Ya, ku ucapkan 'tahniah' kepada akhbar NST sekali lagi atas penggunaan salah Bahasa Inggeris. Sebagai akhbar berbahasa Inggeris, anda menunjukkan contoh yg begitu baik.
Tambah-tambah lagi hari ini NST mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli akademik yang baru menerima Anugerah Akademia Negara 2009 & 2010. What a brilliant 'academic' present for them. Ya, satu hadiah 'akademik' yg begitu cemerlang bagi mereka.
Ku rasa budak darjah dua pun tahu yg apabila kita gunakan perkataan atau ungkapan congratulations kpd sesiapa dia ada 's' di hujung. Tak pernah ku dengar orang menyebut congratulation! ---- kecuali jika mereka memang buta dan pekak Bahasa Inggeris.
Nah, lihat lah sendiri.
Kurang Jelas? Nah ini dia, yg besar:
Mungkin ada di kalangan pembaca budiman yg membidas balik kritikan ku ini dgn berkata yg ia dieja congratulation kerana ia digunakan sebagai kata nama (noun) dan bukan perbuatan (verb). Maksudnya, ia hanya satu tajuk, bukan ucapan.
Ku tidak bersetuju dgn pandangan itu sbb jika dibuang perkataan itu sama sekali, maka seluruh kandungan muka surat itu tidak akan memberi apa2 maksud, bukan ucapan, bukan pemberitahuan, bukan pengumuman, cuma satu splash atau simbahan yg tergantung di awang-awangan. Perkataan congratulation tidak boleh dianggap sebagai satu tajuk kerana ia tergantung dan tidak memberi maksud 'Ucapan Tahniah'.
Ya, perkataan congratulations juga boleh digunakan sebagai kata nama atau tajuk, misalnya 'A message of congratulations'. Sebaliknya, 'A message of congratulation' (tanpa 's') sangat janggal bunyinya & salah. Sebagai satu tajuk, satu lagi ungkapan yg betul ialah 'A congratulatory message' atau 'Congratulatory Message' sahaja - dalam Bahasa Malaysia/Melayunya 'Ucapan Tahniah'. Dgn cuma Congratulation sebagai kata nama yg tergantung-gantung, ia tidak membawa maksud apa-apa. Dan jika ditambah 's' di hujung ia akan menjadi satu perbuatan, iaitu perbuatan mengekspresikan ucapan tahniah.
Ku pasti yg seluruh muka surat itu dimaksudkan oleh NST sebagai satu ekspresi mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah akademik. Dan sebagai satu ekspresi mengucapkan tahniah, maka ejaan & bunyi ungkapan itu tetap congratulations dan bukannya congratulation.
GULA DARI KU
Ku anggap situasi ini sesuatu yg sangat ironik. Satu akhbar berbahasa Inggeris yg telah ditubuhkan pada tahun 1845 tak tahu menyebut congratulations dan ia diucapkan kepada para intelek negara, ahli2 akademik cemerlang. Kalau ku bos NST ku akan pastikan ia disiarkan semula dgn bahasa yg betul.
Kalau ini satu advertorial ku faham sbb artwork untuk advertorial selalunya disediakan oleh pihak pengiklan jadi NST tidak boleh dipersalahkan jika ada kesilapan. Tapi ini adalah ucapan dari NST sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan