Jumaat, 12 Ogos 2011

ASYRAF HAZIQ: DUNIA TERSENTUH

Mohd Asyraf Haziq, pelajar tajaan MARA
dikunjungi Datuk Mukhriz Mahathir

Ku tersentuh dan tak sedar  air mata membasahi pipi di pagi Jumaat bulan Ramadan yg mulia ini apabila membaca laporan dalam akhbar tentang sentuhan rasa yg dicurahkan kepada pelajar Malaysia yg ditimpa malang ketika rusuhan di London beberapa hari lalu.

Tersentuh bukan sahaja kerana apa yg terjadi pada Mohd Asyraf tetapi juga sokongan kemanusiaan yg diterima Asyraf dari manusia-manusia yg baik hati ekoran dari apa yg dialaminya. Begitulah baiknya insan ciptaan Allah. Mereka benar2 tersentuh dan bersimpati dgn apa yg terjadi pada seorang insan lain.  Tak kira apa agama, bangsa dan kerakyatan seseorang.

Ini dia laporan yg menyentuh hati ku  Sila Klik Laporan The Star

Terjemahan:  Klip video YouTube yang menunjukkan perusuh2 di London memukul dan merompak pelajar Malaysia Mohd Asyraf Haziq Rossli telah menyentuh hati berjuta manusia di seluruh dunia.


Klip itu telah menjadi simbol ikon tentang keganasan yg tidak masuk akal di Britain, di mana Perdana Menteri David Cameron sendiri memetik insiden yang menimpa Asyraf sebagai contoh betapa tidak munasabahnya insiden2.

Video yang bertajuk  “London Riots-scum steal from injured boy” ('Sampah' Rusuhan London rompak remaja tercedera) menduduki tangga ke 7 video yg paling ditonton di YouTube minggu ini, apabila mencatat lebih 2.9 juta penonton dari seluruh dunia.  

Klip YouTube - Setelah cedera dibelasah, Mohd Asyraf dicuri pula oleh 'penolong2'



Lihat juga Asyraf diwawancara oleh British TV di bawah

Cerita yang menimpa Asyraf juga mendapat peminat facebook apabila kisah2 yang bertajuk  “Support for student Mohd Asyraf Haziq, robbed while bleeding heavily” (Sokongan bagi pelajar Mohd Asyraf Hazig, di rompak ketika berlumuran darah) menerima 249 'suka' sementara “Get Well Soon Asyraf Haziq” (Cepat Sembuh Asyraf Haziq) menerima 990 'suka' sehingga semalam. 

Jamie Cowen, seorang bekas pekerja persatuan British 'Save the Children', (Selamatkan Kanak-Kanak) telah melancarkan satu kempen internet untuk membantu Mohd Asyraf. Berasaskan akaun Twitter Cowen, kempen itu setakat ini telah menerima 4,000 (kita2 berjumlah RM19,350) sumbangan dan bayak lagi masih mencurah masuk.

“Lebih dari 1,200 org telah menderma," kata Jamie, antaranya sebuah firma pembuat basikal British yang menjanjikan sebuah basikal baru bagi  Mohd Asyraf kerana basikal miliknya telah dicuri.

Antara lain sumbangan2 ialah dua tiket kelas satu menaiki sebuah syarikat keretapi British untuk  Mohd Asyraf menjelajah ke mana-mana  dan khidmat pergigian percuma dari doktor gigi  Martin Nakisa di Britain.

Laman web bergelar 'mari lakukan sesuatu yg baik untuk Asyraf'  “Let's Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) juga menerima beribu-ribu sokongan hanya setelah beberapa jam saja ia dilancarkan pada hari Rabu.

Sila Klik untuk ke Laman web "Let's Do Something Nice for Ashraf Haziq (+others) 

Dalam klip video yg dirakam oleh kawannya,  Mohd Asyraf semasa terlantar di katil di Royal London Hospital berkata beliau sedang berbasikal dengan seorang pelajar lain hendak pergi  melawat kawan mereka apabila segerombolan 20 org samseng menujunya.
                                                        
“Aku rasa ada antara mereka yg bersenjatakan pisau. Yang termuda nampak mcm murid sekolah rendah. Dia org datang se kumpulan, mula-mula tak menyerang. Dia org hendakkan basikal ku. 


"Lepas tu ada seorang dari dia org  yg memasukkan tgn dalam kocek ku nak  mengambil telefon bimbit aku. Dia menarik basikal dan lepas tu aku  tak tahu apa yg terjadi. Sedar2 ku terjatuh dan mulut ku berdarah. Nampak gayanya aku telah dibelasah," kata Asyraf dalam Bahasa Melayu. 

“Semua orang lari dari tempat kejadian. Lepas tu ada beberapa org yg menghampiri aku, dia org kata nak tolong aku, tapi yg berdiri di belakang aku mencuri barang2 dari beg galas aku," tambah Asyraf.  



                                                        Wawancara TV


UMNO menaja ibubapa dan adik
Asyraf terbang ke London 


GULA DARI KU


Ya,  manusia itu sebenarnya baik. 

Tetapi bila tertekan, terpengaruh, terbawa-bawa oleh perasaan, apabila mereka lebih emosi dari berfikir dgn rasional, manusia boleh jadi lebih jahat dan ganas dari binatang. Itu lah juga yg berlaku di Britain baru-baru ini.

Seorang wanita terjun dari bangunan
yg sedang terbakar semasa
rusuhan di London




Bayangkan jika itu terjadi di negara kita...

Namun, ia pernah terjadi ...ya Peristiwa 13 Mei, 1969.  


Dalam hal di Britain, Perdana Menteri David Cameron sendiri mengaku yg Polis British tidak bertindak betul dan terlalu lembut  untuk mengekang  rusuhan dari merebak dari bandar ke bandar.

Terdapat unsur2 pergaduhan perkauman... kulit hitam lwn Asia, walaupun asalnya ia hanya bermula dari pemberontakan  terhadap Polis yg  telah menembak mati seorang penjenayah bernama Duggan.


Kerosakan akibat dibakar
Bas terbakar
Sambil demonstrasi, sambil curi
                                                                              
Polis & perusuh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan