AKHIRNYA barulah kita dapat dengar seorang peguam yg tulen,
yg memiliki kualiti seorang peguam yg benar2 menegak undang-undang & kebenaran, yg sekarang ini
cuma tinggal segelintir!
Nama peguam jenayah senior ini ialah Ranjit Singh Dhillon,
peguam yg berwibawa dan established.
Tuan Ranjit Singh Dhillon, saya menghormati ketegasan dan keberanian anda. Yes, you have
my respect Sir. You have guts! Not like
most of the other Bar Council members.
Ini lah baru dikatakan peguam yang berani dan berintegriti.
Bukan peguam kaki hangguk mcm ahli2 Bar Council
yg lain yg berat sebelah. Beliau
seorang ahli senior Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) yang tahu akan tugasnya sebagai seorang profesional.
Dalam beberapa tahun akhir2 ini sememangnya Bar Council
memainkan peranan mcm parti politik mewakili pembangkang. Tanyalah mana2 organisasi media, sudah mesti mereka akan mengakui yg hampir setiap hari, kerja Bar
Council adalah bertalu2 menghantar facsimile demi facsimile Siaran Akhbar (Press Release). Dan terlalu banyak fax ini berbau
memihak kepada pembangkang.
Bar Council sudah
jadi mcm cabang atau cawangan badan politik berhaluan kiri. Seolah2 sudah ada satu agenda bersama. Apa sahaja yg dilakukan oleh kerajaan
akan dibangkang dan dikritik, sehinggakan ketara sangat
tidak rasional dan bercanggah dgn semangat berpegang kpd undang2 & menegak keadilan tanpa
memihak mana2, seperti yg sepatutnya menjadi prinsip dan amalan badan profesional yg bernama Majlis Peguam.
Dengan nada yg serius, tegas dan bersungguh2 Peguam Ranjit Singh Dhillon mengutarakan soalan2 yang
memang wajar kepada Presiden Bar Council, iaitu soalan2 yg berkait dgn kenapa Bar Council membuat laporan yg begitu tergopoh-gapah & terburu-buru tentang apa yg berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, kenapa penyediaan laporan itu tidak dibuat secara terperinci & berkecuali mengambilkira setiap sudut dgn teliti dan kenapa pula apabila menyentuh tentang apa yg sebenarnya yg tercetus beberapa saat sebelum rempuhan berlaku Bar Council bersikap 'senyap & sunyi sama sekali' padahal pihak polis bertindak dgn berhati2 dan akhirnya terpaksa melaksanakan tugas, menjalankan perintah mahkamah, dan sudah sepatutnya respons dari badan profesional itu terhadap soalan2 beliau itu dinanti2.
Yang beliau mahu ialah sikap yg sepatutnya dari satu badan profesional sebab Majlis Peguam bukan sebuah parti politik. Yang beliau minta ialah keadilan yg mutlak, bukan keadilan yg berkepentingan politik dan memihak2. Pada hemah beliau, tidak ada mana2 negara ASEAN malah seluruh dunia sekalipun yg sanggup memberikan begitu baik kemudahan untuk rakyat berkumpul untuk bersuara seperti yg telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Sudah diberi Stadium Merdeka, sesuatu yg dituntut mereka semasa Bersih 2.0 dulu, tetapi ditolak, nak buat di Dataran Merdeka juga. Sila tonton video di bwh dan teliti soalan terperinci beliau.
Yang beliau mahu ialah sikap yg sepatutnya dari satu badan profesional sebab Majlis Peguam bukan sebuah parti politik. Yang beliau minta ialah keadilan yg mutlak, bukan keadilan yg berkepentingan politik dan memihak2. Pada hemah beliau, tidak ada mana2 negara ASEAN malah seluruh dunia sekalipun yg sanggup memberikan begitu baik kemudahan untuk rakyat berkumpul untuk bersuara seperti yg telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Sudah diberi Stadium Merdeka, sesuatu yg dituntut mereka semasa Bersih 2.0 dulu, tetapi ditolak, nak buat di Dataran Merdeka juga. Sila tonton video di bwh dan teliti soalan terperinci beliau.
VIDEO
--- “ Are we professionals, are we lawyers Mr President?
the barricade was removed . After the
barricade was removed the crowd stormed through. Fifty metres! police
did not take action, police were patient up to that point. And when the crowd
became unruly, property damage was created, chaos. What did u expect the police
to do? What do u expect if your family was there Mr President??? Right?? “
“Adakah kita profesional, adakah kita peguam Tuan
Presiden? Tembok rintangan telah dibuka.
Selepas ia dibuka kumpulan ramai yg mengerumuni telah meluru/merempuh masuk.
Lima puluh meter! Polis tidak mengambil sebarang tindakan, setakat itu polis
masih sabar. Dan apabila kumpulan ramai menjadi tidak terkawal, harta benda
dirosakkan, keadaan menjadi huru-hara. Apa
yang anda fikir polis harus lakukan? Apa yg anda jangkakan harus dilakukan jika anggota keluarga anda juga berada di
situ Tuan Presiden??? Betul tidak??
--- “Tan Sri Ismail Omar has said there are a few bad apples in the force. He was candid and frank enough to admit that. Are we now, in the bar council frank enough to admit that there are rotten
apples on top of the heap. You contradicted yourself, now pls give the full picture of actually what happened.”
“Tan Sri Ismail Omar telah berkata yg ya memang ada
segelintir anggota polis yang tidak elok perangainya. Beliau secara berterus-terang telah mengaku demikian. Adakah kita, di Bar Council, sanggup
berterus-terang mengakui yg terdapat mereka yg berperangai busuk di atas
longgokan ahli2 kita? Anda menyanggah
kata2 anda sendiri, sekarang tolong berikan gambaran sepenuhnya apa yg
berlaku."
--- "It is supposed to be a
gathering of NGOs. Everytime a gathering
of NGOs happens a certain political
leader will be arm-in-arm with the so-called organisers of the event. And it is
strangely silent (the Bar Council) when it comes to who broke the barricade –
that certain so-called political figure? - “NO COMMENT, NO COMMENT, NO COMMENT”."
"Ia sepatutnya adalah satu perhimpunan badan2 bukan kerajaan (NGO).
Setiap kali berlakunya perhimpunan NGO, seorang pemimpin politik tertentu akan berganding
lengan dengan mereka yang kononnya penganjur himpunan. Dan anehnya Bar Council
langsung senyap sunyi apabila timbul pertanyaan siapa sebenarnya membuka/membolos tembok
halangan – tokoh politik itu kah? – “NO KOMEN, NO KOMEN, NO KOMEN”."
Ya, selagi seorang peguam itu dinamakan peguam, memang sewajarnya ia tidak berat sebelah dan tidak main politik bila berhadapan dengan perkara yg berkait dengan undang2 Negara, keselamatan org awam dan kesejahteraan rakyat.
Dan jika mereka
mahu menyertai politik Negara seperti yg diperlihatkan oleh Presiden Majlis
Peguam (Bar Council) dan rakan2nya mereka harus dengan secara terhormat tinggalkan Bar Council & masuk
bulat2 ke dalam gelanggang politik!
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
GULA DARI KU
![]() |
Law & Order tarts |
Akhir2 ini Bar Council di bawah sepanduk Bersih 3.0 nampak
sgt menyebelahi pihak yg melanggar undang2. Semua yg baik dan wajar
diperlakukan oleh polis dikecam dan dibengkokkan. Memang senget punya
Majlis Peguam.
Sudah tiba masanya ia
kembali lurus ke semangat dan pendirian asal dan sebenar, bukan sahaja dlm hal2 yg berkait dgn Bersih tetapi dlm semua perkara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan