TANDAS KONSPIRASI DALAM TANDAS KONSPIRASI TANDAS KONSPIRASI DALAM .......
Anda dah tau kan kes gambar pemimpin PKR Azmin Ali dalam tandas tu. Tak payah la taruk gambar dalam tandas tu kat sini...malu...
Hanya ku nak kongsi sama rencana yg ku jumpa dalam blog PR ni :
Rencana tulisan warga PR ini sebenarnya satu pengakuan rasa sedar diri supaya org2 PKR jangan sewenang-wenangnya melemparkan segala tuduhan pada org lain, terutamanya BN/UMNO. Azmin sendiri pun cari jalan pintas dgn terus melulu tanpa usul periksa memberi komen 'dah dekat pilihanraya, ini satu lagi konspirasi BN/UMNO'.
Sila ambil catitan yg apa yg terkandung di bawah bukan dari mulut ku tetapi 100% dari blog org PR dan segala pendapatnya adalah pendapat seorang penyokong PR. Ku hanya 'cut & paste'

Video Seks Azmin Di Dalangi Pejabat MB Selangor?
HAMPIR
pasti, video seks yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin
Ali akan tersebar dikhalayak umum tidak beberapa lama lagi setelah
sebahagian gambar-gambar dari rakaman video tersebut mendapat perhatian
umum minggu ini
Tak kisahlah sama ada Azmin benar-benar
terlibat dalam skandal seks tersebut atau beliau diperangkap pihak-pihak
tertentu dengan menggunakan lelaki lain yang hampir menyerupai beliau,
satu yang pasti ialah, ada dalang yang terlibat dalam usaha tersebut.
Perkara itulah yang penulis ingin nak bincang dan kongsikan hari ini.
Kalau nak pilih jalan singkat, kita
boleh menuduh UMNO terlibat. Tapi itu kelihatannya terlalu mudah, bukan
sahaja mudah, malah kelihatan kurang cerdik juga.
Samalah kurang cerdiknya dengan individu yang menggunakan laman web papagomo.com untuk mengedarkan gambar-gambar itu.
Sedangkan papagomo.com adalah
laman web pro UMNO yang diketahui sudah hilang kredebiliti dari awal
apabila cubaan pertama melalui penyebaran video seks yang dikaitkan
dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal mencapai matlamat.
Maaf cakap, tapi hati penulis kuat mengatakan bahawa perkara ini bukan dilakukan oleh UMNO, tapi dalam PKR sendiri.
Dari maklumat-maklumat yang penulis
dapat, ada besar kemungkinan dalang disebalik penghasilan video
tersebut, berada di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim.
Asas kepada tuduhan itu mudah. Umum
sudah mengetahui bahawa, kalau pun Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya
di Selangor selepas mandat kerajaan negeri berakhir tahun depan, TS
Khalid tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar.
Sebaliknya Azmin, selaku Pengerusi PKR Selangor yang akan mengisi jawatan tersebut.
Penulis tidak mengatakan bahawa TS
Khalid terlibat secara langsung dalam perkara ini, beliau mungkin tidak
tahu menahu pun tentang pembikinan video itu.
Maklumat penulis mengatakan ia mungkin
dilakukan oleh mana-mana pegawai dalam pejabat Menteri Besar Selangor
yang bakal hilang kelebihan/pendapatan jika Azmin mengambil alih jawatan
– terutama yang perempuan.
Sudah tentu Azmin akan menyingkirkan
semua pegawai yang berkhidmat di bawah TS Khalid dan mengganti
dengan pasukannya sendiri. Ini adalah lumrah biasa yang berlaku
dimana-mana pun bila bercakap tentang jawatan kerajaan yang dibuat atas
lantikan politik.
Pihak-pihak ini pula ada yang melepaskan
jawatan selesa dan bergaji besar masing-masing antaranya di syarikat
petroleum terkemuka negara untuk menerima tawaran berkhidmat dengan
pejabat Menteri Besar Selangor sebaik Pakatan Rakyat berjaya membentuk
kerajaan di negeri tersebut pada 2008.
Takkanlah pengorbanan yang sebegitu
besar hanya bertahan selama 5 tahun? Anggapan penulis, maka itulah
digunakan pendekatan kotor sedemikian untuk memastikan Azmin tidak
berjaya menjadi Menteri Besar Selangor dan seterusnya membuka jalan
kepada TS Khalid mengekalkan jawatan.
Tapi itu hanya hipotesis penulis berdasarkan maklumat-maklumat yang ada.
Apa pun, pada penulis, mana-mana satu
pun dari perkara yang dibincangkan di atas tidak akan menguntungkan
Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, amat penting untuk Pejabat Menteri
Besar Selangor mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut
dengan segera, sebelum keadaan bertukar menjadi lebih buruk.
Kadang-kadang kita terlupa, Azmin pun ada orang-orang disekitarnya juga. Politiklah katakan.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Rakyat pun tidak heran sbb PKR memang hidup dgn KONSPIRASI, sehingga di kalangan dia sendiri pun dia berKONSPIRASI.
PKR itu sendiri berlandaskan kepada andaian wujudnya teori konspirasi terhadap pengasas dan pemimpin2nya. . Malahan PKR itu digelar sesetengah org PARTI KONSPIRASIKAN RAKYAT. Ya, 'konspirasikan', bukan 'konspirasi', sbb ia mengajak dan menghasut rakyat supaya percaya kpd teori konspirasi yang dicanang olehnya.
Cuba anda google perkataan 'konspirasi rakyat' dalam internet tgk, lebih 90 peratus yg keluar ialah PKR atau PR - sbb dia org makan, minum, jaga & tidur dalam dendangan 'konspirasi'. Jadi elok sangatlah do'a konspirasi mereka dimakbulkan - jatuh ke batang hidung sendiri.
Apa pun, kerja dalam atau kerja luar, beranikan mereka menafikan kesahihan fakta yg terdapat dalam gambar itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan