Rabu, 20 Julai 2011

BAHASA NEGARA KU ADALAH BAHASA ..... ???


Hari ini ku terbaca satu 'posting'  dalam blog Perak Today, The Portal yg agak melenting dgn sikap pemimpin2 politik yg berketurunan Cina apabila pemimpin2 itu melenting kerana dan apabila ditegur  tentang kelemahan penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia yg berketurunan Cina.


"Polemik Bahasa Kebangsaan terutama di kalangan bukan Melayu di negara ini, seringkali berakhir dengan tuduhan kelemahan sistem pendidikan negara ini. Tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP setiap kali punca masalah lemahnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar serta generasi muda bukan Melayu diakibatkan oleh sekolah-sekolah vernakular, amat menyakitkan hati. Dan apabila perkara tersebut dipanjangkan, maka hampir kesemua pemimpin politik berbangsa Cina sama ada mereka dari MCA, GERAKAN apatah lagi DAP akan mengingatkan tentang undang-undang yang boleh memenjarakan seseorang yang cuba mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular dihapuskan dan digantikan dengan satu sistem pendidikan kebangsaan sahaja.

Prof. Dr.Teo Kok Seong yang mengetuai Fellow Kajian di Institut Dunia dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Bahasa Melayu seharusnya berada pada kedudukan lebih atas berbanding mana-mana bahasa lain yang digunakan di negara ini pada sepanjang masa."

Begitulah sedikit sebanyak bunyinya. Yang lebihnya boleh dibaca di sini:

Sila klik untuk ke 'Perak Today' 



Ku setuju, bukan ku tak bersetuju dgn apa yang diperkatakan di dalam portal tersebut. Cuma ku rasa pelik sedikit kenapa nama 'portal' atau blog orang yg menonjolkan perkara ini sendiri pun bukannya bernama Laman Perak Hari Ini, tetapi Perak Today, The Portal?

Kenapa guna Bahasa Inggeris, kalau benar2 orang Melayu (orang UMNO khususnya, sbb yg membuat teguran adalah blog milik org UMNO) sangat cinta kepada bahasa ibunda, Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu? (oh ya, ku lupa, sedangkan UMNO itu sendiri adalah singkatan dari Bahasa Inggeris).

Malu takut orang ingat kita tak tahu bercakap omputih ker?  Atau memang bahasa omputih tu lebih glamour,  lebih menunjukkan yg kita ni moden,  yg kita ni sophisticated,  yg kita lebih  international gitu? Atau yg kita ni ada English education,  bak kata Usop Wicha?

Kadang2 bila kita bercakap tentang orang lain, kita tak tengok diri kita dalam cermin. Sebenarnya ku mula2 baca rencana itu dalam  blog yg terkenal, yg bernama The Flying Kick -  yg juga patut menggunakan ungkapan Sepak Terbang sebagai nama blognya.

Heheh.  Jgn marah ek.. ku hanya menyatakan suatu,... err sesuatu  kenyataan.

Ok, now, back to the point in question...ahem..izinkan ku bertutur dlm bahasa Inggeris.

See?...even we 'orang Melayu' ourselves are doing that, so how do you expect others to love 'Bahasa Melayu'?

Tapi ku setuju dengan saranan bahawa kita rakyat Malaysia, tak kira dari kaum apa MESTI memartabatkan Bahasa Malaysia dan menggunakannya sebanyak mungkin, dan umum tahu,  Bahasa Malaysia ialah Bahasa Melayu, bukan Bahasa Mandarin, bukan Tamil, bukan Inggeris.

Cara memartabatkan Bahasa Malaysia pulak macam mana?

Ya, seperti yg ditunjukkan oleh ramai di kalangan rakyat Malaysia sekarang, terutamanya ahli-ahli politik.Jadi jika dikatakan yg mereka tidak memartabatkan Bahasa Malaysia, ku rasa itu kurang tepat, malah tidak tepat.

Ku cukup kagum dengan tahap & mutu penguasaan Bahasa Malaysia mereka ini:






 

Dan juga mereka ini:


Sedangkan dia ni pun bertutur dalam Bahasa Malaysia di Parlimen dll, 
walaupun tulang lidah sudah keras:








 ooops.... silap gambar.....

yg ku maksudkan dia nih.

>>>>>













Dia di bawah ni pulak ku tak tahu, sbb ku tak
pernah dengar dia bercakap ..















Tapi, yg MB ini memang perlu menjalani kursus untuk bertutur
Bahasa Malaysia dgn betul, kalau belum terlambat..













GULA-GULA DARI KU


Sudah tiba masanya kita wujudkan sekolah-sekolah  SATU aliran bahasa,  Bahasa Negara Malaysia. 

Sudah tiba juga masanya kita perkayakan anak2 kita dengan bahasa2 Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil dan bahasa2 tempatan seperti Iban, Dusun dll - Bahasa Inggeris untuk sentiasa berada seiringan dgn kemajuan & perkembangan antarabangsa (diwajibkan lulus dgn kredit di sekolah2 & universiti), Bahasa Arab untuk tujuan mendalami agama Islam. Mandarin untuk perdagangan, Tamil dll untuk mengenali satu sama lain dgn lebih intim... 

Sudah tiba juga masanya pemimpin-pemimpin negara, apabila melawat negara2 lain secara rasmi atau menerima pelawat2 negara lain secara rasmi, menggunakan BAHASA NEGARA MALAYSIA sebagai bahasa utama di dalam ucapan mereka. Lepas dah cakap lama sikit, kalau nak tambah bahasa Inggeris atau lain2 tambahlah.  Tetapi, Bahasa Malaysia perlu diletak di tempat yg sepatutnya, sebagai Bahasa Negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan