetahui).  Pada tanggapan ku, ia cuma satu lagi 'trick' orang Kristian (pengikut Paul) yang dahagakan penganut, untuk merasakan yang kesalahan mereka itu disokong sebagai suatu 'kebenaran'.

Yang Mutakhir, berlaku di Damansara Utama beberapa hari lepas (sila lihat pautan di bawah, dlm ruang 'GULA DARI KU') :

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.

Dalam kertas kuiz yang diperolehi
Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.


Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. 


 



Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?"






Dan kita orang yang beragama Islam sendiri pun tahu bahawa TIDAK ADA mana2 agama di dunia ini yang mentauhidkan Allah, mensucikan Allah sebagai yang Wahid, yang Satu, Yang Esa, Yang Tidak Boleh Dipersekutukan dan Disamakan dengan apa-apa sekali pun ---  MELAINKAN  agama Islam. Alhamdulillah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
 

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
 Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya


GULA DARI KU

Umum tentu sudah tahu tentang tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tempoh hari. Ku setuju sepenuhnya dengan tindakan JAIS itu. Dan jika ada yang belum tahu  Sila Klik di Sini

Dakyah evangelical Christian ini sangat halus. Jadi berhati-hati. Kuatkan diri dengan pengetahuan Islam itu sendiri dan pupukkan iman melalui ibadat. 

Yang sepatutnya diselamatkan ialah orang Kristian itu sendiri supaya tidak lagi syirik, menyengutukan Allah. Umum tahu yang memang ia bukan dari ajaran Nabi Isa kerana Nabi Isa tidak pernah diwahyukan bahawa dia adalah 'anak Tuhan' atau 'Tuhan' dan tidak pernah mengajar supaya menyembah dia sebagai Tuhan, kerana dia pun dicipta.

Kristian yang ada hari ini adalah penyebaran Paul dan pengikut2nya dan telah disesuaikan dengan kepercayaan jahiliah dan penyembah berhala di Eropah... dengan itu kita lihat perayaan Krismas pada 25 Disember, Easter oleh pengikut mazhab Katholik, Hari Ahad sebagai hari ke gereja, nama-nama hari, Monday, Tuesday, Wednesday.... semuanya adalah amalan2 kaum pagan atau jahiliyah atau penyembah berhala Yunani (Greek) dan Roman. Dan Paul juga telah menghalalkan yang haram dimakan seperti babi. Nabi Isa tidak pernah makan babi.  Ia terputus sama sekali dari ajaran Nabi Isa.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, ajaran Nabi Isa telah diperbetulkan melalui wahyu yang diterima oleh Rasulullah, Pesuruh Allah yang terakhir, penutup segala ambiya dan rasul, pembawa kebenaran dari Yang Maha Pencipta, iaitu yang kita kasihi, Nabi Muhammad S.A.W.

Ahad, 31 Julai 2011

SHUHARDI, KU MINTA MA'AF

Ku mohon ma'af kepada Sdr Shuhardi Md Isa kerana berkata yg dia berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad yg diserang sakit jantung semasa perhimpunan haram 9 Julai. Posting ku mengenai ini bertarikh 22 Julai 2011.

Sila klik ke posting ku yg berkaitan 








Walau bagaimanpun Shuhardi (atas) Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (URUTSKOP)  - ma'af silap taip, URUSKOP, tidak menafikan yg dia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu.Dan tiada pun menyentuh sama ada dia benar2 pengsan atau tidak.


Sila klik laporan Sinar Harian Edisi hari ini

Petikan dari akhbar Sinar Harian:


"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger yang mengeluarkan gambar saya den:gan mengatakan saya Allahyarham Baha�rudin, telah minta maaf kepada saya, " kata Shuhardi.


Jadi ku telah menjenguk seketika semula ke blog budak PAS Wangsa Maju yg ku rujuk telah berbohong mengenai cerita itu.


Sila klik ke blog budak PAS Wangsa Maju


GULA DARI KU


Ternyata budak PAS Wangsa Maju bukan salah seorang yg meminta ma'af kepada Shuhardi. Dia juga tiada meminta ma'af kepada pembaca2 blognya secara terbuka dalam blognya kerana telah berbohong atau tersilap maklumat dan membuat andaian sendiri,  di dalam keghairahannya memburuk-burukkan pihak Polis Di Raja Malaysia. 

Malahan, Shuhardi pun sama dengannya, kerana lebih ghairah menyalahkan Polis daripada marah orang2 bodoh yg mengeluarkan berita 'kematian' beliau yg bermuka beliau tetapi bernama Baharuddin.

Jumaat, 29 Julai 2011

AMANAH PENJAGA PARTI BUKAN PENGGANTI

Macam2 cerita ku baca, ekoran dari pelancaran AMANAH oleh Ku Li & kawan2. Ada yg kata Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR, ada yg kata Ku Li tak habis bercita2 nak jadi PM, ada yg kata orang2 PKR dah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim  jadi perlukan pemimpin baru dan Ku Li lah yg paling layak, macam2.

Walaupun pelancaran AMANAH tidak banyak mendapat liputan media, namun ku anggap ia satu tindakan yg  bijak & baik, yang positif, untuk UMNO.  Dan ku berpendapat ia ditubuhkan  untuk menjadi 'penjaga', peneliti, pengawas UMNO dan BN, bukan untuk membunuh UMNO dan BN.

Yang lucunya ramai blogger2 yg pro PAS/PKR/DAP tumpang se kaki dalam penubuhan AMANAH ni sbb masing2 tak mahu AMANAH menarik sokongan org2 yg selama ini terlalu fanatik kepada mereka. 

Sebab mereka (PR) hanya bergantung kepada para fanatik, org yg marah dan org yg 'frust' untuk menyokong mereka - Dan juga org yg suka buat gosip. They thrive on gossipers and the lovers of gossips among Malaysians. And there are many ... among the Malays, especially. 

Orang2 Melayu memang suka cerita humpat mengumpat ni.... hobby mereka.Tak kira berapa tinggi serban mereka 'memperjuangkan Islam.'

Mereka juga banyak disokong oleh 'prophets of doom', iaitu mereka yg tak suka pandang positif. Mereka cintakan negatif. 

Satu lagi kumpulan sasaran mereka ialah anak2 muda, yg darah tengah geram, yg penuh dgn idealisma, tetapi tidak berpijak di bumi yg nyata DAN tidak tahu sejarah.


Ya, undi untuk Malaysia!


Ku anggap NGO seperti AMANAH  sebagai satu kumpulan yg boleh meneguhkan lagi UMNO dan BN. UMNO perlukan 'suara dari dalam'  macam ini.

Dan walaupun  mereka yg menerajui AMANAH ini satu golongan yg tidak lagi DI DALAM TERAS UMNO dan BN Sentral masakini, NAMUN mereka  tetap cintakan perjuangan UMNO dan BN, maka ku anggap mereka boleh kukuhkan lagi UMNO dan BN, dengan saranan atau 'serangan' mereka, terutamanya dalam perkara2 yg berbau rasuah dan kronisme.

Pada masa yg sama,  ketaatan & kesetiaan mereka kepada GOP (Grand Old Party) Malaysia, UMNO dan BN tetap tidak goyah. Tetap terpahat di bumi dgn kukuh. Ini yg kita mahu. Kita tak mahu lagi serpihan2 mcm PKR atau Semangat 46 atau PAS sekali pun (sbb PAS itu serpihan dari UMNO asalnya).

We just want a clean UMNO/BN to lead a clean govt. >> For a clean MALAYSIA That's all. Track record UMNO/BN selaku kumpulan yg telah membawa keamanan dan kesejahteraan dalam bumi bertuah ini memang sudah terbukti.


Buktikan kpd generasi muda yg UMNO/BN bersih & kukuh!



Yang kita tak mahu sekarang ialah  pemimpin2 dan ahli2 UMNO hanyutkan diri  dan dihanyutkan oleh fenomena 'aku nak kuasa sbb aku nak kaya, aku nak duit' dari dalam dan dari luar UMNO/BN.  

Kita mahu mereka pimpin & perjuangkan tunjang asasi mereka seperti pada awal -  benar2 berjuang untuk negara & membela nasib rakyat. Itulah kekuatan UMNO/BN selama ini. Kembali kepada diri mu yg asal  demi agama & bangsa!

Incidentally, tentang berita Zaid Ibrahim pelawa Ku Li masuk PKR tu, ku anggap agak lucu jugak. Sedangkan Zaid sendiri pun dah keluar dari PKR, siapa lah dia yg nak pelawa?


GULA DARI KU
Ketaatan, kesetiaan, kecintaan kepada Raja & Negara - semua ciri2 ini adalah perjuangan UMNO sejak sebelum Merdeka lagi. Walaupun ku tak pernah bergiat dalam UMNO, walaupun ada cara orang2 ahli UMNO yg tidak ku sukai, namun, perjuangan dan teras parti itu sendiri, semangat permuafakatan BN itu sendiri adalah Malaysia. Itu lah Malaysia. 

 Ya, UMNO lah GOP Malaysia. Grand Old Party.  Is PR the alternative? Yang mempunyai ciri2 KENEGARAAN seperti UMNO?  Ku tak fikir begitu. Sedangkan prinsip dan perjuangan setiap komponen PR itu berlainan. Terdapatkah satu parti KENEGARAAN yg menjadi dominant force dalam PR seperti UMNO dalam BN?  Tidak ada.  Tapi mengapa pada pilihanraya yg lalu ramai yg pilih PR?  Sbb mereka merajuk, marah dgn orang UMNO, bukan parti UMNO. Jadi mereka tidak ada pilihan lain. 

Mahukah & sanggup kah  orang dalam UMNO terus membiarkan mereka yg cintakan perjuangan UMNO dan BN ini diheret oleh kumpulan2 manusia yg hanya cintakan pergaduhan?

Dan rela kah UMNO/BN membiarkan perjuangan mereka untuk negara & rakyat terlingkup oleh kerana kerakusan untuk wang ringgit kekayaan di kalangan mereka sendiri?

Buktikan kpd kami.

Sabtu, 23 Julai 2011

JOM SOKONG AMANAH!

AMANAH - SUARA BANTERAS RASUAH, KRONISME DAN KRISIS PERKAUMAN


"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman." 

Hari ini akhbar2 menyiarkan laporan pelancaran  sebuah NGO bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)  oleh presidennya Tengku Razaleigh Hamzah. Satu pasukan telah diumumkan, yg dianggotai antara lainnya oleh ramai bekas pemimpin BN termasuk bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan pengerusi MIC Datuk S Subramaniam dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kesemuanya menjadi timbalan kpd Ku Li.
 
Lain2 timbalan presiden ialah bekas pemimpin2 dari Sabah & Sarawak iaitu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas pemimpin PBB Datuk Seri Bujang Ulis dan bekas timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Seri Daniel Tajem.

Turut hadir di majlis tersebut ialah bekas ketua menteri Sabah Datuk Osu Sukam dan presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim.


Di dalam ucapannya dalam upacara berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman semalam, Ku Li menyatakan harapan Amanah akan membantu suara majoriti senyap didengar untuk membebaskan mereka dari cengkaman para manipulator politik yang menjadikan negara ini satu tebusan.


Katanya masanya sudah tiba yg mereka keluar menyuarakan untuk menghentikan kekecohan yg diwujudkan oleh individu2 & kumpulan2 yg mempunyai kepentingan politik dan ekonomi.

"Rakyat Malaysia tidak sepatutnya tinggal  pasif bercakap dalam suasana wujudnya salah laku, rasuah, kronisme dan krisis perkauman," katanya, dan menambah bahawa tindakan harus diambil sebelum terlambat.


GULA DARI KU

Ku alu-alukan pelancaran AMANAH. Memang sudah tiba masanya. Majoriti yg senyap (ku salah seorang daripada mereka) tidak mahu diheret oleh pembangkang kerana  kami tidak yakin mereka cukup berwibawa mentadbir negara, tapi  pada masa yg sama tidak mahu dicucuk hidung mengikut saja mereka yg berkepentingan,  membuatkan kami serba salah seperti ditelan mati emak diluah mati bapa dan terus senyap dan melihat negara terus merudum.

 Jom, kita pakat tunjukkan sokongan kpd AMANAH !