Rabu, 19 Oktober 2011

HIMPUN AMAN KASIH ISLAM

Ku tersinggung dengan komen2 pembaca satu akhbar online - akhbar yg mendakwa dirinya menyatakan suasana terkini tanah air.

Perkataan 'Kini' yg dijadikan sebahagian dari nama akhbar tersebut tetap ku anggap rata-rata 'kini' senario politik tanah air - dari sudut kaca mata POLITIK SEBELAH PIHAK para pengarang akhbar itu yg teruja mensensasikan apa saja yg menyumbang terhadap memburuk-burukkan dan mempersenda-sendakan segala usaha murni yang tidak memihak kepada selera negara 'Malaysia' ala mereka.


Banyak komen2 yg sinis dan berbau syak wasangka disiarkan yang memandang serong dan mempersendakan hasrat murni NGO2 Muslim tertentu yang menganjur Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan berlangsung dua tiga hari lagi. 'Selamatkan Akidah' menjadi tema perhimpunan.


"Satu perkara yg sangat jelas. Ada beberapa orang beragama Islam yg tidak mempercayai/yakin akan iman mereka sendiri sehingga sanggup mengadakan perhimpunan untuk mengisytiharkan  yang mereka beriman??? Jika anda mempunyai iman dalam agama anda sendiri mengapa perlu adakan perhimpunan? Adakah ada takut/khuatir yg saudara2 Muslim anda mempersoalkan kepercayaan/agama (aqidah Islam) anda? Jika begitu, bersemuka/berhadapan lah dgn mereka dan jawab kesangsian saudara2 Muslim anda tapi jangan heret orang Kristian dalam pertikaian ini dan hentikan cakap yg bukan2 tentang mempertahankan keimanan anda. Tiada sesiapa yang mengancam iman anda!"

Begitulah bunyi salah satu komen (komen asal dalam Bahasa Inggeris) pembaca yg disiarkan dalam akhbar tersebut. Ia ku anggap satu komen yg dibuat oleh seseorang yg takut. Takut tentang kesan daripada himpunan tersebut.  

Ya, insyaAllah, ku berdoa agar himpunan tersebut akan berjaya sebagai titik permulaan, menyemaikan rasa kasih sayang ummah terhadap aqidah yg kita pegang walau apa sekalipun pendirian politik kita. Ternyata ia bukan dianjur oleh PAS, UMNO atau mana-mana parti politik atau kerajaan. Ia tersendiri, dari pertubuhan2 bukan kerajaan (NGO) Islam yang percaya bahawa perpaduan ummah itu lebih penting dari segala-segalanya dan sudah tiba masanya umat2 Islam di negara ini memupuk kasih sayang sesama sendiri dan tidak dihanyutkan oleh arus politik semata2.   Teruskan berpolitik untuk kesejahteraan negara, tapi jangan bercakaran sesama ummah & abaikan kekukuhan padu ummah kita, dalam semangat BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!




GULA DARI KU


Ku yakin akan kemurnian hasrat HIMPUN ini. Ku yakin yang ia bukan satu dakyah politik. Ku yakin yg ia tidak bertujuan langsung mempersenda dan mengutuk agama lain yang diamalkan oleh rakyat negara ini. Ia dianjurkan oleh pertubuhan2 Islam demi perpaduan ummah itu sendiri kerana kita kasih kepada Islam dan kita kasih kepada kesucian aqidah Islam itu. Kita tak rela, kita sedih jika ada di kalangan kita yang hanyut dan terpesong kerana kita sendiri tidak mengambil berat dan membiarkan mereka hanyut. 

Jom!  Ayuh kita bersama-sama dalam aman damai serta penuh rasa kasih kepada Allah SWT  yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mencipta segala, kepada Rasulullah SAW  yg membawa perutusan Allah kepada kita. Perutusan tauhid, perutusan kebenaran.  

Demi kita, untuk masa depan anak cucu kita. Kita bersama-sama bertanggungjawab memelihara dan memupuk aqidah.  Jom! Bawa keluarga, anak2 kita sekali.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan