Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH TAK PERCAYA DEMOKRASI



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin perhimpunan BERSIH 3.0  Sabtu lalu, berhasrat menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: 'Doktor Umum' di Putrajaya petang semalam.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Protes itu, katanya, adalah untuk memberi gambaran ketidakstabilan negara bagi mewujudkan keperluan untuk menukar rejim dengan bantuan kuasa asing.

"Gangguan itu adalah kerana mereka mahu menunjukkan bahawa negara ini diperintah oleh diktator... Mereka akan gembira jika orang asing bawa pesawat dan bom Kuala Lumpur. Mereka akan berkata 'saya telah melakukan satu perkara yang baik untuk negara ini'," katanya sambil menambah bahawa itulah pembangkang dan gerakan BERSIH.

Di negara-negara di mana kerajaannya telah digulingkan, kata beliau, 99.9 % undi pilihanraya dimenangi oleh penyandang kerajaan. Tapi, tidak begitu halnya di Malaysia di mana pembangkang memenangi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, dan Terengganu dan Sabah sebelum ini. Sejarah negara ini membuktikan yg demokrasi diamalkan dgn betul.

"Pembangkang selalu menang pilihanraya di sini, cuma mereka tidak cukup undi untuk menubuhkan atau menggantikan kerajaan pusat," tambahnya.

Jadi mengapa SPR sentiasa dipersalahkan? Terima sajalah kenyataan dan patuhi proses demokrasi.

Tun juga menambah, himpunan besar2an seperti itu juga adalah taktik Pembangkang untuk memburukkan SPR.  "Itu akan dijadikan alasan kelak jika  mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat."


GULA DARI KU

Ku nak berkata kpd Tun Mahathir "You hit the nail on the head"...ya, apa yg dikata beliau satu kenyataan yg tepat. 

Ia sama seperti komen Tun bila tiba2 ramai di kalangan pembangkang heboh desak Pengerusi SPR letak jawatan kerana beliau ahli UMNO. Komen Tun Mahathir, dalam nada yg sgt mudah dan sinis: "Apa masalah? Dalam kerajaan pun ramai org PAS!"  

Beliau merujuk kpd hakikat  bahawa ramai di kalangan kakitangan kerajaan adalah org PAS, ahli & penyokong2 PAS.  Letaklah jawatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan