SUDAH lama benar ku sibuk mengutarakan hal2 berat (
heavy stuff) dalam blog ku ini.
Its time to relax a bit, get away from them for a while, from politics especially. Asyik politik, politik dan politik. Macam lah tidak ada benda lain dalam hidup kita ni melainkan politik, kan?
Ok lah.
Lets talk about language, the lighter side of it. About the effects of language on our daily lives.
Ku lepas makan sejenis kuih popular untuk sarapan.Mesti ada di kalangan pembaca budiman juga suka kan kuih ini.
Ya, kuih yg dalam gambar di sebelah ni. Rasanya pun kita dah tahu dah mcm mana kan? Ada yg berinti kentang, ada yg berinti daging, ada yg berinti sardin, ada yg berinti ayam dll lagi.
Tentu ramai yg akan terus berkata
"karipap!"
Perkataan
karipap ni, sudah menjadi begitu sebati dgn org Melayu, sehinggakan mereka yg petah berbahasa Inggeris sendiri pun tak tahu yg ia berasal dari perkataan Inggeris.
Masa zaman penjajah dulu, mem2 omputih atau matsaleh la yg mula perkenalkan kuih ini pada org kita.
Nama asalnya ialah
CURRY PUFF.
Curry bererti
kari dan
puff pula bererti 'pastri lapis' (menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka). Hehehe.
Jika kita tengok, perkataan 'pastri' itu sendiri pun berasal dari Bahasa Inggeris, iaitu
pastry. Jadi untuk belajar Bahasa Melayu di zaman ini, kita perlu tahu Bahasa Inggeris dulu. Begitu lah nampak nya.
Dan kata Kamus Dewan lagi, perkataan
pastry itu bererti :
Adunan tepung yang biasanya dimasukkan inti daripada daging cincang, kentang dan sedikit serbuk perasa yang dimasak dan dibungkus. Panjang lebar kan takrifnya? Sebab itu lah dipendekkan menjadi 'pastri' sahaja.
Tapi pada ku, perkataan
puff ini lebih sesuai diterjemah sebagai 'pastri menggelembung' sbb bukan semua kuih yg dipanggil
puff it berlapis. Misalnya kuih
Cream Puff, tak berlapis tapi mengelembung atau kembung. Bagi
Karipap pula, ada yg pastrinya berlapis ada yg kembung.
Jadi bagi mereka yg tidak tahu, sekarang dah tahu la kan? Kaum Cina di Malaysia pun sudah sebati dengan penggunan perkataan
Karipap ini. Cuma sebutan mereka ialah
Kalipap.
SATU lagi jenis makanan yg dijual di restoran2 Melayu, yg ku pasti org yg memasak dan menjualnya pun
haven't got a clue what the word means or where it comes from (tak tahu menahu langsung asal-usul perkataan itu), ialah sejenis masakan yg lazat, yg dikenali sebagai
Bistik.
Sebenarnya nama asal masakan itu ialah
BEEF STEAK. Org Melayu kita mmg suka makan
beef steak. Mengikut cerita org tua ku, masa zaman British dulu kalo pegawai2 kerajaan Melayu pergi makan ke restoran2 seperti F&M atau restoran2 yg terdapat di Rest House (Rumah Rehat) di bandar2 di Semenanjung nih, ataupun di hotel-hotel, mereka suka pesan
beef steak nih. Ia juga kegemaran 'tuan-tuan' dan 'mem-mem' Inggeris. Dan ia dimasak oleh tukang masak-tukang masak berbangsa Cina (Hailam).
Berbeza dari resipi biasa
steak yg terdapat di England, Amerika, Australia dll,
beef steak ala Malaya ini ada ramuannya tersendiri.
Dan sebutan
Stick (
Bistik) bagi
steak itu memang cara sebutan org Melayu kita. Kalau omputih dengar tentu dia ingat kita suka makan
kayu (
stick) kan? Bunyi sebenar perkataan
steak itu ialah
stek (di mana
ek yg di hujung itu sama seperti bunyi
kek atau
cake), dan bukannya
stik atau
stick.
Bistik juga popular di Indonesia, di mana ia juga dikenali dgn nama yang sama -
Bistik.
 |
'Bistik' Indonesia |
 |
'Bistik' ala Malaysia |
Satu contoh yg menunjukkan yg mereka yg pakar masak bistik pun tak tahu asal usul perkataan itu boleh dilihat dalam laman web di bawah ini:
SILA KLIK UNTUK KE LAMAN WEB
Ya,
BISTIK DAGING (BEEF BISTIK) : Begitulah bunyi nama masakan yg dipaparkan oleh pakar masak dalam laman web di atas dan yg di dalam kurungan itu pula ialah terjemahan Inggerisnya. Sangat menggelikan hati.
Dan jgn pula anda selepas ni pergi ke restoran Melayu dan buat
order mcm nih: "Saya nak
beef steak" dgn sebutan yg betul bagai, nak berlagak 'aku pandai' la konon..hehehe.. Jawapan pelayan tu sudah pasti "Errr..itu takda Encik,
bistik ada".
Begitu lah Malaysia yg serba 'moden' ini, yg betul dikatakan salah, yg salah dikatakan betul.
GULA DARI KU
Elok juga jika kita ambil tahu asal-usul sesuatu nama atau sesuatu bahan itu, supaya kita lebih celik kepada realiti. Ada juga org yg tidak tahu bahawa asal-usul gula itu ialah dari batang tebu (kiri).