Rabu, 16 Mei 2012

KREDIBILITI DAP HANCUR!


LIM GUAN ENG BIADAP: TUNKU AZIZ

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyerang secara terbuka Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut sebagai biadap. Menurut mantan Naib Pengerusi DAP itu, Lim Guan Eng cuba membelinya dengan wang ringgit apabila menawarkan gaji RM50,000 untuk menyertai Think Tank Kerajaan Negeri sebagai pujuk rayu agar supaya beliau menarik keputusan keluar daripada parti. "Guan Eng tersilap, apabila mahu membeli pendirian saya dengan imbuhan"-Tunku Abdul Aziz.

Mula2 DAP mengarahkan Tunku Abdul Aziz supaya senyap, supaya berhenti menyuarakan pendapat beliau mengenai Bersih 3.0. Lepas tu apabila Tunku Aziz meletak jawatan demi prinsip, DAP tersentak yang imejnya tercalar, jadi cepat2 parti itu meminta Tunku Aziz mempertimbangkan semula keputusan beliau. Tapi parti itu lupa mempertimbangkan semula keputusannya menempelak  naib-pengerusinya sendiri.

Yang pasti DAP telah menyerlahkan belangnya sebagai satu parti yg autokratik yang cuba mensenyapkan sebarang penentangan. Ia juga membogelkan hakikat bahawa ia adalah satu parti yg opportunistik, yang sanggup menjilat balik air liurnya demi kerana pilihanraya sudah hampir tiba.

Sebelum itu Tunku Aziz telah dikiritik oleh setiausaha-agung Lim Guan Eng kerana menyuarakan pendapat bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan polis semata-mata atas keganasan yang berlaku pada 28 April.

"Penganjur Bersih harus menerima hakikat bahawa terdapat banyak elemen di dalam perhimpunan itu sendiri terdiri dari mereka yang berhasrat mencetuskan huru-hara buat tempoh selama yang mungkin," kata Tunku Aziz kepada akhbar The Star baru-baru ini.

"Mereka perlu sedari yang merekapun melakukan kesalahan dan jangan cuma menuduh pihak polis. Lagipun mereka bukan malaikat yang baru turun dari syurga yang tidak boleh dipersalahkan langsung," katanya. 

"Bersih 3.0 hilang kawalan terhadap agendanya sendiri kerana agenda mereka telah dirampas," tambah Tunku Aziz. Kata2 inilah yang telah menaikkan darah pucuk pimpinan DAP.

Tapi sekarang, dengan DAP kehilangan pemimpin Melayunya yang  paling kanan dan yang juga telah mengumumkan bahawa Kerajaan BN "berada atas landasan yang betul" dengan menggerakkan program  transformasinya, tiba2 Guan Eng cuba memujuk.

Dalam kenyataan beliau Guan Eng berkata "Walaupun Tunku menentang secara terbuka, pucuk pimpinan DAP tidak mahu beliau meninggalkan parti tetap mahu dia tetap kekal sebagai naib-pengerusi. Saya harap kami dapat menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat."

Tapi tindakan jilat balik air liur oleh Guan Eng itu tidak 'dibeli' oleh sesiapapun, terutamanya Tunku Aziz. 

Beliau terus mengumumkan melalui tv arus perdana yang beliau akan meletak jawatan dari DAP. 

"Ya, kita telah membuat kerajaan tahu tentang protes kita, tapi jangan lupa ia adalah kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.  Apakah kita perlu adakan protes Bersih lagi? Jika kerajaan ini kerajaan yang tidak peka dengan tuntutan rakyat ia tidak akan membenarkan tiga himpunan seperti yg telah diadakan," ujar beliau.
________________________________________________________________


GULA DARI KU

Roket DAP kini cuma layak jadi kon ais krim



Tunku Abdul Aziz adalah seorang kerabat di raja Kedah yang sangat disegani kerana beliau merupakan seorang tokoh korporat yang terkemuka dan bijaksana dan merupakan presiden pengasas  Transparency International Malaysia (Badan Ketelusan Antarabangsa Malaysia). Beliau dikenali sebagai seseorang yang serius dan tegas serta berpegang teguh kepada prinsip.   

Keluarnya beliau dari DAP bukan calang-calang impaknya terhadap kredibiliti/kewibawaan DAP sebagai sebuah parti yg demokratik. Malah, apa sahaja kredibiliti yg dinikmatinya selama ini sudah hilang. Tunku Aziz telah menelanjangkan secara telus siapa dan jenis apa parti dan kepimpinan DAP sebenarnya.

Takkan ini pun nak salahkan BN & UMNO kot!....Sendiri buat, sendiri tanggung la!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan