Isnin, 31 Oktober 2011

GADAFFI SHOULDN'T HAVE BEEN KILLED

 Ku setuju sepenuhnya dgn kenyataan Tun Dr Mahathir


Gaddafi tidak wajar dibunuh



SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa dilakukannya.

“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.

“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.

Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.

“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.

Menurut Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan membina sungai.

Katanya, kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.

Namun, kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketakutan apabila Barat cuba membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di dalam khemah yang dikelilingi tembok.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.

Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”

Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.

“Saya berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih.

“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya. 


SILA KLIK LAPORAN ASAL DALAM SINAR HARIAN

LIBYA NEGARA BERKEBAJIKAN

Untuk renungan kita bersama:

1. Di Libya, tidak ada bil elektrik; tenaga elektrik adalah percuma bagi setiap rakyat. 

2. Tidak ada bunga/faedah/riba' bagi pinjaman. Bank-bank di Libya dimiliki kerajaan dan pinjaman diberi kepada semua rakyat Libya pada faedah 0%, dan termaktub di dalam undang-undang negara.

3. Rumah dianggap satu hak asasi manusia di Libya -- Gaddafi telah bersumpah yang ibubapanya sendiri tidak akan diberi rumah sehingga setiap rakyat Libya memiliki rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sementara dia dan isteri serta ibunya tinggal dalam khemah.

4. Semua pasangan yg baru bernikah di Libya menerima 60,000 Dinar (AS$ 50,000) dari kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka sebagai bantuan untuk mereka mula mendirikan rumah tangga dan berkeluarga. 

5. Rawatan pelajaran/pendidikan dan perubatan diberi percuma di Libya. Sebelum Gadaffi hanya 25% rakyat boleh membaca dan menulis. Kini jumlahnya ialah 83%.

6. Jika sekiranya seseorang warga Libya ingin menjadikan pertanian/perladangan  sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah untuk bertani, rumah pertanian, peralatan, benih dan haiwan untuk memulakan ladang mereka -- semuanya diberi percuma.

7. Jika warga Libya tidak boleh mendapatkan pelajaran atau kemudahan perubatan yang mereka perlukan di Libya, kerajaan memberikan dana untuk pergi ke luar negara untuk mendapatkannya - bukan hanya percuma tetapi mereka mendapat AS $2,300 elaun penginapan dan kereta sebulan.  


8. Di Libya, jika seseorang rakyat Libya membeli kereta, kerajaan menampung 50%  daripada harganya. 


9. Harga petrol di Libya ialah 14 sen (AS) bagi satu liter. 


10. Negara Libya tidak berhutang di luar negara dan simpanannya berjumlah AS$150 bilion - kini dibekukan di seluruh dunia.  


11. Jika seseorang warga Libya tidak dapat pekerjaan selepas memperolehi ijazah, kerajaan akan membayar gaji purata sesuai dengan gaji profesion  kelayakan mereka  sehingga mereka  berjaya mendapat pekerjaan. 


12. Sebahagian dari hasil jualan minyak/petroleum Libya dikreditkan ke dalam akaun bank setiap warga Libya. 


13. Seseorang ibu yg melahirkan anak menerima AS $5,000. 


14. 40 buku roti di Libya dijual dgn harga AS$ 0.1515.

15.  25% dari rakyat Libya mempunyai ijazah universiti. 

16. Gaddafi telah melaksanakan projek pengairan yg terbesar di dunia, yg dipanggil 
Great Man-Made River project, supaya air boleh  didapati dgn mudah  di seluruh negara bergurun (padang pasir) itu. 


DITERJEMAH DARI SRI LANKA GUARDIAN - SILA KLIK


Muammar Gadaffi pada 1969



Delegasi perdagangan AS bertemu Gadaffi 2008

Bersama Obama 2011
Anak Gadaffi Mutassim mesra dgn Setiausaha Negara AS

Wajarkah hayatnya ditamatkan begini rupa????


GULA-GULA DARI KU 

Gula2 Arab
Bukan semua mengenai Gadaffi itu baik dan bukan semuanya buruk. Tapi yg jelas Allahyarham memang cintakan negara Libya. Sudah takdirnya begitu dan Yang Maha Mengetahui cuma  الله

 Seperti kata  Dr M, sama2lah kita berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih - Amin






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan