Khamis, 19 Januari 2012

PARTI ADAT & SUKAN (PAS)??

Banyak jugak hal yg berlaku sejak ku 'cuti' dari memblogging kan?

Yg paling terkini ialah perubahan iklim politik di negeri yg bernama Darul Ehsan.

Portfolio Datuk Dr Hassan Ali sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam  telah diambil alih oleh ulama PKR Tan Sri Khalid Ibrahim setelah Hassan dilucutkan dari menjadi ahli EXCO susulan ditendang oleh PAS. Kini EXCO PAS pengganti Hassan Dr Ahmad Yunus hanya memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan.

Ahli EXCO ni kira2 mcm Menteri la di peringkat negeri. Kini wakil Parti Islam se Malaysia tidak memegang portfolio sebagai menteri menjaga hal agama Islam.

Ku malas nak bercakap panjang tentang perkembangan ini, tapi sekarang kita semua dpt menilaikan dan berfikir sendiri apa yg terjadi di Selangor Darul Ehsan.

Rasa ku ramai ahli PAS di seluruh negara tak puas hati dgn perkembangan ini tapi terpaksa tutup mulut.


GULA DARI KU

Pada pemerhatianku, sudah makin terhakis peranan PAS sebagai parti yg memperjuangkan Islam di negeri Selangor. Di Pulau Pinang keadaannya hampir sama. 

Di Selangor, yg tinggal sekadar menjaga adat resam Melayu, mcm khazanah2 di muzium, adat2 melenggang perut, pinang-meminang, khatam Qur'an, bertindik, khatan dll dalam lingkungan itu.

Adakah mungkin wajar agaknya jika diramalkan yg lama kelamaan nama parti itu sendiri akan ditukar kpd Parti Adat & Sukan (PAS)??... atau ada yg berkata bahawa PAS kini bermaksud Parti Angguk Sahaja.



  Crystal Sugar GREEN - 100g

1 ulasan:

  1. Hello to u too,

    Sorry lambat baca komen u. ok, done, pls do the same to me...

    Salam.

    BalasPadam