Berbeza dari zaman Dr Burhanuddin Helmi atau Datuk Asri Hj Muda menerajui PAS dulu, PAS kini menjadikan pelaksanaan hukum hudud matlamat yg didahulukan.
Mesti pemimpin2nya penuh keyakinan dgn haqqul yaqin yang mereka telah menjalankan tarbiyyah yg sudah cukup mantap kpd majoriti kaum Muslimin di negara ini, atau sekurang2nya di negeri Kelantan ataupun Kedah.
Tapi adakah tarbiyyah menjadi program utama parti tersebut ataupun sekadar politik dan polititk dan politik dan ceramah2 politik yg meng'utilise'kan agama Islam untuk tujuan berkuasa? Itu dikatakan tarbiyyah?
Sesiapa sahaja yg mempersoalkan 'keazaman' pelopor2 hukum hudud tersebut dilabel oleh parti tersebut dgn mcm2 label seperti "org yg tidak mahukan Islam", "org yang mempersoalkan hukum Allah", "org yg takut kpd hukum Allah mcm takutkan hantu".. dan macam2 lagi.
Padahal intipati dan 'roh' agama Islam itu sendiri belum ada, yg ada masih 'Islam' dibibir, dihiasi dgn 'ritual2' dan kulit2 yg dijadikan 'lambang' Islam.
Persoalan yg ku ingin utarakan ialah:
- adakah agama Islam itu hanya berlegar di sekitar perundangan tanpa menyediakan tunjang yg cukup kukuh yg sepatutnya menjadi anchor atau sauh di mana perundangan Islam itu berdiri? Dan adakah mereka pula (pemimpin2 parti politik berkenaan) memiliki ciri2 mithali lahir dan batin, berbudi pekerti? Bukankah kejayaan dakwah rasulullah s.a.w itu melalui budi pekerti baginda dan bukan cakap2 dan retorik? Adakah karakterisitik pemimpin2 yg mempelopori pelaksanaan hukum hudud itu sendiri sudah cukup meyakinkan?
- akan selesaikah segala permasalahan masyarakat dgn terlaksananya hukum hudud, tanpa masyarakat itu ditarbiyyah dgn intipati Islam itu sendiri, seperti tauhid, usululuddin, tasauf dll yg bertujuan halus membentuk budi pekerti mereka menjadi insan rabbani? Atau adakah itu cuma domain dan hak para 'ulama' sahaja?
- Adilkah perundangan Islam itu didirikan atau dilaksanakan begitu sahaja tanpa para Muslimin berbekal iman yg kental yg mencorakkan budi pekerti yg luhur yg membuatkan penerimaan mereka terhadap perundangan tersebut TOTAL dgn tiada persoalan lagi?
Pada kefahaman ku yg cetek ini, Tarbiyyah adalah perkataan bahasa Arab yg membawa erti melatih, mendidik, seseorang insan itu menjadi seorang insan rabbani. Tarbiyyah adalah komponen terpenting dalam membina atau menjadikan, melahirkan seseorang atau segolongan insan rabbani.
[Makna literal atau makna sebenarnya insan rabbani itu pula ialah "seseorang insan yg sentiasa berhubung dgn Allah atau jiwanya sentiasa ada pada Allah". Dari segi metafora ia menjadi sesuatu yg lebih abstrak, namun pragmatik (boleh dipraktik). Bolehlah dikatakan yg seseorang atau sekumpulan insan yg insan rabbani itu adalah "seseorang atau mereka yang boleh menyeimbangi elemen2 jati dirinya, iaitu minda, batin (badan), jiwa dan emosinya". Dalam lain perkataan mereka adalah golongan manusia yg berbudi pekerti mithali, lemah lembut, tidak mengeluarkan kata2 kesat kerana itu mustahil dicetuskan oleh org2 yg benar2 beriman]
- Adakah mereka yg beria2 bercita2 melaksanakan hukum hudud ini telah dan sedang dan akan benar2 berusaha melakukan tarbiyyah yg lillahi ta'ala, tanpa ada tujuan2 lain seperti untuk merebut kuasa politik dalam konteks kancah politik sekular?
- Dgn siapakah mereka (pelopor pelaksanaan hukum hudud) ini 'berpakat' dalam cita2 politik/menegakkan perundangan Islam mereka? Adakah mereka berpakat dgn org yg mahukan pelaksanaan hukum hudud, malahan adakah mereka berpakat dgn org2 yg menjalankan tarbiyyah untuk membina dan mewujudkan insan2 rabbani? Atau adakah mereka berpakat dgn kumpulan yg terdiri daripada 'a mixed bunch of worldly politicians who are more out to gain political mileage and power for worldly and secular ambitions'?
- Di dalam negara yg majmuk seperti Malaysia, bagaimana agaknya jika dilaksanakan dua set hukum/perundangan bagi jenayah - satu untuk orang yg beragama Islam, satu lagi untuk yg bukan beragama Islam?
- Adakah dgn memancing undi, dan sibuk berkempen 'undilah kami, undilah PR' insan2 rabbani itu boleh dibentuk dan lahir? Umum tahu yg kempen pilihanraya, pancing-memancing undi, menuding jari sesama insan Muslim, tuduh menuduh, caci-mencaci, memecah-belah sesama Muslim, cemuh-mencemuh itu semua sedang berlaku dan umum tahu siapa yg terlibat. Dan adakah umum menyedari yg ia bukan amalan yg dipupuk oleh Allah SWT? Jadi, apabila mereka yg menggelar diri mereka ulama & dianggap rakyat sebagai ulama sendiri, yg sepatutnya memiliki ciri2 'insan2 rabbani', mengamalkan dan menggalakkan dan mempelopori amalan seperti ini, apakah erinya???
- Betulkah hukum hudud akan dilaksanakan jika parti politik tersebut atau Pakatan Rakyat (PR) berkuasa? Jika selama ini ia tidak dilaksanakan, bolehkah kerajaan yg ada sekarang ini dipersalahkan seperti yg perkatakan oleh pemimpin2 parti berkenaan?
Fikir2kan lah dgn bijaksana dan halus.
Berpakat untuk tidak sepakat? |
GULA DARI KU
ALANGKAH MANISNYA jika sesuatu perundangan Islam itu dilaksanakan setelah majoriti masyarakat bersedia bukan kerana dipaksa, bukan kerana kulit tetapi kerana rohani masyarakat itu sudah sedia dan rela menerimanya. Angan2/impian dan cita2 yg benar2 realisitik adalah dua perkara yg berlainan. Padahal, yang disangka cita2 oleh mereka yg mempelopori Perundangan Islam sekarang adalah sebenarnya masih di tahap angan2/impian semata2. Sebab mereka sendiri pun belum sedia. Nafsu (kehendak) para pemimpin yg hendak kepada perundangan Islam itu masih di tahap 5% nafsu lawwamah & yg bakinya nafsu amarah, jauh lagi mutma'innah & sgt jauh sekali nafsu kamil.
ALANGKAH MANISNYA LAGI jika pelaksanaan dan penerimaan hukum hudud itu bukan terhasil dari kebusukan persaingan, perebutan politik sesama Muslim, tetapi dari dan melalui cara yg suci, putih bersih kerana Allah dan rasul semata2 di mana percaturan, kekotoran 'political rivalry' langsung tidak masuk campur atau dilibatkan sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan