Ahad, 31 Julai 2011

SHUHARDI, KU MINTA MA'AF

Ku mohon ma'af kepada Sdr Shuhardi Md Isa kerana berkata yg dia berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad yg diserang sakit jantung semasa perhimpunan haram 9 Julai. Posting ku mengenai ini bertarikh 22 Julai 2011.

Sila klik ke posting ku yg berkaitan 








Walau bagaimanpun Shuhardi (atas) Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (URUTSKOP)  - ma'af silap taip, URUSKOP, tidak menafikan yg dia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu.Dan tiada pun menyentuh sama ada dia benar2 pengsan atau tidak.


Sila klik laporan Sinar Harian Edisi hari ini

Petikan dari akhbar Sinar Harian:


"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger yang mengeluarkan gambar saya den:gan mengatakan saya Allahyarham Baha�rudin, telah minta maaf kepada saya, " kata Shuhardi.


Jadi ku telah menjenguk seketika semula ke blog budak PAS Wangsa Maju yg ku rujuk telah berbohong mengenai cerita itu.


Sila klik ke blog budak PAS Wangsa Maju


GULA DARI KU


Ternyata budak PAS Wangsa Maju bukan salah seorang yg meminta ma'af kepada Shuhardi. Dia juga tiada meminta ma'af kepada pembaca2 blognya secara terbuka dalam blognya kerana telah berbohong atau tersilap maklumat dan membuat andaian sendiri,  di dalam keghairahannya memburuk-burukkan pihak Polis Di Raja Malaysia. 

Malahan, Shuhardi pun sama dengannya, kerana lebih ghairah menyalahkan Polis daripada marah orang2 bodoh yg mengeluarkan berita 'kematian' beliau yg bermuka beliau tetapi bernama Baharuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan